Khamis, Julai 26, 2007

Masjidil Aqsha

Setiap menjelang bulan Rajab, masyarakat kita sebagaimana umat Islam serata dunia akan memperingati satu peristiwa besar yang menjadi mu'jizat Junjungan Nabi s.a.w., iaitu peristiwa Isra` wal Mi'raj. Perjalanan malam Junjungan s.a.w. dari Makkah menuju ke Palestine dan di sana Junjungan s.a.w. bersholat bersama arwah para anbiya` dan mursalin dengan baginda menjadi Imam mereka, sungguh baginda adalah Imamul Anbiya` wal Mursalin, 'alaihi afdhalush sholawati wat taslim. Malang sekali bagi umat hari ini, yang saban tahun mengadakan peringatan demi peringatan, tetapi masjid suci masih dicemari kedurjanaan Zionis yang bermaharajalela. Bilakah agaknya muncul Salahuddin baru yang akan mengangkat kembali maruah umat ini...Allahu...Allah. Umat lebih seronok membincangkan persoalan khilafiyyah berbanding mencari penyelesaian berhubung kemaslahatan umat yang semakin meruncing.

Imam an-Nasa-i dan Imam Ibnu Majah meriwayatkan Junjungan Nabi s.a.w. mengkhabarkan bahawa tatkala Nabi Sulaiman selesai membina Masjidil Aqsha memohon ke hadhrat Allah seperti berikut:-

سأل الله عز و جل حين فرغ من بناء المسجد ان لا يأتيه احد لا ينهزه إلا الصلاة فيه أن يخرجه من خطيئته كيوم ولدته أمه

"Baginda Sulaiman memohon Allah 'azza wa jalla tatkala selesai pembinaan Masjidil Aqsha agar sesiapa yang mengunjungi masjid tersebut semata-mata untuk bersholat di dalamnya dikeluarkan dari segala kesalahannya sehingga jadilah dia bersih seperti hari dia dilahirkan ibunya."
Allahu .... Allah, sholat di masjid suci tersebut selain memiliki keutamaan menggandakan pahala sholat turut menjadi penyuci dosa seseorang seperti kita yang banyak dosa dan nista ini. Entah bila agaknya dapat kita kunjungi masjid suci ini seperti kita mengunjungi Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi. Mudah-mudahan disampaikan Allah niat dan cita kita atau diganjariNya kita atas niat tersebut walaupun tidak kesampaian. Allah Maha Pemurah, niyyatul mu'min khairun min 'amalih. Allahumma aamiiin.




Ahad, Julai 15, 2007

Imam Taqiyuddin al-Hishni

"Kifayatul Akhyar" adalah sebuah kitab fiqh mazhab Syafi`i yang amat masyhur. Ianya telah berulang kali dicetak dan tersebar ke segenap penjuru dunia Islam. Pengarangnya adalah Imam Abu Bakar bin Muhammad bin 'Abdul Mu'min bin Hariz bin Mu`alla bin Musa bin Hariz bin Sa`id bin Dawud bin Qaasim bin 'Ali bin 'Alawi bin Naasyib bin Jawhar bin 'Ali bin Abi al-Qaasim bin Saalim bin 'Abdullah bin 'Umar bin Musa bin Yahya bin 'Ali al-Ashghar bin Muhammad at-Taqiy bin Hasan al-'Askari bin 'Ali al-'Askari bin Muhammad al-Jawaad bin 'Ali ar-Ridha bin Musa al-Kaadhzim bin Ja'far ash-Shoodiq bin Muhammad al-Baaqir bin Zainal 'Abidin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin 'Abi Tholib at-Taqiy al-Husaini al-Hishni. Beliau yang lebih dikenali sebagai Imam at-Taqiy @ Taqiyuddin al-Hishni adalah seorang ulama besar dan ahli sufi bermazhab Syafi`i serta berpegang dengan i'tiqad Imam Abul Hasan 'Ali al-Asy'ari. Seorang yang zahid dan sentiasa menyeru ke arah ma'ruf dan mencegah kemungkaran tanpa takutkan sesiapa hatta para pemerintah dan penguasa.

