Khamis, Februari 19, 2009

Syaikh Muhammad Sa'id Linggi

Syaikh Muhammad Sa`id bin Syaikh Jamaluddin al-Linqi al-Malayuwi adalah antara bintangnya ulama tanahair kita. Beliau berketurunan mulia yang bersambung nasab kepada Sayyidina 'Abdullah bin al-'Abbas radhiyaAllahu 'anhuma, sepupu Junjungan Nabi s.a.w. Leluhur beliau berasal dari Hadhramaut, Yaman. Beliau dilahirkan pada 3 Sya'baan 1292H (1875M) dan meninggal dunia pada 12 Rabi'ul Awwal 1345H (18 September 1926). Sebelum melanjutkan pengajiannya ke Makkah, Syaikh Muhammad Sa`id telah memondok di Fathani Darus Salam dan berguru antara lain dengan Syaikh Zainal 'Abidin al-Fathani (Tuan Minal al-Fathani), Syaikh Muhammad Nuh dan Tok Semela. Ketika beliau berusia 17 tahun, beliau berangkat ke Timur Tengah (Makkah, Madinah dan Mesir) dan antara yang menjadi guru beliau di sana adalah Syaikh Ahmad Khatib Minangkabau, Syaikh Zainuddin Sumbawa, Syaikh Wan 'Ali Kutan al-Kelantani, Syaikh Ahmad al-Fathani, Syaikhul Azhar Syamsuddin al-Anbaby, Syaikh Sayyid Ja'far al-Barzanji, Syaikh Ahmad ar-Rifa'ie dan ramai lagi.

Dalam pelajaran tasawwuf dan thoriqat, beliau menerima talqin Thariqah Ahmadiyah ar-Rasyidiyah ad-Dandarawiyah daripada Sayyid Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi. Dengan Thariqat Ahmadiyah inilah beliau mencapai kemuncaknya sebagai Syeikh Mursyid Thariqat Ahmadiyah yang terbesar di dunia Melayu. Murid-muridnya dalam bidang Thariqat Ahmadiyah meliputi berbagai daerah seperti Kemboja, Fathani, Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam. Ini adalah kerana beliau gigih menjalankan usaha dakwah ke merata-rata tempat, tidak hanya tinggal menetap di Negeri Sembilan Darul Khusus sahaja. Di Trengganu contohnya, usaha dakwah beliau telah mendapat restu daripada Sultan Trengganu sendiri pada masa itu, iaitu Sultan Zainal 'Abidin. Beliau telah diberi tauliah khusus (lihat gambar di atas belah kiri) untuk mengajar di sana, di mana kandungan tauliah tersebut antara lain menyebut:-
"..... Maka sungguhnya kita, Sultan Zainal 'Abidin ibni almarhum Sultan Ahmad, yang mempunyai wilayah Trengganu dan segala jajahannya, mengizinkan dan membenarkan bagi Haji Muhammad Sa`id bin Haji Jamaluddin al-Linqi mengajarkan hukum-hukum syariat yang muthahharah dan segala alat-alatnya dan tawaabi'nya daripada tiap-tiap barang yang memberi manfaat pada dunia dan akhirat, dan tiap-tiap yang ada padanya qurbah kepada Allah s.w.t. Dan mengajar dengan khusus Thoriqah Ahmadiyyah Rasyidiyyah yang diijazahkan dia oleh syaikhnya Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi yang melengkapi atas beberapa a'maal dan awrad yang mardhiyyah ........"
Syaikh Muhammad Sa`id Linggi juga menghasilkan beberapa buah karya tulisan, antaranya: "Risalah al-Fawaid", "Kasyful Ghiba'an Haqiqatir Riba", "Sullamut Ta'rif ila Ilmit Tashrif", "Risalah al-Fath", "Nazham Kesesatan Kaum Wahhabi", "Al-Kasyfu wat Tanfis `an Saiyidi Ahmad bin Idris", "Syarh Kunuzil Jawahirin Nuraniyah", "Rasail Jawiyah" dan "Kaifiyat Mengerjakan Tarawih". Syaikh Muhammad Sa`id amat gigih dan kuat mempertahankan 'aqidah yang sebenar iaitu 'aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang sebenar (bukan cam Sunnah wal Jama`ah dakwaan negeri belah utara sana tu) dan memberikan perhatian berat terhadap dakyah Kaum Wahhabi yang mula bertiup pada zaman beliau tersebut. Beliau menentang keras sebarang cubaan untuk mengembangkan fahaman Wahhabi. Bagi beliau Gerakan Wahhabi adalah cubaan untuk merosakkan 'aqidah, ukhuwwah, perpaduan dan keutuhan umat Islam sedunia. Maka sebab itulah beliau telah menulis karyanya yang berjodol "Nazham Kesesatan Kaum Wahhabi".

