Rabu, Mac 15, 2006

Ibnul Qayyim al-Jawziyyah 1



Petikan dari "Risalah Ketetapan Majlis Muzakarah 'Ulama` Semalaya - Di Kepala Batas" mukasurat 37:-

  • Jangan tuan terpedaya dengan mereka yang berpegang dengan kitab Hadyur-Rasul, dan mereka berkata: "Kerana apa tak boleh dii'timadkan, kerana kitab Hadyur-Rasul itu diikhtishar daripada Zaadul Ma`aad karangan Ibnul Qayyim al-Jawziyyah".
  • Maka kita berkata:- "Bahawa Ibnul Qayyim itu daripada ulama kurun kedelapan yang anak murid kepada Ibnu Taimiyyah. Ianya telah ditolak oleh ulama semasa dengannya hingga sekarang kerana banyak menyalahinya daripada ijmak. Pada hal Nabi bersabda: .....yang bererti:- "Bahawasanya Allah ta`ala tiada menghimpun akan umatku atas sesat, dan pertolongan Allah itu beserta perhimpunan, barangsiapa yang keluar daripada perhimpunan adalah keluarnya itu kepada api neraka (riwayat Tirmidzi daripada Ibnu 'Umar). "

Ikhwah, inilah alamat akhir zaman, apabila yang lurus dilihat bengkok dan yang bengkok dipandang lurus. Cuba tuan-tuan fikir, Ibnu Taimiyyah sendiri telah dihukumkan sesat oleh ulama sezaman dengannya. Kalaulah kita berpegang bahawa dia difitnah, maka kita pula yang memfitnah ulama-ulama yang telah menghukumnya sesat itu. Kerana nak mempertahankan Ibnu Taimiyyah, kita fitnahkan ulama - ulama yang telah membicarakannya dan menghukumnya. Pendapatku pribadi, aku tak ada apa-apa dengan Ibnu Taimiyyah, dia sudah tiada dan biarlah urusannya dengan Allah, tapi aku tak ikut Ibnu Taimiyyah, sebab aku ada ulama lain yang dijadikan panduan, ulama yang lebih hebat dan lebih banyak jasanya kepada datuk nenekku berbanding Ibnu Taimiyyah. Kalaupun Ibnu Taimiyyah belum dipastikan sesat, maka setidak-tidaknya telah ada tohmah daripada ulama berhubung dengan pribadinya, baik ulama sezaman dengannya mahupun ulama yang datang kemudian seperti Imam Ibnu Hajar dalam "Fatawa Haditsiyyah" dan Pehin Mufti Haji Ismail dalam fatwa-fatwa dan karangan-karangannya. Isu Ibnu Taimiyyah ini seperti juga isu Ibnu 'Arabi, ada yang menyokong dan ada yang menyesatkan mereka berdua. Bagi aku, biar kita letak tepi dua-dua, kita pegang ulama yang tidak ada tohmah pada mereka. Sesiapa yang nak ikut Ibnu Taimiyyah, kome ikutlah, tapi jangan fanatik sangat sampai tak nampak ulama lain. Barang diingat kalau orang awam bermazhab Syafi`i tanya, mu jawablah ikut qawl ulama Syafi`i, jangan jawab ikut fatwa Ibnu Taimiyyah dan sebagainya, karang pening pulak orang yang bertanya tu.

13 ulasan:

abukajang berkata...

Apa pulak pandangan Tn Abu terhadap Ibnu 'Arabi ? Adakah Ibnu 'Arabi turut 'ditolak' seperti penolakan terhadap Ibnu Taimiyyah ? Padhol ya syeikh ...

Tanpa Nama berkata...

Aku dengar kabar [seorang ustaz mengajar] .. katanya akhir hayat Ibn Taimiah, beliau juga mengatakan Anal Haq! Anal Haq!
Boleh Pak Abu komen!

Abu Muhammad berkata...

Ibnu Taimiyyah sama Ibnu Arabi, aku tawaqquf, aku serah kat Allah.

Habib Abdullah al-Haddad juga berpesan agar kitab-kitab Ibnu Arabi jangan dibaca.

