Sabtu, Disember 17, 2005

Hati-Hati Karangan Hamka


Ikhwah, di Nusantara wujud ramai pembela, penyokong, pengikut, pengkagum Wahhabi, terutama sekali mereka yang termakan dakyah mereka sewaktu derasnya duit minyak Saudi. Antara yang termakan dakyah Wahhabi dan Ibnu Taimiyyah ialah Dr. Hamka, Allahyarhamhu. Beberapa sahabat dari Seberang menyatakan di akhir umurnya, dia rujuk kembali kepada pendapat ulama Sunni Syafi`i sehingga penyokong-penyokongnya dari kalangan Muhammadiah menuduhnya sebagai nyanyuk. Dr. Hamka sendiri dalam "Tafsir al-Azhar"nya menyatakan bahawa dia tidak berpegang dengan mana-mana mazhab, ertinya "La mazhabiyyah" (golongan tidak bermazhab). Dalam bukunya "Tasauf Perkembangan Dan Pemurniannya", dia menyambung fitnah Rasyid Redha yang dikaguminya terhadap Sayyidi Ahmad bin Zaini Dahlan rhm. Pada mukasurat 226, dia menulis:-
  • "Jago" yang berjasa besar membela Kerajaan Turki dan membusukkan Wahabi dan memfitnahkannya, sampai menuduh bahwa Muhammad bin Abdil Wahab itu adalah keturunan Musailamah al-Kazzab, sebab dia lahir di Wadi Yamamah di Nej adalah Syaikh dan Alim Syafi-iyah yang besar di Mekkah Syaikh Said (baca: Syed) Zaini Dahlan.

Jelas racun fitnah Wahhabiyyah telah ditelan bulat-bulat oleh Dr. Hamka sehingga dia menuduh "Syaikh dan Alim Syafi-iyah yang besar" di Mekkah adalah seorang tukang fitnah. Berfikirlah dengan rasional, adakah ini sifat Syaikh dan Alim Syafi-iyah yang besar ???? Bukankah ini tujuannya men"discredit"kan ulama kita.

Benarkah Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan benar-benar menyatakan bahawa Ibnu Abdul Wahhab itu keturunan Musailamah atau yang dikatakannya ialah kabilahnya sama dengan kabilah Musailamah al-Kadzdzab itu ??? Tuduhan yang dimuatkan oleh Dr. Hamka dalam buku tersebut yang dikarangnya tahun 1952. Tidak tahulah sama ada di akhir umurnya dia rujuk kembali daripada pendapatnya.

Untuk makluman lanjut, seorang lagi ulama kita yang di"marahi" oleh Dr. Hamka ialah Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani, sebabnya kerana polemik dan tentangannya terhadap Ibnu Taimiyyah, Wahhabi dan Muhammad Abduh. Membaca karangan-karangan Hamka, kita akan mengetahui bahawa dia adalah pengkagum Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha.

Oleh itu berhati-hatilah apabila membaca karangan-karangannya, jangan jadi Radio IKIM saban hari mengulang-ulang puisi Anisah Mai yang dipetik dari buku "Tasauf Modern" karangan Hamka, tidakkah mereka tahu bahawa Anisah Mai itu adalah seorang Kristian. Dr. Hamka sendiri menyatakan demikian dalam bukunya tersebut, ini mesti kes baca tak habis, main petik-petik je. Allahu .... Allah.

Mudah-mudahan Allah mengampuni ketergelinciran Buya Hamka. Nak hadiah Fatihah ke tidak, lupa pula apa pendapat Buya Hamka, kalau tak silap dia kata tak sampai. Kalau tak sampai tak payah hadiahlah.

6 ulasan:

Jihad Wahabi berkata...

check out this blog
jihadwahabi.blogspot.com

salam ukhwah!:)

ieyaz berkata...

kalau nasihat tu ada baiknya...
apa salahnya kita dengar..
bukan salah andai seorang kristian sekalipun yang memberi nasihat...
bak kata pepatah...
dengarlah apa yang di kata...
bukan siapa yang berkata....
maaf kalau menyakiti sesiapa...
cuma kita sesama insan...
saling perlu nasihat menasihati...
tak ada yang lebih dan kurangnya di mata Allah...
salam ukhwah...

Abu Muhammad berkata...

betul tu wahai ieyaz, tapi berpada-padalah. Jangan sampai melebihkan pujangga kristian berbanding ulama Islam.

Abu Muhammad berkata...

Jgn "miskin"kan umat ini dar ulama dan pujangga.

عزمان بن عبد الرزاق berkata...

salam
ieyaz....

dalam islam bkan melihat pada apa yang dicakapkan tetapi siaa yg menyampaikan.. justeru apa yg ieyaz katakan itu adalah cara bukan islami.. sedangkan sewaktu menilai harga satu2 hadis itu sama ada dapat diterima atau tidak adalah merujuk kepada perawinya.. semoga kita tidak keliru dengan ini.. Iblis memang pernah mengajarkan kebaikan ayat kursi namun sepertimana kata Rasulallah satu kebenaran dari mulu laknatullah itu diekori dengan seratus pembohongan yang akan menyesatkan..

Nujum diRaja berkata...

"dengarlah apa yang di kata...
bukan siapa yang berkata...."

kalau bab nasihat macam jgn mencuri ker, jgn minum arak ker, ok ler..

kalau bab perkhabaran/ilmu, kena ler tengok gak siapa penuturnya..