Khamis, Ogos 31, 2006

Tarikh Keramat 31 Ogos 1957



Ikhwah, sempena hari kemerdekaan, mari kita kenangkan tokoh yang digelar sebagai penetap tarikh kemerdekaan, iaitu tok wan Pak Lah, Shohibus Samahah Syaikh 'Abdullah Fahim. Samahah ini bukan sahaja terkenal sebagai ulama dalam tawhid, fiqh dan tasawwuf, tetapi juga menguasai ilmu falak. Inilah antara sebab kenapa beliau dirujuk untuk menetapkan tarikh keramat kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan Inggeris. Begitulah keadaan ulama-ulama kita dahulu, mereka alim dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan. Bukan sahaja ilmu fiqh, ilmu tawhid, ilmu tasawwuf, ilmu faraidh, ilmu-ilmu alat tetapi juga ilmu matematik, astronomi dan falak. Bahkan, tidak kurang yang alim ilmu kimia seperti Tok Syaikh Wan Ahmad al-Fathoni.

Berbalik kepada nenda Pak Lah, Syaikh 'Abdullah Fahim, yang tidak kurang kehebatannya dalam bidang falak. Dengan kemahiran itu beliau dapat menyusun jadual waktu sholat untuk kegunaan orang ramai. Oleh itu, janganlah kita suka memperlekehkan keilmuan ulama kita terdahulu. Jangan mentang-mentang kita punya predikat "Dr." di hadapan nama kita, maka ianya dijadikan lesen untuk mengkritik secara biadap ulama yang telah banyak berjasa.

Sempena tarikh keramat ini

Tarikh kemerdekaan ibu pertiwi

Mari panjatkan ke hadhrat Ilahi

Permohonan hamba dhoif ini

Untuk kesejahteraan umat dan negara bertuah ini

Biarlah berpanjangan masa silih berganti

Berkekalan di bawah naungan rahmat Ilahi Rabbi

Juga dijadikan negara ini baldatun thoyyibah yang diberkati

Para ulama, pejuang dan penegak yang tulus hati

Hendaknya di kalangan faizin ditempati

Meraih kenikmatan syurga yang abadi

Mendapat syafaat Junjungan Nabi

Aamiin...aamiin ya Rabbal 'Aalamiin bihurmatil Fatihah

12 ulasan:

AbuKajangi berkata...

Cheeeeewaaaaaaaaaaahhhhhhhh Tuan Abu Muhammadi yang disegani,
Semoga kito samo-samo dapek memerdekakan diri kito yang terperi,
daripado hawo NAFSU yang tek pornah berpuas hati,
yang tak pornah mencukupiiiii....
Mordeka !!! Mordeka !!!

AbuKajangi berkata...

Tuan Abu,

Mari kito berdiskusi tajuk IMAM MAHDI, dapek kironyo Tuan bawakkan hadith IMAM MAHDI dan juga PEMUDO BANI TAMIM, nanti esse akan tumpang sekaki ....

dagang berkata...

Salam

maaf mungkin macam tak betul saluran ini , ana cari email enta tapi macam takde

ana terlepas peluang utk ke kuantan
bila lihat enta ada scan risalah tu , rasa macam nak mintak tlng

boleh scan kan ana kertas2 kerja masa seminar tu dan email pada ana ,
kalau kena bayar pun ana tak kisah sbb ana belajar jauh selasa ni dah nak balik , harap dapat tlng ,

kalau rasa nak delete post ni pun takpe

ni email ana dagang_asing@yahoo.com

jzkk

Tanpa Nama berkata...

Encik Dagang masih ado peluang untuk mengikuti seminar sebagaimano di Kuantan tu. akan diadokan di UIA pado 2 dan 3 September. Walaupun dah lambat dan tak daftar lagi, small matter. Datang ajo, nanti boleh kami dapekkan kertas kerjo tu.
Nak balik Seloso ni ... sompek layi. Malam ni di Anjung Rahmat ado pertemuan dongan dr Umar Abdullah Kamil dan seorang lagi panel ... den lupo ... silolah ko Anjung Rahmat. Dokek ajoo ... Gombak!

Abu Muhammad berkata...

Insya-Allah, nantilah kita usahakan Tuan AbuKajangi.

Akhi Dagang, moh le ke UIA. Kalu tak sempat, email kat ana alamat antum, nanti ana kirim... balasy.

abumuhammad123@yahoo.co.uk

Tanpa Nama berkata...

upload kat weblog boleh?

Abu Muhammad berkata...

Buleh, no problemo. Weblog kat mana?

Tanpa Nama berkata...

tak..., ente upload le kertas2 keje tu kat weblog ente ni... boleh kami baca.

Abu Muhammad berkata...

Insya-Allah, buleh tapi banyak le.

Abu Muhammad berkata...

Anda dah upload barang 4 muka kat blog baru Nahrus Shofa. Tapi lecehlah, sebab nak upload lambat, nak scanpun makan masa. Tengoklah, tahap kerajinan nanti.

Cik Nony, kalau duduk Mesia, bagi je alamat, karang aku kirimkanlah satu dua kertas kerja. Asalkan dengan niat yang baik dan elok selari dengan Sunniyun Syafi`iyyun.

Tanpa Nama berkata...

Akhi Abu Muhammad - tolong bagi blink ke blog baru tersebut.

Tanpa Nama berkata...

kalau susah gitu tak mengapalah. saya tak ada alamat malaysia...