Jumaat, Ogos 27, 2010

Amalkan Ratibusy Syahir

Ratib al-Haddad juga dikenali sebagai "Ratibusy Syahir""kerana kemasyhurannya menjadi amalan jutaan umat Islam Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Di sebelah Nusantara, ratib ini telah dikenali sejak dahulu lagi. Ianya disebut serta dimuatkan dalam karya ulama-ulama kita seperti Tok Syaikh Daud al-Fathani, Tok Syaikh Kelaba al-Fathani, Tok Syaikh Abdul Rasyid Banjar dan ramai lagi rahimahumUllah. Ratib ini walau pun ringkas dan ringan bacaannya, tetap penuh dan padat dengan keberkatan dan asrar. Maka tidak hairanlah para ulama kita, dahulu dan sekarang, di samping menjadikan ratib ini sebagai pakaian mereka, turut menganjurkan para murid mereka serta umum umat Islam untuk sama-sama mengamalkan ratib ini.

Kiyai Haji 'Abdullah Faqih hafizahUllah, ulama besar yang memimpin Pondok Pesantren Langitan, Tuban, sebagaimana diberitakan dalam Warta NU, Edisi Mei 2001, halaman 15, menyatakan:-" Warga Nahdliyyin diwajibkan secara rutin membaca Ratib al-Haddad secara berjamaah, baik di rumah maupun di mushalla." Anjuran beliau turut disokong oleh seorang lagi ulama terkenal iaitu Kiyai Haji Muhammad Subadar hafizahUllah dari Pasuruan yang menyatakan:- "Hendaknya semua warga NU selalu istiqamah membaca Ratibul Haddad."

Manakala Habib Luthfi BinYahya hafizahUllah, Ra’is ‘Am Jam`iyah Ahlu Thariqah al-Mu’tabarah an-Nahdiyah, pula menegaskan bahawa: "Ratib al-Haddad ini sudah menjadi amalan umum di kalangan warga Nahdliyyin sejak zaman Hadhratusy Syaikh KH. Hasyim Asy`ari Jombang. Pengamalan Ratib al-Haddad ini sebelumnya sudah disetujui al-`Allaamah asy-Syaikh Kholil Bangkalan Madura, yang ternyata salah satu thariqah beliau adalah Thariqah Haddadiyyah."

Maka sewajarnyalah kita mengambil berat akan pesanan para ulama kita ini untuk menjadikan Ratibul Haddad sebagai pakaian kita. Sungguh masa yang diambil untuk membaca ratib ini tidaklah panjang serta bacaan-bacaannya adalah warid dan iqtibas daripada firman Allah SWT dan sabdaan Junjungan Nabi SAW. Tiada keraguan pada keberkatannya, cuma perlu diingat bahawa Imam al-Haddad rahimahUllah, shohibur ratib, menyatakan:-

الأذكار و الأوراد لا تنفع إلا مع المداومة

و لا يظهر تأثيرها إلا مع الحضور و الخشوع


Segala zikir dan wirid tidak bermanfaat melainkan jika diamalkan secara dawam (berkekalan);
Dan tidak zahir kesannya melainkan jika diamalkan dengan hadir hati dan khusyu`.
Tapi bagaimana hendak mencapai zikir dengan dawam dan hudur serta khusyu`, jika ianya belum mula diamal. Jadi mulailah beramal, biar deh dengan malas dan ghaflah dahulu, insya-Allah, dengan inayah Allah ta`ala, moga-moga diberikan istiqamah, hudur dan khusyu`.

Selasa, Ogos 24, 2010

Haul Buya Maliki

Sesiapa yang berkelapangan silalah hadir majlis khair ini, majlis memperingatinya para ulama. Mudah-mudahan dengannya kita bertambah mencintai para pewaris Junjungan Nabi SAW. Jika berdamping dengan para pejabat dan ahli korporat kita berharapkan projek dan keuntungan duniawi, kenapa tidak kita dampingkan diri kita dengan para pemuka agama demi mencari laba dan keuntungan di akhirat sana. Tiadalah balasan bagi sesuatu keihsanan melainkan keihsanan juga. Moga mendapat kasih sayang mereka dan syafaat mereka.

