Rabu, April 08, 2009

Ceramah Mawlid -Hb Ali

Habib Ali Zainal 'Abidin al-Jufri dalam ceramahnya di bawah antara lain menyentuh berkenaan tujuan dan faedah mengadakan sambutan mawlid Junjungan Nabi s.a.w. Habib menyeru agar kita sentiasa melaksanakan acara mawlid setiap masa dan ketika sehingga lahir dalam diri kita kepribadian Junjungan Nabi s.a.w. dalam segala aspek dan segi, baik akhlak baginda, sirah baginda, keazaman baginda, sunnah serta agama baginda. Moga-moga jadilah wujud kita mencontohi wujudnya Junjungan Nabi s.a.w., pribadi kita mencontohi pribadi manusia teragung ini s.a.w. Allahu ... Allah.

Shohibul Mawlid Simthud Durar, Habib 'Ali al-Habsyi rahimahUllah, mengarang sebuah sholawat yang antara lain memohon agar kepribadian kita menjadi seperti kepribadian Junjungan Nabi s.a.w. dalam semua segi. Sholawat beliau tersebut berbunyi:-

Ya Allah Ya Tuhan kami
Sholawat dan salam mohon dilimpahi
Atas Nabi Muhammad Junjungan kami
Keluarga baginda turut disertai
Sholawat salam himpunan segala lisani
Hadhrat keluasan rahmatMu tak bertepi
Sholawat yang berkatnya kami dikurniai
Pertautan juga bantuan nurani
Dari jasmani Baginda Nabi
Dari hati Baginda Nabi
Dari ruh Baginda Nabi
Dari sir Baginda Nabi
Dari ilmu Baginda Nabi
Dari amal Baginda Nabi
Dari akhlak Baginda Nabi
Dari niat Baginda Nabi
Dari tawajjuh Baginda Nabi
Dari qashad Baginda Nabi
Terus ke jasmani kami
Terus ke hati kami
Terus ke ruh kami
Terus ke sir kami
Terus ke ilmu kami
Terus ke amal kami
Terus ke akhlak kami
Terus ke niat kami
Terus ke tawajjuh kami
Terus ke qashad kami
Serta Kau kembalikanlah Ya Rabbi
Keberkatan sholawat ini
Atas kami, atas keturunan kami,
Atas sahabat kami dan atas penghuni zaman kami
Ya Nur Ya Nur Ya Nur kami pohoni
Agar dijadikan kami satu nur menerangi
Demi haq an-Nur yang Maha Tinggi

************************************

video

2 ulasan:

AyKay berkata...

Salam ziarah,

indah sholawat ini. izinkan saya ambil utk jadikan bacaan. tk

norhafiza berkata...

Semoga ALLAH memberkati usaha tuan dgn pengisian video yg sgt bermanfaat ini. Habib 'Ali Zainal 'Abidin adalah seorg ulamak yg sgt sy kagumi krn kalam2 beliau yg sgt indah dn begitu cepat mresapi hati2 yg sdg mncr pencerahan...begitu juga dgn guru mulia beliau, Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz, kata2nya begitu menusuk hati2 sang pencari kebenaran.