Sabtu, September 23, 2006

Marhaba Ya Ramadhan

Alhamdulillah, atas limpahan rahmatnya kita semua dapat bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Bulan yang penuh rahmat dan keberkatan. Bulan di mana al-Quran diturunkan kepada Junjungan Nabi s.a.w. Mudah-mudahan kita dapat melaluinya dengan penuh kesabaran kerana bagi orang yang bersabar ganjarannya tidak dapat dikira-kira dan syurga menjadi kesudahannya. Bulan Ramadhan merupakan hadiah Allah kepada umat ini, di mana pahala amalan digandakan, satu nafil diberi pahala fardhu, yang mana pahala fardhu sebillion nafil pun tak boleh nak tanding. Satu fardhu pulak dalam bulan Ramadhan diganda sehingga 70 kali ganda, masyaAllah wa SubhanaAllah. Zikir dan tasbih pula juga digandakan, Imam Tirmidzi meriwayatkan daipada al-Husain bin al-Aswad al-'Ijliy al-Baghdaadiy daripada Yahya bin Adam daripada al-Hasan bin Sholih daripada Abu Bisyr bahawa Imam az-Zuhri berkata:-

تسبيحة في رمضان افضل من الف تسبيحة في غيره

"Satu ucapan tasbih dalam bulan Ramadhan lebih afdhal daripada 1,000 tasbih dalam bulan-bulan lain.

Jadi tunggu apa lagi:-

سبحان الله، سبحان الله، سبحان الله،

سبحان الله، سبحان الله، سبحان الله،


1 ulasan:

Syahir Hassan berkata...

Assalamualaikum
Majlis Khataman Quran susunan Al-Imam Ali Zainal Abidin di Singapura yang diberkati InsyaAllah Tahun 2006 akan bergilir spt berikut:
13Okt Mjd Hjh Fathimah Beach Rd
15Okt Mjd Abd Aleem Lor K Tlk Kurau
17Okt Mjd Khadijah Geylang Rd
19Okt Mjd Omar Kg Melaka off Havelock Rd, Chinatown
21Okt Mjd Aal Abd Razak
Jln Ismail

Juga lantunan qasidah-qasidah karangan para Habaib BaAlawi. Majlis Ba'da Terawih, Jamuan Ba'da Majlis