Rabu, Ogos 23, 2006

Syaikh Ibnu 'Arabi


Ada saudara yang mengatakan bahawa mantan Mufti Johor, Datuk Sayyid 'Alwi bin Thohir al-Haddad telah memfatwakan bahawa Syaikh Ibnu Arabi sebagai sesat. Aku belum dapat pastikan sejauh mana kebenaran hal ini, kerana aku belum lagi berjumpa dengan fatwa Samahah Mufti yang memfatwakan Ibnu Arabi sebagai sesat. Yang aku temui setakat ini adalah fatwa beliau terhadap fahaman wahdatul wujud yang ditafsirkan kepada hulul dan ittihad yang menyalahi 'aqidah itu sebagai sesat.

Berhubung dengan pribadi Syaikhul Imam Ibnu 'Arabi, setakat yang aku lihat, nampaknya Samahah Mufti ini mempunyai pendirian seperti para leluhurnya Saadah Bani Alawi. Dalam karangan beliau yang berjodol "`Uquudul - Almaas" antara kesimpulan yang diberi mengenai Syaikh Ibnu 'Arabi ialah beliau seorang wali tetapi kitab-kitabnya ditegah kita daripada membacanya. Beliau juga menukil celaan dan kritikan Imam Ibnu Hajar terhadap orang tasawwuf yang jahil yang hanya menyibukkan diri mereka dengan kitab-kitab Ibnu 'Arabi dan ilmu-ilmu kasyaf dengan meninggalkan ilmu-ilmu lain. Samahah Mufti juga membawa kisah Syaikh Abu Bakar al-'Aydrus di mana Syaikh Abu Bakar al-'Aydrus menceritakan:-

  • "Ayahku tidak pernah memukul dan membentakku kecuali sekali, tatkala dia melihat pada tanganku ada satu juzuk dari "Futuhaatul Makkiyyah" karya Ibnu 'Arabi. Maka marahlah ayahku dengan bersangatan marah, dan mulai saat itu dicegahnya aku daripada mentelaah karangan Ibnu Arabi. Dan dia telah menegah daripada mentelaah dua buah kitab karangan Ibnu 'Arabi, iaitu kitab "al-Futuhaat" dan kitab "al-Fushush" tetapi beliau menyuruh agar berbaik sangka dengan Ibnu 'Arabi serta mengi'tiqadkan bahawasanya beliau adalah daripada sebesar-besar wali dan ulama billah, al-'aarifin billah ta`ala. Dan beliau berkata:- "Bahawasanya kitab-kitabnya (yakni kitab Syaikh Ibnu 'Arabi) dipenuhi dengan hakikat-hakikat yang tidak diketahui melainkan oleh mereka-mereka yang khawas (arbab an-nihaayaat) dan berbahaya bagi mereka-mereka yang baru bermula (ahlu al-bidaayaat)."

Samahah Mufti juga menukilkan kalam ulama-ulama lain seperti Imam as-Sayuthi yang membela Ibnu Arabi tetapi menegah daripada mentelaah akan kitab-kitabnya tersebut. Kitab-kitab Ibnu Arabi penuh dengan ibarat-ibarat yang sukar difahami, dan dikhuatiri juga berlaku penyelewengan di mana golongan sesat telah melakukan penyisipan ke dalam karangan-karangan tersebut, dengan memasukkan perkara-perkara yang tidak pernah dinyatakan oleh Imam Ibnu 'Arabi atau memalsukan pernyataan-pernyataan beliau. Syaikh Ibnu 'Athoilah as-Sakandari telah menjelaskan hal ini sewaktu berdialog dengan Ibnu Taimiyyah, dialog tersebut insya-Allah, akan kupostkan di lain masa, bawak-bawaklah bersabar. Perkara sebegini tidaklah mustahil berlaku, bahkan sehingga kini pun terdapat geng-geng anak Pak Wahab juga turut aktif dalam pemalsuan kitab-kitab turats karangan ulama kita.

Oleh itu, berikanlah kehormatan sewajarnya bagi Imam Ibnu 'Arabi. Paling tidak kome anggaplah kedudukan masalah (baca betul-betul; kedudukan masalah ini, bukan kedudukan dan taraf individu tersebut) sama macam Ibnu Taimiyyah, i.e. ada ulama yang terima dan sanjung, dan ada juga yang tolak dan cela. Oleh itu, paling tidak kome tawaqquf le, jangan suka menyampuk cakapan orang tua, karang tulah susah.

