Rabu, Disember 30, 2009

Tiryaaq Mujarrab 2

Menyambung mengenai kuburnya Syaikh Ma'ruf al-Karkhi, maka telah menulis al-Imam al-Hafiz Abu Bakar Ahmad bin 'Ali bin Tsabit bin Ahmad bin Mahdi asy-Syafi`i al-Khatib al-Baghdadi (392H - 463H), ulama, ahli sejarah dan ahli hadits yang terkenal dengan panggilan Syaikh Khatib al-Baghdadi, dalam karya beliau yang masyhur "Tarikh Baghdad" pada bab ma dzukira fil maqaabir Baghdad al-makhshusah bil 'ulama` waz zuhhaad, seperti berikut:-

Ismail bin Ahmad al-Hiri telah memaklumkan kami bahawa Muhammad bin al-Husain as-Sulami telah mendengar daripada Abul Hasan bin Muqsim daripada Abu 'Ali ash Shaaffar yang mendengar Ibrahim al-Harbi berkata: "Kubur Ma'ruf adalah at-tiryaaq al-mujarrab".

Telah memberitahu akan daku Abu Ishaaq Ibrahim bin 'Umar al-Barmaki yang menyatakan bahawa dia diberitahu oleh Abul Fadhal 'Ubaidillah bin 'Abdur Rahman bin Muhammad az-Zuhri yang menyatakan bahawa dia telah mendengar ayahnya berkata: "Kubur Ma'ruf al-Karkhi itu mujarrab sebagai sebab bagi menunaikan hajat-hajat, dan dikatakan bahawa sesiapa yang membaca di sisinya (yakni di sisi kubur tersebut) 100 kali Suratul Ikhlash dan memohon kepada Allah apa yang dikehendakinya nescaya Allah menunaikan hajatnya".

Telah memberitahu akan kami Abu 'Abdullah Muhammad bin 'Ali bin 'Abdullah ash-Shuri menyatakan yang dia mendengar Abul Husain Muhammad bin Ahmad bin Jamii' menyatakan bahawa dia telah mendengar Abu 'Abdullah bin al-Mahaamili berkata: "Aku mengetahui akan kubur Ma'ruf al-Karkhi sejak 70 tahun yang lalu, tiada menziarahinya orang yang ditimpa masalah (kesusahan) melainkan Allah akan meleraikan masalahnya (melepaskan kesusahannya)."
Allahu ... Allah, adakah mereka-mereka ini penyembah kubur??? Atau mereka adalah orang yang telah sempurna ilmu dan makrifat mereka, sehingga mereka mengetahui darjat dan kadarnya seseorang makhluk di sisi Khaliqnya dan menjadikan mereka sebagai upaya dan sarana bertawassul dan bertabarruk. Apakah kita hendak menuduh al-Khatib al-Baghdadi serta segala ulama dan huffaz tersebut sebagai penyembah kubur???? Siapa berani, silakan, nanti pasti kita akan mengetahui siapa yang Ahlus Sunnah dan siapa pula yang Ahlul Bid`ah.


***********************************************
Pernyataan Syaikh Khatib al-Baghdadi tentang kubur Syaikh Ma'ruf
(Tarikh Baghdad, Juz 1, Halaman 134, Cetakan Darul Kutub Ilmiah 1417)


video

Tiada ulasan: