Jumaat, November 06, 2009

Sultan Tegas Isu Tauliah - Sinar Harian (6/11/09)


SHAH ALAM - Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan pertemuan Sultan Sharafuddin Idris Shah (gambar) dengan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi di sini, petang kelmarin.

Katanya, pertemuan yang diadakan pada jam 5 petang itu membincangkan beberapa perkara berkaitan agama termasuklah isu ceramah tanpa tauliah.

“Dalam perjumpaan itu, Tuanku Sultan menitahkan pihak berkenaan (Jais) supaya memastikan sesiapa yang ingin mengajar, mendakwah atau memberi khutbah di masjid atau surau di Selangor perlu mempunyai tauliah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mohamad Munir berkata, Sultan Sharafuddin amat menitikberatkan isu berkaitan isu ceramah tanpa tauliah.

“Baginda amat menitikberatkan fasal tauliah kerana ia (tauliah) adalah satu instrumen untuk memastikan setiap ceramah, khutbah serta kuliah agama yang diberikan selaras dengan tuntutan agama Islam.

“Malah, perkara itu perlu (tauliah) bagi mengelakkan ia terpesong, serta tidak dipolitikkan oleh sesetengah pihak,” katanya.

Dalam pada itu katanya, baginda Sultan turut mengambil berat tentang perpaduan rakyat terutamanya umat Islam di negeri ini.

“Baginda turut bertitah supaya orang Islam perlu bersatu padu dan tidak berpecah belah serta perlu menjaga keharmonian di negeri ini dan mengingatkan supaya semua masjid di negeri itu tidak boleh dijadikan gelanggang politik yang boleh menyakitkan dan memecahbelahkan perpaduan ummah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meminta Jais menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan beberapa perkara yang melibatkan ceramah tanpa tauliah.

Abdul Khalid telah mengadakan pertemuan di antara beliau dan Exco Kerajaan Negeri dengan Pengarah Jais, Datuk Khusrin Munawi kelmarin turut membincangkan mengenai penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

2 ulasan:

ziarah76 berkata...

salam tuan,
bagus sungguh ada blog begini,
masyarakat kini semakin rimas dengan golongan wahabi.
Sorang ustaz kat kawasan saya pernah dicop sebagai sesat oleh seorang bapak budak ini semata-mata kerana ustaz tu mengajar doa qunut kepada seorang anak murid (anak mamat tu) di sekolah.
Padahal itu termasuk dalam silibus kementerian.
Sembelihan lembu korban di kampung juga dilabel 'bangkai' kerana didakwa tak ikut sunnah.
Teruk betul wahabi ni, suka label orang. Lembu pun Wahabi nak label, nasib baik lembu dah mati kena sembelih.
Semoga tuan teruskan berblog.
kalau ada masa, sila lah ziarah blog saya. Jazakumullah khair.

Abu Muhammad berkata...

Wa 'alaikumus salam wa rahmatUllah, kesian kat lembu tu nooo.. tak pasal-pasal kena label.

Alfaqir mengharapkan doa antum.