Sabtu, April 12, 2014

Hukum Foto - Syaikh Salim

Syaikh al-Faqih al-`Allaamah Salim bin Sa`id bin Salim Bukayyir Baghitsan rahimahullah adalah salah seorang ulama besar Kota Tarim al-Ghanna, Hadhramaut. Beliau adalah salah seorang daripada guru al-Faqih al-`Allaamah al-Habib Zain BinSumaith hafizahullah. Beliau dilahirkan pada bulan Rajab 1323H di Tarim dan wafat pada 12 Jamadil Akhir 1386H. Mengenai hukum fotografi, Syaikh Salim telah memfatwakan bahawa ianya adalah sesuatu yang diharuskan sebagaimana dinyatakan dalam fatwa beliau, antara lainnya menyatakan seperti berikut:-
"Aku lebih condong kepada pendapat Syaikh Bakhit al-Muthi`ie al-Hanafi (yakni pengarang "al-Jawaabul Kaafi fi ibahaatit tashwiiril futughafi" yang mengharuskan fotografi), sebab aku  melihat ramai orang yang dikenali dengan kewarakan, takwa dan ilmu yang tinggi mengizinkan foto dirinya diambil dengan alat fotografi (kamera), padahal tidak mungkin mereka akan membiarkan perbuatan yang haram (yakni jika foto tersebut sesuatu yang dihukumkan haram, pasti mereka tidak akan membenarkannya). - [Fatawa Syaikh Salim Said Bukayyir Baghitsan, halaman 263 - 268)

2 ulasan:

AyaqSejuk berkata...

Pencerahan yg bermanfaat dizmn yg penuh kekeliruan.

AyaqSejuk berkata...

Pencerahan yg bermanfaat dizmn yg penuh kekeliruan.