Allahu ... Allah, bukan orang awam yang menunjukkan fahaman Wahhabi sebagai sesat, tetapi para ulama dan awliya serta sholihin seperti Syaikh Muhammad Sa`id yang masyhur dengan ilmu dan kewaliannya .... fa'tabiruuu Jadi marahkan kami yang tak sebulu ngan Wahhabi tak kenalah, sebab bukan kami yang menyesatkan Wahhabi tetapi para ulama dan shulaha`. Takkan kome nak hukum semua ulama dan orang-orang sholih kami ini yang telah menyatakan kesesatan Wahhabi sebagai sesat dan tukang fitnah??? Where got road like that.

Apa-apa pun mari kita hadiahkan al-Fatihah bagi ulama dan wali yang banyak berjasa ini, juga kepada para guru-guru beliau dan seterusnya kepada sekalian yang mengaku sebagai umat Junjungan Nabi s.a.w.

*************************************************

Syaikh Muhammad Sa'id Linggi

video

Selasa, Februari 17, 2009

Angin Perubahan

Harap-harap perubahan yang membawa kepada kebaikan dan tasamuh sesama umat. Ambo nak tengok imam-imam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dari kalangan mazhab yang empat dan tidak hanya didominasi oleh puak sebelah sahaja. Kembalikan tasamuh dan toleransi sesama umat. Katakan tidak kepada ekstrimis Wahhabi, Silapi dan Syiah tukang laknat.

Saudi king shakes up government

Saudi king's govt shakeup hailed as 'bold'
AFP/File – Saudis on Sunday cheered King Abdullah's sweeping government shakeup as a bold step forward, a day …

RIYADH (AFP) – King Abdullah on Saturday made sweeping changes to his government, axing the head of the religious police and appointing Saudi Arabia's first-ever woman deputy minister in the biggest shakeup since he took over the throne.

In major changes that appeared to target conservative religious clerics who dominate the judiciary, he also ousted powerful Supreme Judicial Council head Sheikh Saleh al-Luhaidan, whom Saudi activists say had blocked reforms for years.

The changes also include new education, justice, information and health ministers, a new leader of the consultative Shura council, and a new central bank chief.

Analysts said they indicated Abdullah's determination to put his progressive stamp on the country's arch-conservative institutions.

"This is a turning point. It is the biggest change that happened in this country in 20 years," Mohammad al-Zulfa, a member of the Shura council, told AFP.

Norah al-Fayez, currently an official at the Saudi Institute for Public Administration, became the first woman deputy education minister for female education affairs -- the most senior job ever granted to a woman in the Muslim kingdom.

In another major change, Abdullah sacked hardliner Sheikh Ibrahim al-Ghaith, the head of the Muttawa religious police.

Under Ghaith, the Muttawa, who enforce Saudi Arabia's strict-but-eroding Islamic social mores, such as complete separation of unrelated members of the opposite sexes, have been widely feared.

Ghaith was replaced by Sheikh Abdul Aziz al-Humain, who quickly gave notice of changes to come.

"We will try to be close to the heart of every citizen. Their concerns are ours," Humain told Al-Arabiya news channel.

Abdullah, who ascended the throne after the death of his half-brother King Fahd in August 2005, had made mainly minor changes in the administration since then, amid expectations to put his mark more deeply on the government.

"It is a new start for King Abdullah. People are expecting changes," Zulfa said.