Haul Abuya akan diadakan di PUSAT PENGAJIAN BAALAWI KUALA LUMPUR pada hari Sabtu 18 Ramadhan 1431 / 28 Ogos 2010 mulai waktu Asar. Hadirlah untuk meraih rahmat dan keberkatan.

Jumaat, Ogos 20, 2010

Habib 'Abdur Rahman bin Musthofa al-'Aydrus

Di Kota Kaherah, tepatnya pinggir jalan di sisi maqam Sayyidah Zainab binti Imam 'Ali radhiyAllahu 'anhuma, cucunda Nabi SAW, bersemadinya seorang ulama dan wali besar keturunan Ba 'Alawi. Dalam gambar di sebelah kanan, boleh dilihat kubah kecil yang menaungi maqamnya Habib 'Abdur Rahman bin Musthofa al-'Aydrus. Ilmu dan kewalian beliau telah masyhur, jika tidak masakan setelah wafat beliau dikebumikan di sisi manusia agung dan mulia, anakanda Sayyidah Fathimah az-Zahra, RA Sayyidah Zainab RA. Banyak kisah-kisah yang menarik mengenai Habib 'Abdur Rahman al-'Aydrus ini, antaranya, diceritakan bahawa satu ketika tatkala berada di Kota Madinah al-Munawwarah, Habib 'Abdul Rahman bin Musthofa al-'Aydrus, Habib Abu Bakar bin Husain BilFaqih dan Habib Syaikh bin Muhammad al-Jufri rahimahumUllah saling berjanji sesama mereka untuk mengamalkan semua yang terkandung dalam kitab "Bidayatul Hidayah " karya Imam Hujjatul Islam al-Ghazali rahimahUllah. Atas istiqamah dan kesungguhan serta keikhlasan mereka mengota perjanjian mereka tersebut, maka mereka berhasil bertemu dengan Junjungan Nabi SAW. Baginda Nabi SAW telah memberi sebuah kitab putih kepada Habib Abdul Rahman dan menyuruh beliau pergi ke Mesir. Habib Abu Bakar BilFaqih diberi sebuah pinggan dan disuruh pergi ke Asia, manakala Habib Syaikh al-Jufri diberikan tongkat dan tasbih lalu disuruh pergi ke Malabar.

Dipendekkan cerita, Habib 'Abdur Rahman bin Musthofa al-'Aydrus pun segera pergi ke Mesir. Beliau sampai di negara itu pada waktu malam dan kebetulan di rumah seorang syaikh dari para ahli fiqih sedang dilangsungkan pesta perkawinan. Tatkala tiba waktu shalat, diserukan iqomah. Sang Syaikh berkata:- "Yang paling faqih di antara kalian hendaknya maju untuk menjadi imam." "Siapa yang paling faqih di antara kami?" tanya seorang ahli fikih."Yang paling faqih adalah orang yang dapat menyebutkan 400 sunah dalam shalat sunnah fajar. Siapa pun yang dapat menyebutkannya, maka dia layak menjadi imam kita." Mereka semua menyerah. Habib 'Abdur Rahman bin Musthofa maju, kemudian menyebutkan 400 sunah salat sunah fajar, dan menambah beberapa lagi. Sang Syaikh berkata, "Kaulah yang layak menjadi imam kami." Beliau kemudian maju mengimami shalat. Penduduk Mesir kagum dengan kedalaman ilmu Habib 'Abdur Rahman.

Suatu hari beberapa ulama Mesir datang menemui beliau dengan sejumlah persoalan bahasa yang telah mereka persiapkan lebih dahulu. Padahal Habib 'Abdur Rahman kurang begitu menguasai ilmu nahwu. "Berilah kami jawaban atas persoalan- persoalan ini," kata mereka setelah bertemu Habib 'Abdur Rahman. Beliau membuka buku putih itu dan menemukan semua jawaban atas persoalan tersebut. Beliau lalu menukil dan menjelaskannya. Begitu seterusnya. Setiap kali ada yang bertanya, beliau selalu mendapati jawabannya telah tertulis di buku tersebut.

