Isnin, September 19, 2005

Puasa Sunnat Setelah Pertengahan Sya'baan

Kutulis noktah ini buat peringatan kepada diri dan ikhwah sekalian bahawa menurut mazhab kita asy-Syafi`ie, selepas nishfu Sya'baan HARAM DAN TIDAK SAH bagi seseorang untuk melakukan puasa sunnat melainkan puasa sunnat yang telah menjadi wiridannya; atau puasa sunnat yang dihubungkan dengan nishfu pertama bulan Sya'baan. Oleh itu, jangan dimulakan berpuasa sunnat setelah nishfu kedua bulan Sya'baan. Nanti pahalanya ke mana dosa pula yang datang.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haza sahih,tapi kan ada juga makhluk2 (pastinya bukan ulama' la kan) yg membenarkan puasa di pertengahan sya'ban tanpa bersebab..aiih pelik aku..pastu die galakkan org lain yg jahil ilmu utk berpuasa lps nisfu sya'ban..sedih betul!

Abu Muhammad berkata...

Bukan begitu wahai Cik Nony yang budiman. Terdapat khilaf dalam bab ini dan apa yang aku tulis ini adalah qawl muktamad dalam mazhab kita Syafi`i. Sementara ulama - ulama dari mazhab lain seperti Hanafi tidak memandang haram berpuasa sunnat selepas nisfu kedua bulan Sya'baan.

Oleh itu, kepada pengamal mazhab Syafi`i, memanglah haram perbuatannya dan hendaklah ditegah secara baik. Kepada yang lain kita berlapang dadalah.