Ahad, Mei 13, 2007

Sholawat Sidi Syamsuddin

Ini adalah sholawat yang dinisbahkan kepada Sayyidi Syamsuddin Muhammad al-Hanafi seorang waliyUllah yang dikatakan memegang maqam Quthub selama 46 tahun 3 bulan. Sholawat ini adalah sholawat ke-40 yang dicatat oleh Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani dalam "Afdhalush Sholawat". Syaikh Yusuf turut menukilkan kisah bahawa Sidi Syamsuddin telah diperintahkan oleh Junjungan Nabi s.a.w. untuk menjadikan sholawat ini sebagai wirid dalam khalwatnya sebelum terbenam matahari. Sholawat ini merupakan antara shighah jami` yang menghimpunkan pahala dan rahsia yang banyak. Kandungannya ialah permohonan kita kepada Allah untuk menggandakan pahala ucapan sholawat dan salam yang kita ucapkan untuk baginda s.a.w. dan ahli keluarga serta para sahabat dengan gandaan yang besar lagi agung, iaitu sebanyak atau seluas ilmu Allah yang tiada kesudahan, baik dari segi bilangan, berat maupun isipadu. Allahu ... Allah.... hanya Allah sahaja yang mengetahui kadarnya.

1 ulasan:

fadhilah berkata...

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat tersebut juga terakam di dalam kitad aurad muhammadiyah dan diamalkan oleh pengamal tarikat tersebut.Makamnya (wali Allah yang mendapat selawat ini) terdapat di Mesir. Digelar Sultan kerana segala perkataannya didengar dan ditaati...