Jumaat, Mei 19, 2006

Marilah...mari... pergi mengundi......

Insya-Allah, isok aku nak turun memangkah calon pilihan. Adik kakak, abang adik, bapak emak, tok nenek , jangan lupak turun sama ngundi. Tapi yang dah tua dan uzur janganlah dipaksa turun ngundi, janganlah diangkut, jangan dipikul, kesian urang tua. Cariklah pengundi lain. Apa dah sik ada lagik urang nak mangkah parti kitak ?
Arap-arap kali tok sik ada antu-antu turun ngundi. Arap-arap malam ngira undi kelak, api sik padam, tapi aku dah nyedia dian nei tauk tang padam jak api, sik da lah gago encarik dian, sediakan payung sebelum hujan.
Arap-arap SPR udah update nya pun daftar pemilih, jangan ada urang dah mati pun turun ngundi. Macam pengundi tertua kononnya umurnya 108 tahun, rupa-rupa mak cik ya dah ninggal waktu umurnya 74 tahun dolok, sik sampei umurnya 108 tahun. Keribang rebus punya SPR. Susah gilakkah nak update daftar pemilih, mun sik mauk kerja berik ngan urang yang mauk kerja, jangan cakap jak pandei. Jangan ingat kau kerja Perentah, Perentah merik gaji, sapa Perentah ? Perentah adalah rakyat, so kerja betul-betul, jangan eksen. Tan Rashid, entah betul sik nama boss sidak SPR, jangan marah, bekerjalah bersama Rakyat, jangan hanya bersama Perentah ajak.
Kaifama takunu yuwalla 'alaikum (Macam nei keadaan atau kejadian kita macam yalah pemerintah kita). Hanya kerak akan milih kerak, kerbo mesti milih kerbo, pak sauk mesti milih pak sauk, jeraul mesti milih jeraul, hero mesti milih hero, cam yalah lebih kurang retinya. Apa-apa pun sapa sekapal, sama-sama sampei atau sama-sama karam.
Apa-apa pun, ngundi jangan sik ngundi, pilihlah calon kitak masin-masin, calon Parti Dacing, Parti Bigik Mata, Parti Roket, Parti Bulan dll. Ingat ngundi pun kenak tanyak, sik ngundi pun kenak tanyak. Pandei-pandeilah nyawab kelak. Kemenangan yang hakiki adalah kemenangan di sana nanti. Bertindaklah secara bijaksana, jangan hanya bijaksini. Hidup Parti Ahli Sunnah.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hehehe.. mari mengundi.. alif mim nun wau.. amanu.. tapi x dak plak kt sarawak..

hhehe.. kamik melawak saja..

Abu Muhammad berkata...

Amenu buek gapo. Aku undi parti Tok Wan dia.

Tankian berkata...

Alhamdulillah, walaupun Parti Ajaran Sahih tidak menang di satu kerusi yang ditandinginya, tapi salah satu parti komponen BA menang satu kerusi. Itu pun jadilah.

NH berkata...

Oppss, kata orang seberang tambak... Tak leh jatuhkan kerajaan, nanti jadi khawarij. tak leh ngundi.. tak syar'iii... tapi orang tu dijulang oleh memanda menteri nun jauh di utara. memada menteri tuh sangat suka orang yang tak ganggu dia buat kerja. orang tu pulak sangat suka kepada negeri utara sana... apa syebab???

Tanpa Nama berkata...

Demokrasi itu bidaah..zaman nabi dulu takde undi, takde demokrasi..bidaah tu..... orang kate le..

Tanpa Nama berkata...

Malaz nyawa I nak ngundi
dah tauk dah...
BN nang akan menang punya
Mun Kalah pun
Sidak dah merangcang
Macam nei nak menang juak

Ya lah sidak tok...
dah hubbu jah!!!
Semoga Allah kurniakan pemimipin2 S'wak Hidayah
Sehingga Bersinar hati sidak
maok berubah
Meletakkan agama dihadapan
Amin...

Tanpa Nama berkata...

Bolehkah tuan berikan detail kitab, "Mendekati Ulama Dan Para Wali Allah Di Mesir." Saya ingin mendapatkannya.

Dari hamba yang memerlukan doa
Wasalam