[Saduran dari "Jawahirul Anfas fi ma yurdhi Rabban Naas" jilid1 halaman 208 - 209 karya Habib Umar MawlaKhela.]

*******************************

video

Khamis, Ogos 19, 2010

Baca Jangan Tak Baca

Nombor Rujukan Jabatan Mufti Selangor: ( 90 ) dlm.mufti.sel 500-1.Jld.3 Bertarikh 13 Ogos 2010 / 03 Ramadhan 1431. Jawapan Fatwa Adalah Seperti Berikut:

i- Kepercayaan Allah berjisim dan bersifat duduk bersila atau Allah bertempat adalah kepercayaan atau i'tiqad kaum MUSYABBIHAH (MUJASSIMAH). Dinamakan kaum musyabbih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhlukNya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Di antara i'tiqad sesat mereka yang bertentangan dengan i'tiqad Ahlusunnah Wal Jamaah ialah seperti berikut:

a. Allah bermuka dan bertangan.
b. Allah duduk bersila di atas arasy.
c. Allah berada di langit.
d. Allah bertubuh serupa nur.

I'tiqad seperti di atas adalah bertentangan dengan i'tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah lagi sesat dan menyesatkan kerana Allah tidak boleh sekali-kali diserupakan dengan makhluk (al-Syura ayat 11). I'tiqad ini membawa kepada syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam.

ii- Amalan bertawassul sama ada dengan nabi atau orang soleh adalah diharuskan kerana pada hakikatnya mereka yang bertawassul itu beri'tiqad segala usaha ikhtiar dan doa yang dilakukan oleh manusia hanya Allah sahaja yang memperkenankannya. (al-Maidah: 35)

Sekian, Wassalam.

"BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA"

Saya yang benar,


(MAT JAIS BIN KAMOS)
Pegawai Hal Ehwal islam (Istinbat)
b/p: Mufti Negeri Selangor

Doa Sholat Witir

Inilah doa setelah sholat witir yang biasa dilazimi oleh sebahagian imam di tempat kami. Satu doa yang indah susunan katanya, lagi berisikan permohonan-permohonan yang molek-molek, seperti iman yang langgeng berkekalan, hati yang tunduk khusyu' kepada Maha Pencipta, ketaatan beragama yang mantap dan ilmu yang bermanfaat. Doa ini juga, dengan sedikit perbezaan shighah, turut dianjurkan oleh Tok Syaikh Daud al-Fathani rhm. untuk dibaca setelah witir dalam karya beliau yang berjodol "Kaifiyat Khatam al-Quran" halaman 113 - 114. Doa ini merupakan saduran daripada sebuah doa yang dinisbahkan kepada Sayyidina Abu Dzar al-Ghifaari r.a. Dalam sebuah kutaib berjodol "Mafaatiihul Faraj" yang ditahqiqkan oleh Syaikh Muhammad Shiddiq al-Minshawi dinukilkan riwayatnya daripada kitab "Nawaadirul Ushul" karya Abu 'Abdullah Muhammad bin 'Ali al-Hasan bin Basyir bin Harun yang dikenali sebagai al-Hakim at-Tirmidzi yang wafat tahun 320H, sebagai berikut:-
Tersebut dalam "Nawaadirul Ushul" dengan sanadnya daripada Junjungan Nabi s.a.w. bahawasanya Sayyidina Jibril a.s. telah datang mengadap Junjungan Nabi s.a.w. Tatkala baginda bersama Jibril a.s., maka masuklah Sayyidina Abu Dzar r.a. Jibril a.s. memandang kepadanya, lalu Junjungan Nabi s.a.w. pun bertanya kepada Sayyidina Jibril a.s.: "Wahai AminAllah, adakah engkau mengenali Abu Dzar ?" Jibril mengiyakan dan berkata: "Demi Allah yang telah mengutuskan engkau dengan kebenaran, sesungguhnya Abu Dzar lebih terkenal di langit berbanding di bumi, dan yang sedemikian adalah kerana suatu doa yang diamalkannya pada setiap hari dua kali yang menjadikan para malaikat kagum". Maka Junjungan Nabi s.a.w. pun bertanya kepada Abu Dzar: "Wahai Abu Dzar, adakah bagimu doa yang engkau baca setiap hari dua kali?" Sayyidina Abu Dzar r.a. menjawab:-" Ibubapaku jadi tebusanmu, sungguh ada doa yang kuamalkan tanpa pengetahuan seseorang pun. Ianya adalah 10 kalimah yang diilhamkan Allah dan aku berdoa dengannya 2 kali sehari dalam keadaan menghadap kiblat, mengucapkan tasbih dan takbir sebanyak-banyaknya lalu berdoa dengan 10 kalimah berikut:-