Beliau dilahirkan dalam tahun 752H di Kota al-Hishn dalam negeri Syam kemudian berpindah ke Kota Dimasq di mana beliau meneruskan pengajiannya. Di antara guru-gurunya ialah:-
  1. Syaikh Abul 'Abbas Najmuddin Ahmad bin 'Utsman bin 'Isa al-Jaabi;
  2. Syaikh Syamsuddin Muhammad bin Sulaiman ash-Sharkhadi;
  3. Syaikh Syarafuddin Mahmud bin Muhammad bin Ahmad al-Bakri;
  4. Syaikh Syihaabuddin Ahmad bin Sholeh az-Zuhri;
  5. Syaikh Badruddin Muhammad bin Ahmad bin 'Isa;
  6. Syaikh Syarafuddin 'Isa bin 'Utsman bin 'Isa al-Ghazi;
  7. Syaikh Shadruddin Sulaiman bin Yusuf al-Yaasufi.
Beliau juga mempunyai karya-karya besar dan bernilai tinggi dalam berbagai lapangan. Antaranya:-
    1. Daf'u Syubahi Man Syabbaha Wa Tamarrada Wa Nasaba Dzalika Ila asy-Sayyid al-Jalil al-Imam Ahmad;
    2. Syarah Asmaullah al-Husna;
    3. At-Tafsir;
    4. Syarah Shohih Muslim (3 jilid);
    5. Syarah al-Arbain an-Nawawi;
    6. Ta'liq Ahadits al-Ihya;
    7. Syarah Tanbih (5 jilid);
    8. Kifayatul Akhyar;
    9. Syarah an-Nihayah;
    10. Talkhish al-Muhimmaat (2 jilid);
    11. Syarah al-Hidayah;
    12. Adab al-Akl wa asy-Syarab;
    13. Kitab al-Qawaa`id;
    14. Tanbihus Saalik;
    15. Qami`un Nufuus;
    16. Siyarus Saalik;
    17. Siyarush Sholihaat;
    18. Al-Asbaabul Muhlikaat;
    19. Ahwal al-Qubur;
    20. al-Mawlid.
Beliau terkenal bukan sahaja kerana ketinggian ilmunya, bahkan kerana kewaliannya. Berbagai karamah telah berlaku ke atas beliau. Antaranya pernah diceritakan bahawa sewaktu para mujahidin berperang di Cyprus, maka beliau telah dilihat berjuang bersama-sama para mujahid tersebut sehingga mereka memperolehi kemenangan. Apabila para pejuang tersebut menceritakan hal tersebut kepada murid-murid beliau, maka murid-murid tersebut menyatakan bahawa beliau sentiasa bersama mereka di Dimasq dan tidak pergi ke mana-mana. Begitu juga beliau sering dijumpai berada di Makkah dan Madinah mengerjakan haji sedangkan pada masa yang sama beliau tetap berada di Dimasqh. Beberapa keramatnya telah disebut oleh Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani dalam "Jaami` Karaamaatil Awliya`" juz 1 halaman 621- 622.

Beliau wafat pada tahun 829H dan dikebumikan di Dimasq. Mudah-mudahan Allah sentiasa mencucurkan rahmatNya dan kasih-sayangNya kepada beliau yang telah menghabiskan umurnya untuk mengabdi kepadaNya serta menyebar luas ilmu agama. ..... al-Fatihah.

Ahad, Julai 08, 2007

Kenduri Tahlil

Majlis tahlil atau kenduri arwah adalah satu amalan yang telah lama diamalkan oleh masyarakat kita, dari kalangan ulama sehinggalah orang awam Kalangan bawahan maupun atasan, majoritinya (majoriti 2/3 atau lebih ni, bukan simple majority) bertahlil dan mengadakan majlis-majlis tahlil dan kenduri arwah. Lihat sahaja gambar Pak Lah sedang bertahlil. Oleh itu, jika amalan-amalan sebegini diserang dengan bom "bid`ah", "haram", "karut", "menyalahi sunnah", maka pasti akan menimbulkan reaksi di mana pelakunya akan bangkit membela dan tidak mustahil menyerang balas pihak yang pertama tadi. Hasilnya ukhuwwah dan persatuan umat menjadi renggang dan longgar, dan mungkin wajah-wajah berpalingan antara satu dengan yang lain. Kenapa tidak perkara-perkara yang boleh dikategorikan sebagai khilafiyyah seperti tahlil ini dibiarkan sahaja dan diterima dengan berlapang dada, tanpa perlu dikritik dan dicemoh, apatah lagi dibid`ahharamkan.

Zainuddin Fananie MA dan Atiqo Sabardila MA yang merupakan dosen Universitas Muhammadiyah Surakarta dalam sebuah penelitian ilmiah berjodol "Sumber Konflik Masyarakat Muslim NU - Muhammadiyah: Perspektif Keberterimaan Tahlil", yang diterbitkan oleh Universitas Muhammadiyah Surakarta, antara lain membuat kesimpulan seperti berikut:-

.....Tahlil merupakan bagian yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan keagamaan. Di samping itu tahlil juga merupakan salah satu alat mediasi (perantara) yang paling memenuhi syarat yang bisa dipakai sebagai media komunikasi keagamaan dan pemersatu umat. Hal itu didasarkan oleh beberapa kenyataan sebagai berikut:-
  1. secara historis, keberadaan tahlil di Indonesia sudah ada jauh sebelum munculnya berbagai organisasi keagamaan, baik yang mendukung tahlil ataupun yang menolaknya. Pada mulanya, tradisi yang sarat dengan warna tasawwuf ini dilakukan di pesantren dan kraton, namun kemudian lambat laun dapat diterima dan diamalkan oleh seluruh masyarakat Indonesia sehingga menjadi tradisi keagamaan yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan masyarakat.
  2. munculnya konflik keberterimaan tahlil oleh berbagai kelompok yang menolaknya, sebenarnya hanya terjadi pada tingkat elit kelompok tersebut. Sementara di tingkat bawah, tradisi tahlil ini tetap dilakukan tidak hanya massa organisasi yang membolehkan tahlil, tapi juga anggota organisasi yang membid`ahkan tahlil.
  3. tahlil merupakan sebuah tradisi yang memiliki dimensi ketuhanan (hablun minallah) yang mampu memberikan kesiraman rohani, ketenangan,kesejukan hati dan peningkatan keimanan, sekaligus juga memiliki dimensi sosial (hablum minannas) yang mampu menumbuhkan rasa persaudaraan, persatuan dan kebersamaan. Keyakinan seperti itu jelas-jelas diungkapkan oleh masyarakat muslim dari berbagai golongan baik kaum konservatif, modernis dan abangan.
  4. tahlil adalah persoalan khilafiyah sehingga seharusnya tidak menjadi penghalang akan kebersamaan dan persatuan dan kebersamaan umat Islam terutama untuk menegakkan Ukhuwwah Islamiyah.
Wajar pihak-pihak yang suka menimbulkan perkara-perkara khilafiyyah merenungi hasil penelitian di atas. Jika setiap pihak berlapang dada dengan isu-isu khilafiyyah, apatah lagi terhadap amalan-amalan yang telah menjadi amalan majoriti umat zaman-berzaman, nescaya persatuan dan kesatuan umat pasti dapat dijaga dan diperkukuhkan. Tetapi sikap suka membangkitkan isu-isu khilafiyyah seperti tahlil dengan nada menghukum, mencemoh dan membid`ah pasti membangkitkan rasa tidak puas hati pihak majoriti yang beramal dengannya serta satu reaksi membela dan menyerang balas akan terjadi. Malangnya, hingga kini puak yang suka menimbulkan isu-isu khilafiyyah ini masih belum insaf dan terus dengan agenda mereka untuk menimbul serta menyerang perkara-perkara khilafiyyah tersebut. Bahkan kebiadapan mereka sampai ke kemuncak apabila hero mereka yang kat Perlis dengan lantang memperlekeh dan menghina para ulama yang muktabar, bahkan Imam asy-Syafi`i pun tidak terlepas dari kebiadapan mereka. Jika ini berterusan, maka jika timbul reaksi dan tindak balas pihak yang berpegang dengan para ulama tersebut, jangan salahkan orang lain selain pihak yang mula menimbulkan isu khilafiyyah ini. Kita Sunniyyun Syafi`iyyun sentiasa berlapang dada, tapi tidak bermakna kita akan membiarkan para ulama kita diperlekehkan. Wahai Sunniyyun Syafi`iyyun, pelajarilah sejarah dan jangan biarkan pisang berbuah dua kali, jangan biarkan pihak - pihak itu mengambil kesempatan atas tasamuh dan husnudz dzan kita.


