Khamis, Februari 19, 2009

Syaikh Muhammad Sa'id Linggi

Syaikh Muhammad Sa`id bin Syaikh Jamaluddin al-Linqi al-Malayuwi adalah antara bintangnya ulama tanahair kita. Beliau berketurunan mulia yang bersambung nasab kepada Sayyidina 'Abdullah bin al-'Abbas radhiyaAllahu 'anhuma, sepupu Junjungan Nabi s.a.w. Leluhur beliau berasal dari Hadhramaut, Yaman. Beliau dilahirkan pada 3 Sya'baan 1292H (1875M) dan meninggal dunia pada 12 Rabi'ul Awwal 1345H (18 September 1926). Sebelum melanjutkan pengajiannya ke Makkah, Syaikh Muhammad Sa`id telah memondok di Fathani Darus Salam dan berguru antara lain dengan Syaikh Zainal 'Abidin al-Fathani (Tuan Minal al-Fathani), Syaikh Muhammad Nuh dan Tok Semela. Ketika beliau berusia 17 tahun, beliau berangkat ke Timur Tengah (Makkah, Madinah dan Mesir) dan antara yang menjadi guru beliau di sana adalah Syaikh Ahmad Khatib Minangkabau, Syaikh Zainuddin Sumbawa, Syaikh Wan 'Ali Kutan al-Kelantani, Syaikh Ahmad al-Fathani, Syaikhul Azhar Syamsuddin al-Anbaby, Syaikh Sayyid Ja'far al-Barzanji, Syaikh Ahmad ar-Rifa'ie dan ramai lagi.

Dalam pelajaran tasawwuf dan thoriqat, beliau menerima talqin Thariqah Ahmadiyah ar-Rasyidiyah ad-Dandarawiyah daripada Sayyid Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi. Dengan Thariqat Ahmadiyah inilah beliau mencapai kemuncaknya sebagai Syeikh Mursyid Thariqat Ahmadiyah yang terbesar di dunia Melayu. Murid-muridnya dalam bidang Thariqat Ahmadiyah meliputi berbagai daerah seperti Kemboja, Fathani, Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam. Ini adalah kerana beliau gigih menjalankan usaha dakwah ke merata-rata tempat, tidak hanya tinggal menetap di Negeri Sembilan Darul Khusus sahaja. Di Trengganu contohnya, usaha dakwah beliau telah mendapat restu daripada Sultan Trengganu sendiri pada masa itu, iaitu Sultan Zainal 'Abidin. Beliau telah diberi tauliah khusus (lihat gambar di atas belah kiri) untuk mengajar di sana, di mana kandungan tauliah tersebut antara lain menyebut:-
"..... Maka sungguhnya kita, Sultan Zainal 'Abidin ibni almarhum Sultan Ahmad, yang mempunyai wilayah Trengganu dan segala jajahannya, mengizinkan dan membenarkan bagi Haji Muhammad Sa`id bin Haji Jamaluddin al-Linqi mengajarkan hukum-hukum syariat yang muthahharah dan segala alat-alatnya dan tawaabi'nya daripada tiap-tiap barang yang memberi manfaat pada dunia dan akhirat, dan tiap-tiap yang ada padanya qurbah kepada Allah s.w.t. Dan mengajar dengan khusus Thoriqah Ahmadiyyah Rasyidiyyah yang diijazahkan dia oleh syaikhnya Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi yang melengkapi atas beberapa a'maal dan awrad yang mardhiyyah ........"
Syaikh Muhammad Sa`id Linggi juga menghasilkan beberapa buah karya tulisan, antaranya: "Risalah al-Fawaid", "Kasyful Ghiba'an Haqiqatir Riba", "Sullamut Ta'rif ila Ilmit Tashrif", "Risalah al-Fath", "Nazham Kesesatan Kaum Wahhabi", "Al-Kasyfu wat Tanfis `an Saiyidi Ahmad bin Idris", "Syarh Kunuzil Jawahirin Nuraniyah", "Rasail Jawiyah" dan "Kaifiyat Mengerjakan Tarawih". Syaikh Muhammad Sa`id amat gigih dan kuat mempertahankan 'aqidah yang sebenar iaitu 'aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang sebenar (bukan cam Sunnah wal Jama`ah dakwaan negeri belah utara sana tu) dan memberikan perhatian berat terhadap dakyah Kaum Wahhabi yang mula bertiup pada zaman beliau tersebut. Beliau menentang keras sebarang cubaan untuk mengembangkan fahaman Wahhabi. Bagi beliau Gerakan Wahhabi adalah cubaan untuk merosakkan 'aqidah, ukhuwwah, perpaduan dan keutuhan umat Islam sedunia. Maka sebab itulah beliau telah menulis karyanya yang berjodol "Nazham Kesesatan Kaum Wahhabi".

Allahu ... Allah, bukan orang awam yang menunjukkan fahaman Wahhabi sebagai sesat, tetapi para ulama dan awliya serta sholihin seperti Syaikh Muhammad Sa`id yang masyhur dengan ilmu dan kewaliannya .... fa'tabiruuu Jadi marahkan kami yang tak sebulu ngan Wahhabi tak kenalah, sebab bukan kami yang menyesatkan Wahhabi tetapi para ulama dan shulaha`. Takkan kome nak hukum semua ulama dan orang-orang sholih kami ini yang telah menyatakan kesesatan Wahhabi sebagai sesat dan tukang fitnah??? Where got road like that.

Apa-apa pun mari kita hadiahkan al-Fatihah bagi ulama dan wali yang banyak berjasa ini, juga kepada para guru-guru beliau dan seterusnya kepada sekalian yang mengaku sebagai umat Junjungan Nabi s.a.w.

*************************************************

Syaikh Muhammad Sa'id Linggi

video

4 ulasan:

wayoflife berkata...

assalamu alaikum.. saya melihat di tepi sebelah kanan bawah sekali ada button protajdid segar...siapa tajdid segar tu.... kalau saya ekat2 muktaba..lihat di you tube.. tajdidsegar banyak upload video2 yg menghentam jalan sufi.. dan tarekat-tarekat muktabar.. salah satu contoh video ni http://www.youtube.com/watch?v=lcrcBe06ons&feature=rec-HM-fresh+div ,..
banyak lg video2 yg menghentam org sufi...
Cikgu Yati

Abu Muhammad berkata...

wa 'alaikumus salam,

yang cikgu katakan itu adalah tajdidsegar yang palsu ciptaan puak-puak wahabi untuk memburuk-burukkan tajdid segar yang sebenar. Gamaknya puak-puak tu dah tak laku lagi jika guna label mereka sebenar.

Harap Cikgu tak terkeliru. Untuk penjelasan lanjut sila lawati

http://tajdidsegarpalsu.blogspot.com/

wayoflife berkata...

ooo ALhamdulillah.. sekrang saya dah faham situassi sebenar... Laknat Allah kepada mereka2 yg menabur fitnah yg jahat..

bunga mawar berkata...

Majlis Maulid Masjid Kg Tekal(Little Hadramaut) Program kemuncak acara Maulid Masjid Kg Tekal Temerloh Pahang akan diadakan: Tarikh: 15 Mac 2009 Masa: 6 petang Pendakwah: Habib Kazim Assaggaf(Tarim, Yaman) dan Habib Omar Al-Aydrus

http://pondokhabib.wordpress.com