Berkata Sayyidina Jibril a.s.: "Wahai Nabi Muhammad, demi Allah yang membangkitkan engkau dengan kebenaran, tidaklah berdoa seseorang daripada umatmu dengan doa ini melainkan akan diampunkan dosa-dosanya walaupun ianya sebanyak buih lautan atau sebanyak bilangan tanah bumi, dan tidaklah seseorang umatmu yang menemui Allah dengan membawa doa ini dalam hatinya melainkan dia menjadi orang yang dirindui syurga dan 2 malaikat memohon keampunan baginya serta dibukakan baginya pintu-pintu syurga, seraya berserulah malaikat: "Wahai wali Allah, masuklah dari pintu mana pun yang engkau kehendaki."
Allahu ... Allah. Hebat sungguh kisah yang diriwayatkan, tetapi barang diingat bahawa para muhadditsin menghukumkan riwayat ini sebagai dhoif. Walaupun begitu, ianya tetap dinukilkan dalam sebahagian karya hadits seperti "Jami' al-Kabir" dan "Kanzul Ummal". Maka tidaklah menjadi halangan bagi kita untuk mengamalkan doa tersebut asalkan jangan dii'tiqadkan ianya tsabit shohih daripada Junjungan Nabi s.a.w. Yang penting mohonlah kepada Allah dengan sungguh-sungguh, beradab serta dengan yakin dan ikhlash mengharapkan rahmat anugerah dan keredhaan Allah semata-mata.

Isnin, Ogos 16, 2010

Ustaz Ahmad Sonhadji Meninggal

Khamis, 2 Ramadhan 1431H bersamaan 12 Ogos 2010, telah kembali ke rahmatUllah seorang ulama Alam Melayu. Beliau adalah Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad Milatu rahimahUllah, pengarang kitab "'Abrul Atsir" atau dikenali juga sebagai "Tafsir al-Quran di Radio". Beliau merupakan alumni Madrasah al-Junaid, Singapura. Beliau juga mempunya beberapa tulisan lain seperti "Mari Sembahyang Lelaki / Perempuan", "Pelajaran Sembahyang Berjemaah" dan lain-lain. Beliau tutup umur dalam usia 88 tahun (1922 - 2010). Moga Allah mengampuni dan merahmati beliau sentiasa .... al-Fatihah.

Lebih Jahiliyyah

Sewaktu zaman jahiliyyah, kaum musyrikin apabila mengetahui isteri mereka melahirkan anak perempuan maka berubahlah wajah mereka, merah kehitaman kerana kemarahan yang bersangatan. Kemudiannya anak malang tersebut, mereka bunuh tanpa belas kasihan. Kehadiran Junjungan Nabi SAW yang membawa rahmat, telah merubah segalanya, akhirnya tradisi jahiliyyah ini dihapuskan.

Malangnya pada abad yang dikatakan moden ini, amalan jahiliyyah berulang, kali ini ianya turut dilakukan oleh mereka-mereka yang mengakui kerasulan Junjungan Nabi SAW. Lebih teruk lagi ianya dilakukan juga oleh wanita yang mengaku dirinya muslimah yang menjadi ibu kepada bayi malang tersebut. Bayi malang yang dibunuh ini sudah tidak dipandang lagi apa jantinanya, baik lelaki maupun perempuan, semua dihabisinya. Allahu ... Allah.

Kalau di zaman Abu Lahab dan Abu Jahal dahulu, yang membunuh anak-anak perempuan ini terdiri daripada para bapa jahiliyyah, tetapi apa malangnya abad kita ini ianya lebih teruk lagi berbanding zaman dahulu. Zaman kita sekarang ianya dilakukan oleh ibu anak tersebut sendiri. .... Allahu ... Allah. Apa nak jadi ni !!!!!! Mana perginya naluri keibuan para ibu ini? Allahu ... Allah, mak beruang pun tahu menyayangi anaknya. Juga yang dibunuh sekarang, bukan sahaja anak-anak perempuan bahkan anak-anak lelaki juga dibunuh tanpa belas kasihan. Kalau kaum lelaki tu tak pelik sangat, sebab memang banyak lelaki yang tak bertanggungjawab yang tergamak menjadi bapak haruan dan dan dan sebagainya. Tetapi ibu yang melahirkan tergamak membunuh bayinya sendiri, ini sudah luar tabi`i manusia dan juga binatang.

Diriwayatkan tatkala Junjungan Nabi SAW bermi'raj, baginda telah bertemu dengan sekumpulan kaum wanita yang digantung terbalik kaki ke atas kepala ke bawah dan ada juga yang digantung daripada payudara - payudara mereka. Allahu ... Allah, azaabbbbnyyyyyaaaa. Junjungan SAW dimaklumkan oleh malaikat Jibril AS bahawa inilah kaum wanita daripada kalangan umatmu yang berzina dan kemudian membunuh anak-anak mereka.

Begitulah antara gambaran azab yang bakal dihadapi oleh para ibu yang tak layak digelar ibu, digelar ibu binatang pun tak layak sebab perlakuannya lebih teruk daripada binatang. Kalau lelaki yang tidak bertanggungjawab berlepas diri, maka sewajarnya ibu-ibu yang melahirkan zuriat tersebut, tidak membiarkan anak-anak yang tidak berdosa itu, walaupun dilahirkan akibat dosa ibunya, daripada dibunuh kejam. Yang berdosa itu ibunya dan lelaki penzina tersebut, bukan anak-anak hasil perzinaan itu. Biarlah anak-anak tersebut hidup, tapi ini tidak dibunuhnya juga, udahle dapat dosa berzina tambah lagi dosa membunuh.... Allahu .. Allah. Wajar dan patut hukuman mati dikenakan atas pembunuh-pembunuh bayi ini, baik lelaki atau perempuan. Kemudian rasakanlah pulak azab yang dijanjikan Allah nanti. Kalau "buayafriend" yang tidak bertanggung jawab hendak membunuh bayi yang kamu lahirkan itu, janganlah diturut, ingatlah bahawa akibat menurut "buayafren" tulah perut kamu membesar. Lapor je kat pihak berwajib agar tindakan dapat diambil. Apalah sangat malu di dunia berbanding azab dan malu di akhirat nanti. Kalau sudah berdosa, jangan tambah lagi dosa, kembalilah kepada Allah dengan penuh keinsafan. BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT.

Jumaat, Ogos 13, 2010

Lailatul Qadar 2

Di kalangan mereka yang biasa dengan tradisi pengajian pondok dan pesantren, pasti kenal dengan kitab "Hasyiah Ibnul Amir 'ala Ittihaaf al-Murid syarah Jawharah at-Tawhid". Pengarangnya seorang ulama besar bermazhab Maliki dan pengamal thoriqah asy-Syadziliyyah, nama beliau adalah al-'Allaamah asy-Syaikh Abu 'Abdillah Muhammad bin Muhammad bin Ahmad bin 'Abdul Qadir bin 'Abdul 'Aziz al-Azhari rahimahumUllah yang terkenal dengan gelaran al-Amir al-Kabir. Beliau menjadi mufti Maliki di Mesir dari tahun 1201 sehingga 1232H. Dilahirkan pada tahun 1154H dan wafat di Kaherah dalam bulan Dzul Qaedah tahun 1232H. Memiliki banyak karya, sama ada yang telah dicetak atau yang masih berbentuk manuskrip. Antara karya beliau adalah:-
  1. المجموع في الفقه المالكي
  2. الإكليل شرح مختصر خليل
  3. حاشية على مغني اللبيب لإبن قاسم
  4. ضوء الشموع على شرح الجموع
  5. النخبة البهية في الأحاديث المكذوبة على خير البرية
Ketokohan beliau dalam ilmu mengkagumkan para ulama sezaman. Dalam usia yang belum menjangkau 21 tahun, beliau telah menghasilkan kitab "al-Majmu'" dalam fiqh Maliki. Mari kita hirup sedikit ilmu yang beliau curahkan dalam satu risalah beliau pada mentafsirkan surah al-Qadr, moga ada manfaatnya. Dalam risalah tersebut beliau menyatakan:-

Dan tersebut dalam "Tafsir al-Khatib" {iaitu tafsir "as-Sirajul Munir" karangan Syaikh Khatib asy-Syarbini rahimahUllah} daripada Syaikh Abul Hasan asy-Syadzili yang menyatakan bahawa jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad, maka Lailatul Qadr jatuh pada 29 haribulan; jika awalnya hari Isnin, maka Lailatul Qadr jatuh pada 21 haribulan; jika hari Selasa, Lailatul Qadr jatuh pada 27 haribulan; Jika hari Rabu, Lailatul Qadr jatuh pada 29 haribulan; jika hari Khamis, Lailatul Qadr jatuh pada 25 haribulan; jika hari Jumaat, Lailatul Qadr jatuh pada 27 haribulan; dan jika hari Sabtu, Lailatul Qadr jatuh pada 23 haribulan.

Dan telah warid (hadits yang menyatakan): "
Sesiapa yang sholat Maghrib dan Isya` berjemaah, maka dia telah memperolehi bahagian yang besar / banyak daripada Lailatul Qadr". Juga telah warid bahawa: "Sesiapa yang sholat Isya` berjemaah, maka seumpama dia menghidupkan separuh malamnya untuk beribadah (yakni berqiyamullail). Apabila dia sholat Subuh berjemaah, maka seumpama dia telah menyempurnakan keseluruhan malamnya untuk berqiyamullail."

Maka sewajarnya seseorang yang sukar untuk memperbanyakkan qiyamullail, dia memilih beramal dengan bacaan-bacaan yang telah warid ianya menghasilkan pahala besar seperti Ayatul Kursi yang telah warid bahawa ianya ayat al-Quran yang afdhal, membaca 3 atau 2 ayat terakhir surah al-Baqarah yang telah warid bahawa sesiapa yang membacanya nescaya ianya akan mencukupi baginya pada malam tersebut, surah al-Zalzalah yang warid bahawa ianya menyamai separuh al-Quran, surah al-Kafirun yang warid ianya menyamai seperempat al-Quran, surah al-Ikhlash yang menyamai sepertiga al-Quran, surah Yaasin yang warid bahawa ianya hati al-Quran dan ianya dibaca untuk apa yang diniatkan; memperbanyakkan istighfar, tasbih, tahmid, tahlil, berbagai zikir dan bersholawat ke atas Junjungan Nabi SAW; berdoa dengan apa yang disukai bagi dirinya dan orang-orang yang dikasihnya samada yang masih hidup maupun yang telah mati; bersedekah dengan apa yang mudah baginya; dan menjaga segala anggotanya daripada melakukan maksiat. Inilah cara menghidupkan malam Lailatul Qadar yang akan menyebabkan keampunan Allah daripada dosanya dan bukannya dihidupkan malam dengan berhibur - hibur dan bermain-main.

Dan di akhir risalah tersebut, Syaikh al-Amir al-Kabir menukilkan satu lagi faedah berupa zikir yang dikatakan sebagai warid untuk dibaca pada setiap malam dengan harapan memperolehi Lailatul Qadr. Zikir ini adalah serupa dengan apa yang disebut oleh Syaikh Abdul Hamid Qudus @ Kudus dengan sedikit perbezaan. Ianya adalah seperti berikut:-

Dan telah warid (hadits) bahawa : "Sesiapa yang mengucapkan:
لا اله الا الله الحليم الكريم
سبحان الله رب السموات السبع و رب العرش العظيم

tiga (3) kali, maka seolah-olah dia memperolehi Lailatul Qadr." Maka sewajarnya diamalkan bacaan ini pada setiap malam.
Mudah-mudahan kita direzekikan Allah SWT dengan Lailatul Qadr dalam keadaan kita beramal sholeh. Rahmat Allah sentiasa atas kita dan juga atas yang empunya karangan al-Amir al-Kabir dan sekalian para ulama kita yang ikhlas....... al-Fatihah.

********************************************
Halaman terakhir Risalah Tafsir Surah al-Qadr

Ahad, Ogos 08, 2010

Ziarah Kubur Awliya` - Sy. Mutawalli

Syaikh Mutawalli Sya'rawi rahimahUllah, seorang ulama kontemporer Mesir yang wafat tahun 1998 dan sangat produktif menghasilkan karya - karya terkemuka, pernah ditanya:- " Bagaimana tentang ziarah ahlul bayt dan para wali, yang merupakan kebiasaan orang - orang Mesir, khususnya orang - orang dari dusun yang mengambil berkah dari mereka ? "

Seraya meletakkan tangannya di dada seolah - olah berbicara tentang dirinya, ia menjawab,: " Kami juga besar sebagai orang dusun. Selama hidup, kami tinggal di lingkungan ahlul bayt dan para wali. Orangtua - orangtua kami, datuk-datuk kami, ibu-ibu kami, dan saudara-saudara kami, semuanya tinggal di serambi para wali. Kami tidak melihat kebaikan kecuali dari mereka. Kami tidak mengetahui ilmu kecuali di tempat-tempat mereka. Kami juga tidak mengenal keberkahan kecuali dengan mencintai mereka. Kami mencintai mereka karena mereka berhubungan dengan Allah. Kebaikan datang kepada kami dari orang-orang yang sangat kami yakini bahawa mereka berhubungan dengan Allah. Mereka tidak dikenal kecuali oleh orang-orang yang jiwanya menerima manhaj (syariat) Allah. ..... Bagaimana mungkin mereka membolehkan berziarah ke kuburan orang - orang muslim awam tetapi mengharamkan menziarahi mereka-mereka yang dikenal sebagai orang shalih. Ziarah kubur itu diperintahkan. Jika hal itu telah dilakukan untuk orang - orang muslim awam, apakah orang-orang yang telah dikenal atau orang yang baik dikecualikan dari hal itu, lalu diharamkan menziarahi kuburnya karena ia orang baik ? Pendapat ini sungguh tidak masuk akal ! Anggap sajalah itu seperti kubur - kubur yang lain dan berdzikirlah kepada Allah di tempatnya. Kita tidak menentang ziarah. Yang kita tentang adalah hal-hal yang tidak benar yang terjadi di dalamnya. Orang-orang yang meminta sesuatu dari mereka dapat kita katakan berbuat syirik. Tetapi jika ia meminta kepada Allah di makam-makam mereka, apa yang harus dilarang? Demi Allah, seandainya dalam berziarah itu tidak ada hal lain yang didapatkan selain sekadar pertemuan dengan orang-orang yang tunduk di hadapan Allah, itu sudah cukup bagi saya. Seandainya tidak ada yang saya dapatkan di sana selain bertemu orang-orang yang menggunakan dirinya kembali kepada Allah, itu sudah cukup. Saya akan pergi untuk bertemu orang-orang yang meninggalkan dunia dan makan sekali saja dalam sehari. Orang-orang yang menziarahi Imam Husain, Sayyidah Nafisah, Sayyid Ahmad al-Badawi atau Ibrahim ad-Dasuqi, akan malu melakukan maksiat setelah itu. Mungkin juga perasaan malu itu akan terus menyertainya sepanjang hayatnya. "

[Dipetik dari majalah alKisah No. 14/12 - 25 Juli 2010 ].