The shake-up included naming Ambassador to Lebanon Abdulaziz al-Khoja as information and culture minister, legal expert Sheikh Mohammed al-Issa as justice minister, and senior national guard official Prince Faisal bin Abdullah bin Mohammed al-Saud as education minister.

At the central bank, Vice Governor Mohammed al-Jasser will replace Hamad Saud al-Sayyari, who had served in the job since 1983 and asked to step down, according to Saudi Finance Minister Ibrahim al-Assaf.

"We don't expect any change. Jasser has been groomed for the job," said a Riyadh investment banker.

Other significant changes included naming a new leader of the official Saudi Human Rights Commission, which earlier this month submitted the country's record for review for the first time ever at the Geneva UN Human Rights Council.

Aging Turki al-Sudairy, who had started up the commission, stepped aside for a board member of the council, Bandar al-Iban.

"The human rights movement is going to lose its biggest ally," Ibrahim al-Mugaiteeb, leader of the Human Rights First Society, told AFP.

The country's justice apparatus, widely seen as archaic and inconsistent, has been targetted by King Abdullah for changes since he came to the throne.

New heads of the administrative court, the supreme council of justice, and the supreme court were named.

"The changes indicate King Abdullah's keenness to bring in new blood of a young generation," Issa, the new justice minister, said on Arabiya television.

The replacement of Luhaidan by Saleh bin Humaid, the outgoing Shura council leader, was the biggest change, according to Mugaiteeb.

Luhaidan, known for numerous declarations rooted in conservative Islam, like one in September that the owners of satellite television stations showing "immoral" shows should be killed, had held the job for more than four decades, according to Mugaiteeb.

"This is what we have been fighting for," he said.

Also, for the first time the king named representatives of all four Sunni Islam schools of religious law to the Council of Ulemas, the leading clerics of the kingdom.

Previously only thinkers from the Hanbali school which dominates the conservative Saudi version of Islam were represented on the council.

Still, the most powerful cabinet positions of defence, interior, and foreign affairs were unchanged, remaining in the hands of the key princes of the royal family who have held the jobs for decades.

But Zulfa said he expects more changes "within six months."

Isnin, Februari 16, 2009

Hukum Mawlid - Haji Sulong

Tuan Guru asy-Syahid Haji Sulong @ Haji Muhammad Sulum bin 'Abdul Qadir al-Fathani rahimahUllah, ulama dan mujahid Fathani Darus Salam, rupa-rupanya ada menulis sebuah kitab berhubung mawlid Nabi s.a.w. Karyanya tersebut diberi jodol " Kitab Cahaya Islam - Gugusan Mawlid Sayyidil Anam" yang ditulis pada tahun 1362H (1943M). Dalam kitab tersebut, asy-Syahid Tuan Guru telah menyatakan, antara lain, bahawa:-
Maka sesungguhnya berbuat mawlid itu bid'ah, akan tetapi masuk di dalam bahagian bid`ah hasanah. Diberi pahala akan orang yang mengerjakan dia, seperti memperbuat ibadat sunnat ... Maka perhamba sebutkan sedikit fasal bahagian bid`ah kerana takut terkeliru di atas mereka yang tidak tahu bahagian bid`ah, maka ia berkata bahawasanya berbuat mawlid itu bid`ah yang keji atau haram seperti sangkaan mereka yang telah disesatkan."
Maka janganlah kita terpedaya dengan dakyah puak-puak yang tidak bersetuju dengan amalan bermawlid. Biarlah mereka dengan dunia mereka, asalkan mereka tidak mengganggu kita dengan amalan kita. Tetapi jika mereka menyerang amalan kita dan bersikap biadap terhadap para ulama kita, maka janganlah kita berdiam diri. Bangkitlah dan pertahankanlah ulama kita yang telah banyak berjasa berbanding mereka.

video

Ahad, Februari 01, 2009

Seminar Pembinaan Ummah


Jangan lupa sesiapa yang berkelapangan silalah hadir.

Tarikh: 7 Februari 2009

Masa : 8.00 pagi - 11.45 malam

Tempat: Dewan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur