Isnin, Disember 12, 2005

Wahhabi

Saudara,

kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak berqunut Subuh;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak bertahlil arwah;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak wirid berjemaah lepas sholat;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak membaca Yaasin malam Jumaat;
kita bermusuh denganWahhabi,
bukan kerana dia tak nak bermawlid;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak bertawassul;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak bertalqin;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak berlafaz niat "usholli";
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak Tarawih 20 rakaat;
kita bermusuh dengan Wahhabi bukan kerana dia Wahhabi;
TAPI;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi memusuhi kita;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita sesat;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita ahli bid`ah;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita khurafat;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita syirik;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita tak ikut Qur`an dan Sunnah;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi halalkan darah kita kerana kita sudah syirik;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi biadap dengan ulama-ulama kita;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi tak biarkan kita beramal dengan aman tanpa cemohan;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi tak biarkan kita beramal dengan aman;
WAHAI WAHHABI, LANA A'MAALUNA WA LAKUM A'MAALUKUM.
WAHAI WAHHABI, BAGI KAMI AMALAN KAMI DAN BAGI KAMU AMALAN KAMU.

3 ulasan:

nurul berkata...

saya terfikir, banyak lagi kerja lain yang perlu kita buat, daripada sibuk bertikam lidah sesama kita.

kalau yang berilmu terus begini, orang islam yang hanyut akan makin hanyut.

tanggungjawab mana yang lebih memerlukan perhatian kita sekarang?

Abu Muhammad berkata...

Cik Nurul, sila baca betul-betul apa yang ambo tulis.

Dan sebenarnya nasihat Cik Nurul tersebut hendaklah ditujukan kepada WAHHABI. Merekalah yang selalu memulakannya kerana memandang diri mereka more Islamic than other. Atau mereka sahaja yang mengikut Islam yang sebenar.

Kami tidak suka berjidal atau bermusuh, tetapi sarang tebuan jgn dijolok. Amalan kami dan ulama kami jgn diperlekehkan. Kami akan mempertahankan ulama kami yang mukhlisin yang telah sekian lama menjadi benteng Islam.

Kami sentiasa berlapang dada dengan benda-benda khilaf, adakah puak Wahhabi sanggup utk bersikap sedemikian ?

Tawel Sensei berkata...

Cik Nurul, mmg banyak pun kerja lain yg perlu kita buat. Tapi kata2 cik nurul tu ditujukan kepada pihak yg salah.

Jidal ni berlaku kerana ada pihak yang memulakannya. Dan dalam kes ini, pihak yg sering membawa isu (yg sebenarnya tak perlu pun nak dijadikan isu) ialah __________. (Isi tempat kosong sendiri).