Tokku Melaka atau nama sebenarnya Sayyid Ahmad bin Sayyid Muhammad @ Tokku Tuan Padang bin Sayyid Husain bin Sayyid Mustafa al-`Aidrus asy-Syafi`i rahimahumullah adalah seorang ulama yang terkenal di Trengganu. Beliau juga dikenali sebagai Tuan Sayyid Embun Trengganu dan merupakan bapa mertua kepada seorang lagi ulama Trengganu yang terkenal iaitu Tuan Sayyid Abdur Rahman al-`Aidrus rahimahullah atau lebih dikenali dengan gelar Tokku Paloh. Tokku Melaka terkenal sebagai ulama yang rajin berdakwah dan menuntut ilmu sehingga beliau mengembara sehingga ke Melaka untuk tujuan tersebut. Dari situlah muncul gelaran Tokku Melaka kepada beliau. Dalam arena penulisan, beliau turut meninggalkan beberapa karya yang berbobot, antaranya:-
- الفوائد في الصلاة و عوائد
- هداية العوام في بيان حكم شرب الدخان
- تغريب الرجال في كسب الحلال
- تعريف الخلان في تجويد القرآن
- هداية الإخوان في اذكار الصلاة مع اركان
- ترغيب العبادة في قرائة راتب الحداد
- Kumpulan Wirid & Doa
- Terjemahan Muqaddimah & Doa Dalailul Khairat.
Tokku Melaka adalah antara ulama yang mendokong pengharaman merokok. Bahkan beliau memiliki karangan bagi menjelaskan pegangan beliau tersebut yang diberi jodol "Hidayatul `Awaam fi bayani hukm syurbid dukhaan".Dalam kitab tersebut beliau menyebut beberapa nama beberapa ulama yang mengharamkan merokok antaranya Syaikh Shalih al-Bulqini, Syaikh Ahmad al-Qalyubi, Syaikh Ibnu `Illan ash-Shiddiqi al-Makki, Habib Abu Bakar bin Salim, Habib `Umar bin `Abdul Rahman al-`Atthas, Habib `Abdullah bin `Alawi al-Haddad, Habib Ahmad bin Zain al-Habsyi dan lain-lain rahimahumullahu jami`an. Beliau menulis, antara lain:-
Jadi yang tidak dipersetujui oleh Tuan Minal adalah mengharamkan tembakau secara mutlak seolah-olah ianya adalah sesuatu yang haram pada zat, sedangkan haramnya merokok itu adalah bergantung kepada kemudaratannya yang merupakan sesuatu yang `aridh (mendatang) dan bukannya kerana zat tembakau atau rokok itu sendiri. Di sinilah letak perbezaan antara dua ulama besar ini. Oleh itu, janganlah ada antara kita hendak berhujjah dengan berpandukan kepada kitab "Tabassum asy-Syaaribin" tersebut dengan alasan Tuan Minal tidak mengharamkan merokok, sedangkan beliau juga mengharamkan merokok jika ianya memudaratkan. Jika sahaja Tuan Minal hidup pada zaman ini, setelah nyata segala bukti dan fakta mengenai kemudaratan yang terhasil daripada merokok yang bukan sahaja kena kepada si perokok tetapi juga kepada pihak lain, mungkin beliau akan menulis pula kitab lain dengan jodol seumpama "Buka-usy Syaaribin. Moga-moga Allah merahmati Tokku Melaka dan Tuan Minal al-Fathani, juga sekalian ulama Nusantara dan sekalian ulama dan umat Junjungan Nabi SAW.
".... Telah menjazamkan dengan haram tembakau itu oleh beberapa ulama yang muhaqqiqun yang ikutan bagi sekalian kita, daripada ulama yang dalam negeri Makkah dan dalam negeri Yaman dan negeri Syam dan lain daripadanya. .......... Ada pun segala ulama daripada segala tuan - tuan Sayyid yang anak cucu Rasulullah SAW yang berkata mereka itu dengan haram minum (yakni menghisap) asap tembakau itu, maka mereka itu pun banyak juga. .......... Ketahui olehmu akan bahawa sesungguhnya adalah minum arak, dan afyun (opium/candu) dan asap tembakau (yakni merokok) itu setengah daripada segala jalan kafir dan segala mereka itu yang sesat dan yang fasiq dan yang tiada malu dan tiada maruah. Maka janganlah engkau menyerupai dengan mereka itu."Tdak semua ulama bersetuju dengan pegangan beliau yang dianggap terlalu keras terhadap perokok ketika itu. Syaikh Zainal `Abidin bin Muhammad al-Fathani yang terkenal dengan gelaran Tuan Minal al-Fathani rahimahullah, ulama Fathani pengarang kitab "`Aqidatun Najin" yang hidup sezaman dengan Tokku Melaka, telah mengarang sebuah karya yang berjodol "Tabassumusy Syaaribin" sebagai reaksi terhadap karya Tokku Melaka tersebut. Namun ini tidak bererti yang Tuan Minal al-Fathani menolak apa yang dinyatakan oleh Tokku Melaka secara total. Beliau bukannya tidak menyetujui hukum keharaman merokok tetapi keharaman tersebut menurut beliau tidaklah bersifat mutlak kerana ianya bergantung kepada kemudaratannya. Menurut Tuan Minal, merokok adalah haram jika ianya memberi mudarat dan hanya makruh jika ianya tidak memudaratkan. Beliau dalam kitabnya tersebut menyatakan, antara lain:-
" ...Aku tilikkan akan karangan Tuan Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Husain al-`Aidrus dengan bangsa (yakni bahasa) Jawi, elok susunannya, yang tersebut di dalamnya itu beberapa yang haram atas manusia memakan akan dia dan setengah daripadanya tembakau muthlaqan yakni sama ada mabuk atau orang yang tiada mabuk ..... Bahawa memakan tembakau (yakni merokok) itu makruh bagi orang yang tiada mudarat atasnya memakan dia dan jika memberi mudarat maka iaitu haram."