Isnin, April 10, 2006

Marhaban Ya Marhaban Jaddal Husaini


Selamat menyambut Mawlidin Nabi s.a.w., mudah-mudahan semua kita dapat mencintai Junjungan s.a.w. sepenuh jiwa raga, menuruti jejak perjalanan baginda dan mendapat pandangan dan syafaat daripada Junjungan yang mulia s.a.w. Kunukilkan di sini fatwa Shohibus Samahah Almarhum Datuk Haji 'Abdul Kadir Hassan berhubung "Zikir Marhaban".

Soalan:- Apa pandangan Islam terhadap zikir marhaban seperti diamalkan masyarakat Islam pada hari ini ?

Jawapan:-

  • Pada hakikatnya adalah merupakan sebagai puji-pujian dan mengucap salawat dan salam kepada Junjungan s.a.w.
  • Berdiri ketika sampai kepada bacaan Nabi dilahirkan lalu membawa "Marhaban Jaddal Husaini", "Ashraqal Badru 'Alaina" dan lain-lain seterusnya sebagai menghormati Nabi Muhammad s.a.w. adalah amalan-amalan yang baik dan tiada sekali-kali terlarang di dalam syarak, asal jangan berubah kalimat-kalimatnya yang boleh merosak makna.
  • Sayyid Zaini Dahlan, Mufti Besar Imam Syafiee di Mekah (wafat 1304H) berpendapat bahawa mengadakan Maulud Nabi dengan membaca kisah-kisah baginda dan berdiri dan membesarkan Nabi s.a.w. adalah suatu hal yang baik. Dan telah mengerja seperti itu banyak dari ulama-ulama yang menjadi ikutan Ummah. (I`anatuth Tholibin, Juz III halaman 363).
  • Imam Taqiyuddin as-Subki, seorang ulama yang terbesar dalam Mazhab asy-Syafiee (wafat tahun 657H) juga berpendapat bahawa berdiri ketika mendengar kisah Nabi dilahirkan adalah suatu pekerjaan yang baik demi menghormati Nabi.
  • Pendeknya tiadalah diragu-ragukan bahawa mengadakan Zikir Marhaban seperti yang berlaku di dalam masyarakat kita tiadalah sekali-kali tertegah dalam syarak malah ianya adalah termasuk di dalam pekerjaan yang baik.

Marhaban Marhaban Ya Nural 'Ain.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sudah baca Majalah I keluaran Mac 2006? Ada rencana ttg aliran salaf dan tradisi, dan interview Shahidan Kassim bertajuk 'Apa untungnya menaikkan isu Wahabi.'

Abu Muhammad berkata...

Majalah mende tu ? Wahhabi punye ke ? Termasuk benda lagha dibaca kot ? Apa untungnya baca Majalah 1 ?

Abu Muhammad berkata...

Apa untungnya pertahan Wahhabi ? Apa untungnya buat Seminar Muhammad Abdul Wahhab ? Soalan untuk Anak Pak Kassim.

Abu Muhammad berkata...

Apa untungnya bid`ahkan sesama Islam ? Apa untungnya bahas isu khilafiyyah ? Wahhabi perlu diperjelaskan kerana mereka adalah ajaran sesat. Untung ada yang bangkitkan, kalau tidak sampai mati kamu ikut ajaran songsang.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ikut source saya Majalah I ini pro-Ustaz Asri walaupun ada juga artikel oleh Prof al-Attas, Ustaz Fauzi Deraman dll. Saya sendiri tak tahulah samada editorial board dia jenis atas pagar ke, atau saja campuradukkan artikel dan barisan penulisnya.

anonymous berkata...

"...perkembangan Ash'ariyyah melalui empat peringkat iaitu kemunculan yang dipelopori oleh Abu Hasan al-Ash'ari, Abu Bakr al-Baqillani, Abd al-Qahid al-Baghdadi, dan abu Al-Amaali al-Juwayni. Kemudian peringkat penyempurnaan oleh Abu Hamid al-Ghazali, Muhammad bin TUmart, and al-Shahrustani. Selepas itu pencorakan ilmu kalam secara falsafah di era Fakhruddin al-Razi dan Id ad-Din al-Ijli. Kemudian berlaku peringkat kemerosotan antara semasa zaman Muhammad bin Yusuf al-Sanusi dan Ibrahim al-Bajuri." Sorotan drpd Majalh I edisi Mac 2006, p. 16.

Abu Muhammad berkata...

Iye lah tu, siapa punya kajian ? Merosot mende ?