Rabu, Mei 03, 2006

Nur Muhammad s.a.w. 9

Syaikh Ismail Haqqi rhm. pengarang kitab tafsir "Ruhul Bayan" pada jilid 2, mukasurat 370 menyatakan pula:-
  • "....Dan dinamakan Junjungan Rasul itu sebagai nur kerana seawal-awal sesuatu yang dizahirkan/diwujudkan Allah dengan nur qudrahNya (yakni dengan kekuasaanNya) dari kegelapan 'adam (ketidakwujudan) adalah Nur Muhammad s.a.w. sebagaimana dinyatakan dalam hadis: "Seawal-awal yang diciptakan Allah ialah nurku".......

Insya-Allah wa bi 'awnihi, kita akan lihat ramai lagi ulama kita yang berpegang dengan Nur Muhammad s.a.w. Jadi sesiapa yang nak memfatwakan sesat pegangan Nur Muhammad secara mengkhinzir buta, berhati-hatilah. Aku dah lihat satu blog Mamat yang belajar kat sekolah wahhabi di San`a menuduh aku sesat sebab isu Nur Muhammad. Alhamdulillah, simpanan aku buat hari esok.

Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Geng wahabi ni sebenarnya bukan berilmu sangat pun. Kalau kita tidaklah hanya berpegang dgn satu hadis. Tapi depa kekadang hanya ambik satu hadis terus keluar hukum. Pada depa,hadis yg bersifat umum tak dak dalam pelajaran depa.wallahualam

abukajang berkata...

Haqiqat Muhammadiyah disebut juga "nur" kerana ianya bersih dari segala kegelapan (zulmat) yang menghalangi untuk dekat kpd Allah swt sebagaimana firman Allah "Telah datang kepadamu cahaya dan kitab penerang dari Allah". Haqiqat Muhammadiyah disebut juga AQAL kerana ia menemukan segala sesuatu. Haqiqat Muhammad disebut juga QALAM kerna ia yang menjadi sebab perpindahan ilmu. Ruh Muhammad adalah RUH yang termurni sebagai makhluk pertama dan asal seluruh makhluk, sesuai dengan sabda Rasul s.a.w "Aku dari Allah dan orang-orang mukmin dari aku".

Sabda Nabi saw
"Yang pertama diciptakan oleh Allah ialah ruhku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah cahayaku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah qalam. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah Aqal".