"..... Maka sungguhnya kita, Sultan Zainal 'Abidin ibni almarhum Sultan Ahmad, yang mempunyai wilayah Trengganu dan segala jajahannya, mengizinkan dan membenarkan bagi Haji Muhammad Sa`id bin Haji Jamaluddin al-Linqi mengajarkan hukum-hukum syariat yang muthahharah dan segala alat-alatnya dan tawaabi'nya daripada tiap-tiap barang yang memberi manfaat pada dunia dan akhirat, dan tiap-tiap yang ada padanya qurbah kepada Allah s.w.t. Dan mengajar dengan khusus Thoriqah Ahmadiyyah Rasyidiyyah yang diijazahkan dia oleh syaikhnya Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi yang melengkapi atas beberapa a'maal dan awrad yang mardhiyyah ........"Syaikh Muhammad Sa`id Linggi juga menghasilkan beberapa buah karya tulisan, antaranya: "Risalah al-Fawaid", "Kasyful Ghiba'an Haqiqatir Riba", "Sullamut Ta'rif ila Ilmit Tashrif", "Risalah al-Fath", "Nazham Kesesatan Kaum Wahhabi", "Al-Kasyfu wat Tanfis `an Saiyidi Ahmad bin Idris", "Syarh Kunuzil Jawahirin Nuraniyah", "Rasail Jawiyah" dan "Kaifiyat Mengerjakan Tarawih". Syaikh Muhammad Sa`id amat gigih dan kuat mempertahankan 'aqidah yang sebenar iaitu 'aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang sebenar (bukan cam Sunnah wal Jama`ah dakwaan negeri belah utara sana tu) dan memberikan perhatian berat terhadap dakyah Kaum Wahhabi yang mula bertiup pada zaman beliau tersebut. Beliau menentang keras sebarang cubaan untuk mengembangkan fahaman Wahhabi. Bagi beliau Gerakan Wahhabi adalah cubaan untuk merosakkan 'aqidah, ukhuwwah, perpaduan dan keutuhan umat Islam sedunia. Maka sebab itulah beliau telah menulis karyanya yang berjodol "Nazham Kesesatan Kaum Wahhabi".
Allahu ... Allah, bukan orang awam yang menunjukkan fahaman Wahhabi sebagai sesat, tetapi para ulama dan awliya serta sholihin seperti Syaikh Muhammad Sa`id yang masyhur dengan ilmu dan kewaliannya .... fa'tabiruuu Jadi marahkan kami yang tak sebulu ngan Wahhabi tak kenalah, sebab bukan kami yang menyesatkan Wahhabi tetapi para ulama dan shulaha`. Takkan kome nak hukum semua ulama dan orang-orang sholih kami ini yang telah menyatakan kesesatan Wahhabi sebagai sesat dan tukang fitnah??? Where got road like that.
Apa-apa pun mari kita hadiahkan al-Fatihah bagi ulama dan wali yang banyak berjasa ini, juga kepada para guru-guru beliau dan seterusnya kepada sekalian yang mengaku sebagai umat Junjungan Nabi s.a.w.
*************************************************
Syaikh Muhammad Sa'id Linggi