Sabtu, Julai 07, 2007

The Rose of Medina


Whenever I commemorate You, all else fades from my mind,
Your phantasm treads on the hills of my mind;
Although a mirage, it assuages my affliction,
Whenever I commemorate You, all else fades from my mind.

I wish your love pervade each second of my life,
And I could soar like spirits and circumambulate your aurora,
And find some way to ooze into your heart,
I wish your love pervade each second of my life.

I avow it is too late to attain your blissful presence,
My heart will ceaselessly be lamenting still,
Forever anticipating you with the freshest hopes,
I avow it is too late to attain your blissful presence,

As my heart flutters like a dove, hankering for you,
I beg you to grant me a plume of yours!
So that I could flap after you forever,
As my heart flutters like a dove, hankering for you.

O Rose that turns scorching desert into Eden!
Come and lapse flow into my soul with your enchanting colors!
It is high time your smiles shone on the apples of my eyes.
O Rose that turns scorching desert into Eden!

Let me be your slave, like Majnun, in the quest for you,
Sprinkle embers on my soul, let me burn like a furnace.
And be relieved of this rancorous dream elapsing without you,
Let me be your slave, like Majnun, in the quest for you.

I count the days I have been severed from you,
That coil about my soul like gloomy dolor.
Let me see your face before the twilight unfolds,
I count the days I have been severed from you.

Let me see my dusk turn into dawn at my last gasp,
And my heart be filled with the newest colors of your horizon,
Lutes would be resounding then, and flutes would be heard,
Let me see my dusk turn into dawn at my last gasp.

- Fethullah Gulen
Translated from Turkish by Metin Bosnak

اللهم صل و سلم و بارك عليه




Jumaat, Julai 06, 2007

Fungsi Sholawat

Sholawat berfungsi sebagai cahaya yang menerangi jiwa dan membuang kegelapan dalam kalbu menuju rahasia ke-Esaan Tuhan, di samping itu juga sholawat menghadirkan Nur Nabi s.a.w. agar senantiasa bertakhta pada kalbu. Sehingga keagungan diri dan perilaku Nabi Muhammad s.a.w. menjadi acuan dan tolok ukur bagi kehidupan manusia sepanjang hayatnya. Sholawat juga diartikan sebagai penyingkap tabir dari dimensi ruang dan waktu untuk menyatukan kita dengan Nur Nabi Muhammad s.a.w. Dengan membaca sholawat tidak ada lagi tabir ruang dan waktu yang memisahkan diri kita dengan Nabi Muhammad s.a.w. guna menuju persambungan (yakni perhubungan) diri dengan Allat s.w.t. Jelas sekali, membaca sholawat pada Nabi s.a.w., pada dasarnya mengandungi sebuah makna cinta dan mengagungkan, yang kemudian diikuti dengan melaksanakan sunnah secara total. Sholawat merupakan pintu untuk bisa wushul (sampai) kepada Allah (yakni keredhaanNya). - Kiyai Haji Muhyiddin AbdusShomad, Ketua Tanfidziyyah PCNU Jember.

Rabu, Julai 04, 2007

Makan Hol

"Makan Hol" kalau di tempat aku merujuk kepada kenduri arwah yang diadakan sempena memperingati ulang tahun pemergian seseorang ke rahmat Allah ta`ala. Sebenarnya peringatan sebegini bukan sahaja dilakukan oleh orang kampung aku, tapi juga di lain-lain tempat, bahkan di Pahang dan Johor ada "Hari Hol" yang diisytiharkan sebagai cuti. Hol atau yang tepatnya "haul" merujuk kepada genap pusingan masa setahun. Persoalan kenduri arwah telah banyak diperkatakan dalam entri-entri terdahulu, jadi malaihlah eden nak ngulangnye laie, bolehlah ikhwah yang berhajat merujuknya kembali. Sekarang persoalan "Makan Hol" yang aku nak sentuh sedikit. Sebenarnya, perbuatan memperingati kewafatan seseorang pada setiap tahun, sama ada berbetulan dengan tarikh kewafatannya atau tidak, menurut ulama kita mempunyai dasar. Antaranya ialah berlandasakan kepada perbuatan Junjungan Nabi s.a.w. yang menziarahi para syuhada` Uhud pada setiap haul, lalu perbuatan baginda s.a.w. tersebut diikuti oleh para khulafa` rasyidin selepas baginda s.a.w.

