Jumaat, April 03, 2009

Baginya atau Atasnya

Jumaat, 3 April 2009, bermulalah pemerintahan Perdana Menteri baru bagi Malaysia. Perdana Menteri yang ke-6 yang mengambil alih memikul tanggungjawab yang akan ditanya nanti di sidang Qadhi Rabbul Jalil. Selaku umat Islam dan rakyat negara ini, sewajarnya kita mendoakan agar apa yang berlaku adalah yang terbaik bagi Islam dan umatnya. Menariknya bagi Perdana Menteri yang ke-6 ini, Tuan Guru Haji Nik 'Abdul 'Aziz telah mendoakan beliau dalam satu perhimpunan agar Allah membuka hati beliau bagi Islam dan taqwa ATAU menurunkan bala` kepadanya apabila itu yang terbaik untuk Islam dan taqwa. Allahu ... Allah, seram jugak dengar doa tersebut. Moga Allah mendahulukan rahmatNya daripada azab. Apa-apa pun Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Marilah kita turut berdoa dengan doa:-

اللهم أصلح من في صلاحه صلاح الإسلام والمسلمين
وأهـــــــهلك من في هلاكه صــــلاح الإسلام والمسلمين

ياحي يا قيوم يا ذا الجلال والإكرام

video

1 ulasan:

al-faqir abu zahrah berkata...

Salam,
Sidi AbuMuhd ... teori RAHMAN tamatlah sudah ..
R – Rahman Putra (Feb. 1955- 20 September 1970)
A – Abdul Razak Hussin Abdul Razak Hussain (21 September 1970 - 14 Januari 1976)
H - Hussein Onn, iaitu Perdana Menteri ketiga (15 Januari 1976 - 17 Julai 1981)
M – Mahathir bin Muhammad (17 Julai 1981 – 31 Oktober 2003)
A – Abdullah bin Badawi (1 November 2003 – 2 April 2009)
N – Najib (Muhammad Najib) bin Abdul Razak ( 3 April 2009 - ????)

Apakah dengan tamatnya teori RAHMAN ini menandakan akan tamatlah pemerintahan Barisan Nasional di bumi Malaysia????

:) :) :)