Kiyai Sirajuddin Abbas menyesatkan kedua-dua tokoh ini. Bahkan menghukum Ibnu Arabi sebagai Syiah. Nampaknya Pak Kiyai termasuk yang menyokong pihak menentang Ibnu Arabi.

Katanya Ibnu Taimiyah termasuk dalam ahli thariqat Qadiriyyah, tapi puak Wahhabi menafikannya. Aku pernah jugak dengar cerita akhir hayat Ibnu Taimiyyah tu, tapi entahlah sejauh mana kebenarannya.

Tanpa Nama berkata...

What do the scholars say about Ibn `Arabi? Is he a disbeliever or one of the greatest saints?

Abu Muhammad berkata...

Tima kacih, cik nony, walau apa pun, perbezaan pendapat tetap berlaku. Imam as-Sayuthi adalah antara pembela Ibnu Arabi sehingga karang satu kitab membela Ibnu Arabi.

Abu Muhammad berkata...

Untuk pengetahuan lanjut, Habib Abdullah al-Haddad tidak menolak Ibnu Arabi, bahkan beranggapan beliau adalah seorang wali berdarjat tinggi tetapi kitab-kitabnya dilarang kita membacanya.

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju tu. Sesetengah ulamak larang orang baca kitab-kitab sufi/ tasauf dalam kategori muntahi disebabkan takut tersalah faham ... sementelahan fulak tidak ramai yang arif tentangnya ... seperti fatuhatul makiah, fusus, mawaqium nujum dll juga seperti tuhfatul mursalah karya fadhlullah burhanpuri ... bukan kerana kitab tu salah tapi takut tersalah faham dalam emmahami ibarat-ibarat yg seni-seni ... kata muallim akulah ..

anak bugis berkata...

kedua2 ibn arabi dan ibn taimiah perbezaannya terlalu jauh macam langit dan bumi.ibn arabi difitnah oleh ulamak2 syariat zohir kerana nak menaikkan martabat kewaliannya kerana beliau sentiasa berada didalam kebenaran yg hak adapun ibn taimiah pula bukan difitnah bahkan beliau sebenar2nya telah jauh tersesat menyalahi ijmak maka ulamak2 syariat zohir dan ulamak2 hakikat menghukumkan beliau sesat kerana hendak menyelamatkan umat.

Muhammad berkata...

Assalamualaikum,
Abu Muhammad,

Adakah terdapat larangan alim ulama kepada qasidah-qasidah karangannya?

Wassalam.

Muhammad berkata...

Minta maaf,

Saya tidak merujuk merujuk kepada qasidah Ibn Qayyim, tetapi merujuk kepada qasidah-qasidah Ibn Arabi.

Tetapi kalau tuan hendak perjelaskan tentang masalah dengan Qasidah Nuniyyah Ibn Qayyim, boleh juga.

Tanpa Nama berkata...

Boleh Tuan Abu Muhammad nyatakan dalam kitab manakah Kiyai Sirajuddin Abbas menyesatkan Ibn Arabi dan mennghukumnya sebagai Syiah? Adakah di dalam buku Iktikad Ahlus Sunnah wal Jamaah atau 40 Masalah Agama?

Abu Muhammad berkata...

Kiyai Sirajuddin sebut dalam bukunya "I'tiqad Ahlus Sunnah Wal-jama`ah", sila rujuk mukasurat 137 - 138, Pustaka Aman Press, 1979, mengenai faham Wahdatul Wujud.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Tuan atas jawapan kepada soalan saya itu. Saya ada baru memebeli buku karangan K.H Siradjuddin Abbas "40 Masalah Agama" (Jilid 3), terbitan Pustaka Tarbiyah. Ada disebutkan perkara tersebut pada m.s. 35. Tentang kitab yang ditulis oleh Jalaluddin as-Suyuthi untuk membela Ibn 'Arabi, kitab itu bertajuk "Tanbih al-Ghabi fi Tabri'ah Ibn al-'Arabi." Mungkin boleh merujuk artikel ini boleh membantu. Wallahu'alam.
http://malakian.blogsome.com/2006/01/22/ibn-arabi/