Imam as-Sayuthi rhm. dalam "Syarhush Shudur" halaman 282 membawa riwayat tersebut sebagaimana dinyatakan oleh Imam al-Baihaqi dalam "Dala-ilun Nubuwwah" yang menukilkannya daripada Qadhi Abu 'Abdullah Muhammad bin 'Umar bin Waaqid al-Aslami (130H - 207H) atau lebih terkenal dengan gelaran al-Waaqidi, pengarang kitab "al-Maghazi" yang masyhur . Riwayat tersebut menyebut antara lain:-

Dan diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi daripada al-Waaqidi yang menyatakan bahawa adalah Junjungan Nabi s.a.w. menziarahi para syuhada` yang gugur di medan Uhud pada setiap haul (setiap genap setahun). Ketika baginda sampai ke lembah tersebut, baginda mengangkat suara baginda yang mulia untuk mengucapkan salam: "Kedamaian dan kesejahteraan sentiasa bersama kamu, disebabkan kesabaran kamu ketika hidup di dunia dahulu. Maka alangkah baik tempat kesudahan (kamu) itu." Kemudian perbuatan baginda ini telah dilaksanakan pula oleh Sayyidina Abu Bakar r.a. pada setiap haul, kemudian diteruskan oleh Sayyidina 'Umar bin al-Khatthab r.a. dan Sayyidina 'Uthman r.a....."

Begitulah sekadar untuk pengetahuan ikhwah. Jika ada yang ngak suka dengan pihak-pihak yang mengadakan peringatan-peringatan haul, maka berlapang dadalah, bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalan kamu.

Selasa, Julai 03, 2007

Seminar Aqidah (07.07.07)

Seminar Aqidah

SEMINAR AQIDAH
AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

" Katakan Tidak pada Fahaman Wahhabi"


MAKLUMAT PROGRAM Tarikh : 7 Julai 2007 (Sabtu)
Masa : 8.30 Pagi hingga 5.00 Petang
Tempat : Dewan Utama, Yayasan Pembangunan Keluarga, Kuala Terengganu
Anjuran : Khazanah Diniyyah (KiDi)
Yuran Penyertaan : RM 30.00 seorang (Kertas Kerja dan Makan)


TENTATIF PROGRAM

Sabtu (07 Julai 2007)
8.30 pagi : Pendaftaran Peserta

9.00 pagi : Kehadiran Tetamu

9.15 pagi : Bacaan Ayat Suci Al-Quran

9.20 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

9.25 pagi : Ucapan dan Perasmian
Oleh : As Syeikh Abdul Rahman Ammash,
Dekan Fakulti Aqidah & Falsafah Global University, Beirut Lubnan

9.40 pagi : Kertas Kerja 1 :
"Bahaya Fahaman Wahhabi"
Oleh : Y.Bhg Ustaz Zamihan b. Mat Zin Al-Ghari
Pendakwah Bebas

10.45 pagi : Kertas Kerja 2 :
"Penjelasan Tepat Tentang Aqidah Para Nabi dan Ulama'- Allah Wujud Tanpa Bertempat"
Y.Bhg Ustaz Hj Ahmad Hafiz bin Hj Muhammad Alwi Al Hafiz
Mudir Madrasah Baitul Iman, Terengganu

11.50 pagi : Kertas Kerja 3 :
"Konsep Bidaah Mengikut Pandangan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jammah
Oleh : Y.Bhg Ustaz Mahfuz bin Mohamad

1.00 tgh : Makan Tengahari & Solat Zuhur

2.00 ptg : Muzakarah & Sesi Soal Jawab

4.00 ptg : Minum Petang & Bersurai



Maklumat lanjut, sila hubungi :
Mohd Razlan Abd Razak (019-3455141)
Ust Lutfi (013-9612888)