Selasa, April 04, 2006

Kelebihan Membaca Mawlid 4

Sidi Syatha menyambung:-

  • Telah berkata Sulthanul-'Arifin Jalaluddin as-Sayuthi dalam kitabnya berjodol "al-Wasaail fi syarhisy Syamaail":- "Tidak ada sebuah rumah atau masjid atau tempat yang dibacakan padanya Mawlidin Nabi s.a.w. melainkan akan dikitari/dikelilingi/diselubungi tempat itu oleh para malaikat akan ahli yang hadir di tempat tersebut serta diratai mereka oleh Allah dengan rahmat. Para malaikat yang diselubungi/diliputi/dikalungi cahaya iaitu Jibril, Mikail, Israfil, Qarbail, 'Aynail, ash-Shaafun, al-Haafun dan al-Karubiyyun, maka bahawasanya mereka berdoa bagi sesiapa yang menjadi sebab untuk pembacaan Mawlidin Nabi s.a.w. "
  • Imam as-Sayuthi berkata: "Tidak ada seseorang Islam yang diperbacakan dalam rumahnya akan Mawlidin Nabi s.a.w. melainkan diangkat Allah kemarau, wabak, kebakaran, malapetaka, bala bencana, kesengsaraan, permusuhan, hasad dengki, kejahatan 'ain (sihir pandangan) dan kecurian daripada ahli rumah tersebut, maka apabila dia mati, Allah akan mempermudahkan atasnya menjawab soalan Munkar dan Nakir dan adalah dia ditempatkan pada kedudukan as-Shidq di sisi Allah Raja yang Maha Berkuasa."

Mungkin ada yang bertanya kenapa ada orang baca mawlid tetapi masih menerima malapetaka dan bencana. Apa nak kata, hatta para Nabi pun mendapat musibah duniawi sebagai ujian daripada Allah s.w.t., kerana semuanya berlaku atas kehendak Allah semata-mata. Apa jua musibah duniawi adalah ringan berbanding musibah berbentuk maknawi. Keselamatan dari musibah maknawi ini yang diutamakan, biar rumah kita dicuri asalkan iman dan kesabaran serta tawakkal kita pada Allah tidak turut dicuri sama. Mungkin juga Allah belum menerima amalan kita, sehingga ianya tidak menjadi sebab mendapat rahmat Allah tersebut, oleh itu teruskan usaha dan tingkatkan amalan. Yakin kepada kemurahan Allah yang tiada terbatas dan carilah syafaat daripada Junjungan s.a.w.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan Syeikh Abu Muhammad,

Sikit mau tanya...saya ni tak pernah mendapat ijazah untuk mengamalkan bacaan maulid kecuali maulud burdah al-bushiri. Tapi saya faham akan kaifiat membaca maulud dibaei dan maulud simtud duror (al-habsyi) kerana selalu menghadiri majlis maulud. Soalan saya,bolehkah diamal bersama keluarga dirumah walaupun tanpa ijazah utk mengamalkannya..terima kasih

Abu Muhammad berkata...

Boleh, tak dak salahnya. Asalkan betul bacaannya. Ana pernah dengar Tuan Guru Haji Nuruddin al-Banjari sewaktu mengijazahkan hizbul bahr dan hizbun nawawi kat Kedah, beliau beritahu bahawa kedua-dua hizb tersebut boleh diamalkan tanpa ijazah khusus sebab dah terang cara bacaan dan kaifiat amalannya. Kalau nak ambik ijazah pun tak salah, sebenarnya amalan-amalan sebegini telah ada ijazah am daripada penyusunnya terdahulu. Lihat sahaja dalam doa-doa di hujung mawlid tersebut, di mana si pembaca dan si pendengar turut didoakan. Allahu a'laam

Abu Muhammad berkata...

Cuma ana nak peringat bahawa beberapa buku mawlid dibaie cetakan baru terdapat kesilapan yang membawa perubahan makna. Nanti ana postkan, sebab ana tak beli pun yang tersilap cetak tu. Karang ana beli ana postkanlah.

Tanpa Nama berkata...

Semalam al-Fadhil Tuan Guru Hj Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki ada sentuh bab maulid yang sangat ditentang oleh puak Wahabi. Nada tuan guru keras sekali. Ramai juga rasanya kroni Wahabi yang ada di Masjid al-Falah tu untuk mengikuti kuliah kesempurnaan solat. Untuk belajar atau spy ... entahlah ?????? Boleh nilai pabila melayari web mereka .....

Abu Muhammad berkata...

Mudah-mudahan Allah memanjangkan usia Tuan Guru agar manfaat ilmunya merata ke atas segala umat ini. Hidupkan mawlid dan biaq piiiiiiiiiilah kat geng Wahhabi.

Tanpa Nama berkata...

Qasidah burdah oleh Imam al-Busiri? Memang best...tapi malangnya, Sheikh Albani melarang pembacaannya..kenapa ye?

Abu Muhammad berkata...

Sebab dalam hatinya ada penyakit sehingga tidak suka orang puji Nabi s.a.w. Para sahabat bersyair memuji Junjungan di hadapan Junjungan, bahkan dalam masjid Junjungan, seperti Sayyidina Hasan bin Tsabit, sehingga diadakan tempat khas buat beliau melantunkan syair memuji dan mempertahankan baginda serta membalas kejian musuh terhadap baginda.

tokapi berkata...

Assalamualaikum.. nak tanya... en abu muhammad ade tak teks ntuk qasidah burdah versi yg nih => Sini