Selasa, Januari 05, 2010

Isu Kalimah Allah


Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Mengenai Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah

Bil. Muzakarah : Kali Ke-82

Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008

Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah

1) Ulasan/Hujah

  1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
  2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
  3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
  4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
  5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
  6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
  7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
  8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
  9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.
  10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.
  11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
  12. Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.

2) Keputusan

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
  2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
************************************************

Pandangan Dr. Haron Din hafizahUllah

(Bahagian. 1)



Bahagian 2

7 ulasan:

T H E . M A L A Y . P R E S S berkata...

Salam ustaz.

Kami dipihak The Malay Press 100% dibelakang tuan-tuan yang peka dan sensitif terhadap penghinaan yang sedang dijalankan ini.

Kalimah Allah adalah nama khas. Surah Al-Ikhlas dengan terang dan tegas menafikan Allah yang sedang dimaksudkan oleh puak2 kristian Herald -dalam usaha mereka menjarah dan mengelirukan fahaman dan pegangan agama umat Islam dirantau ini.

Kami amat perihatin dalam hal yang berkaitan dengan hal ini dan tidak sekali2 membenarkan kesucian agama Islam diperkotak-katikkan.

Lebih2 lagi dalam keadaan Islam yang sedang dari pelbagai sudut.

wassalam.

Ziarah76 berkata...

Allah akbar.
Semoga Allah pelihara dan jauhkan kita daripada dakyah kristian.

Unknown berkata...

The Dark Forces regard the kalima as a very powerful 'brand' that they must get share if not grab the ownership of the kalima and exploit it to the most.

The Dark Forces only interested in the right to use or rather exploit the kalima. They are not interested in taking up the responsibility in upholding the sanctity of kalima the way Muslims do.There is no gurantee they will not abuse the kalima judging from the way they have been abusing Jesus (Isa AS)

Tanpa Nama berkata...

Sudah jelas sekarang, fahaman ala Wahabi berdasarkan tafsiran tauhid rububiyyah semakin garang dan tidak berselindung lagi. Sekarang ia telah bertentang secara terbuka, dalam PAS aliran haraki sufi Said Hawwa, tenggelam dengan aliran haraki ala Wahabi.Dalam UMNO cepat juga merebak dan Perlis menjadi bukti paling jelas.Pertahanan ASWJ di JAKIM mula digugah. Kepada pihak yang menyedari, mulakan usaha pertahanan ASWJ kita mulai sekarang. Silibus pengajian di U, sekolah perlu di jaga. Nampaknya, kecuaian kita berpegang dengan pesanan ulama' nusantara yang silam mula menampakkan akibatnya....

p/s : sesiapa yang membaca, tolong print dan sebarkan hasil muzakarah ke 82, demi akidah 'survival' ASWJ.

Tanpa Nama berkata...

Sudah jelas sekarang, fahaman ala Wahabi berdasarkan tafsiran tauhid rububiyyah semakin garang dan tidak berselindung lagi. Sekarang ia telah bertentang secara terbuka, dalam PAS aliran haraki sufi Said Hawwa, tenggelam dengan aliran haraki ala Wahabi.Dalam UMNO cepat juga merebak dan Perlis menjadi bukti paling jelas.Pertahanan ASWJ di JAKIM mula digugah. Kepada pihak yang menyedari, mulakan usaha pertahanan ASWJ kita mulai sekarang. Silibus pengajian di U, sekolah perlu di jaga. Nampaknya, kecuaian kita berpegang dengan pesanan ulama' nusantara yang silam mula menampakkan akibatnya....

p/s : sesiapa yang membaca, tolong print dan sebarkan hasil muzakarah ke 82, demi akidah 'survival' ASWJ.

ilah berkata...

check out noreagaa and achernaar production documentary entitled THE ARRIVALS. look it up on youtube. it is trying to reveal how the dark forces is controlling us, muslims and the world now.

refah00 berkata...

AKidah lebih penting daripada politik