Sabtu, Februari 12, 2011

Ceramah Habib Taufiq

Perbuatan memuji - muji Junjungan Rasulullah SAW dalam syair dan qasidah adalah satu amalan yang elok dan baik. Perbuatan sedemikian telah diamalkan oleh generasi awal umat Islam lagi. Berapa banyak syair-syair pujian memuji Junjungan Rasulullah SAW telah dikarang dan dilantunkan oleh para sahabat sejak hayat baginda lagi. Di antara para penyair daripada kalangan sahabat, kita kenal nama-nama besar seperti Sayyidina Hasan bin Tsabit, Sayyidina Ka`ab bin Zuhair, Sayyidina 'Abbas radhiyaAllahu 'anhum, dan ramai lagi. Sayyidina Hasan bin Tsabit RA pernah melantunkan pujian, antaranya menyebut:-


و أَحسنُ منكَ لم ترَ قطُّ عيني
وَ أجْمَلُ مِنْكَ لَمْ تَلِدِ النّسَاءُ
خلقتَ مبرءاً منْ كلّ عيبٍ
كأنكَ قدْ خلقتَ كما تشاءُ
Yang lebih bagus daripadamu belum pernah kusaksikan
Yang lebih indah daripadamu belum pernah wanita melahirkan
Engkau dicipta bebas dari segala keaiban
Seolah-olah menurut kemahuanmulah engkau diciptakan

Oleh itu, janganlah murka apabila kita mendengar para pencinta melantunkan puji-pujian bagi Junjungan Nabi SAW. Apatah lagi jika hendak menuduh kaum muslimin yang beriman sebagai musyrik kerana kononnya telah menuhankan Junjungan Nabi SAW. Kalau tak faham bahasa para pencinta, maka jangan mudah-mudah membuat tuduhan.


*******************************
Ceramah Habib Taufiq hafizahUllah

video

1 ulasan:

Muhammad berkata...

Mohon Izin Copy Artikel2 Blog Tuan Syeikh, Syukran.

Majlis Maulid Bersama Baba Aziz, Syeikh Fahmi dan Habib Ali : http://wp.me/piAx4-45i

Majlis Ta'lim Bulanan : http://wp.me/piAx4-4eH

LAIN-LAIN MAJLIS ILMU : http://pondokhabib.wordpress.com/category/majlis-ilmu/