4 ulasan:

ciknony berkata...

Assalamualaikum Ustaz,

Nak tanya sikit tentang Ibnu 'Arabi... Siapakah di antara Imam2 ASWJ yang menggelarkan Ibnu Arabi "Syaikhul Akbar"? Terima kasih.

KaumTua berkata...

Tuan,

Mohon komen dari Tn Syeikh berkenaan dgn THTL pembidaah dari Al-Ahkam yg semakin menyesatkan orang ni....

***************************
""ladunni dalam pengertian ASWJ ialah wahyu dari sisi Allah kepada para Nabi2. laduni yang difahami oleh kaum tareqat itu adalah suatu kesesatan. Misalnya Khidr diberi ladunni, maksudnya beliau adalah Nabi, maka dia memang diberi wahyu. Musa juga Nabi, pun menerima wahyu. Bedzanya, kaum tareqat kata wahyu kpd Khidr itu laduni, sedangkan kepada Musa bukan laduni. mengikut ASWJ, kedua-duanya diberi wahyu dan kelebihan masing2. Maka bila laduni ni wahyu, maka tak adalah laduni dalam bidang ekonomi dan sains teknologi. Tapi Allah wahyukan kepada nabi supaya manusia membaca (iqra'), menuntut ilmu, dan menggunakan akal, maksudnya itulah cara tumbuhnya ilmu ekonomi, sains dan teknologi. saya jawab supaya geng tareqat tak ambik kesempatan dari soalan anda itu. Ini kerana ladunni di sisi tareqat ialah perguruan peribadi antara syaikh dgn Allah, suatu kedudukan yg lebih tinggi dari anbiyaa'. Ini adalah khayalan mereka. Ini adalah penjelasan Syaikh alKhalidi, guru ust alitantawi alarnauthi alurduuni al-ahkami""

reza berkata...

Antara ulamak Islam yang menyokong pendapat Ibnu Arabi:-

1. Imam As Sayuthi
2. Imam Izzudin Abd. Salam, dikenali sebagai sultanul ulamak dikalangan ulamak-ulamak Islam.
3. Imam As-subki
4. Imam Fakrurazi
5. Imam Fairuzbadi
6. Imam Ibnu Athoillah As-Sakandari, pengarang kitab Al-Hikam yang terkenal.

Antara Imam yang telah menarik balik kata-kata kritikan mereka terhadap Ibnu Arabi:-

1. Ibnu Hajar
2. Ibnu Taimiyah dan lain-lain

Di Malaysia ulamak yang pernah menterjemah karangan Ibnu Arabi adalah Syeikh Uthman El-Muhammadi.

Manakala yang Syed Naquib Al-Attas telah menulis sebuah buku yang bertajuk "Degree of Existence" yang banyak dipengaruhi oleh Ibnu Arabi.

Ibnu Arabi belajar tasauf di Mekah, Madinah, Mesir dan beberapa tempat lagi. Nasab gurunya termasuklah Syeikh Abdul Qadir Jailani, Syeikh Junaid Al Baghdadi,Syeikh Sirri As Saqati dan lain-lain nama besar.

Ibnu Arabi hafal Al Quran semasa umurnya 7 tahun lagi.

Kitab Futuhul Makiyahnya ditulis di Mekah di hadapan Kaabah.

Isi kitab Ibnu Arabi banyak dipengaruhi oleh method-method Imam Al Ghazali dan Imam At Tirmidzi. Ibnu Arabi mengikuti method-method Ilmu Al Ghazali dalam membicarakan tentang cara-cara mencapai makrifat dan mengikuti method-method Imam At Tirmizi dalam membicaran isi-isi makrifat.

Cukuplah informasi ini bagi orang-orang yang kerjanya ikhlas mencari kebenaran.

Semoga Allah memberikan pemahaman kepada kita tentang perkara ini.

Wassalam.

kapitan_merah berkata...

Terima kasih ulasannya tentang Ibnu Arabi di tahun 2006, terkait dengan hal ini, disebutkan pula bebrapa kitab yang dibuat oleh Beliau. Minta srannya, bagaimana mendapatkan kitab2 tersebut.
Salam
Edy