Selasa, Januari 02, 2007

Persaudaraan

Ikhwah, kesempatan kali ini aku hendak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya 'Aidul 'Adha kepada kalian dan selamat melaksanakan ibadat korban sebagai sarana bertaqarrub kepada Allah s.w.t. Alhamdulillah, para jemaah haji telah selamat berwuquf dan selamat melaksanakan kewajipan melontar jamrah dan bermalam di Mina tanpa apa-apa insiden. Mudah-mudahan semuanya mendapat haji yang mabrur, akbar tak akbar serah saja kepada Allah yang semestinya Akbar. Junjungan Nabi s.a.w. tatkala berwuquf telah berdiri di atas sebongkah batu di Lembah Uranah di Padang 'Arafah telah menyampaikan khutbah baginda yang masyhur. Antara pesanan baginda buat umatnya ialah:-
... Wahai manusia, sesungguhnya darah-darah kamu dan harta-harta kamu adalah suci bagi kamu (yakni tidak boleh diceroboh oleh sesiapa pun) seperti kesucian hari ini dan bulan ini...... Dengarkanlah perkataanku dan perhatikanlah, hendaklah kalian mengetahui bahawa setiap orang Islam adalah saudara bagi orang Islam yang lain dan semua kaum Muslimin adalah bersaudara....
Malangnya, zaman kita ini pesanan dan wasiat Junjungan yang acap kali disabdakan baginda, sehingga diulang-ulang baginda dalam Khutbah Wida` baginda sudah tidak dipedulikan umat yang mengaku umat baginda. Ada yang sanggup berbalah dan berbunuhan sesama sendiri, sedangkan masing-masing masih bersholat menghadap qiblat yang satu dan menunaikan ibadah haji di BaitUllah yang mulia....Allahu...Allah. Mudah-mudahan Allah mempersatukan kembali hati umat ini agar menjadi umat yang bersaudara di bawah naungan dua kalimah suci yang isinya adalah mentauhidkan Allah dan menerima risalah Junjungan Nabi s.a.w.

2 ulasan:

Bunga Rampai berkata...

Assalamu'alaikum Tuan Rumah :)

Saya suka apa yang ditulis di sini. Alhamdulillah.

mardiah berkata...

Aamiinn ya rabbal-a'laminn.Sedeh sangat melihat keadaan ummah kerana tak tahu bagaimana nak menyatukan kembali ummah ini. Allahu..Allah. Semalam, ada doktor arab tanye pendapat saye tentang penggantungan saddam hussein. Dia sangat marah kepada orang2 syiah yang merayakan kematian saddam dengan gembiranya dan menyatakan orang2 syiah ini adalah yang paling jahat dan bukan muslim. Tapi, amat sukar bagi saya untuk menerima pendapatnya yang keras itu(menidakkan keislaman orang2 syiah). Wallahua'lam. Saya kasihan pada saddam, tapi ini adalah taqdir yang ditetapkan oleh Allah buatnya, mungkin disebabkan kesilapannya yang lalu. Allahu..Allah... (moga pembalasan di dunia ini meringankan seksaan buatnya di akhirat kelak, insyaAllah)