Bantahan dan demonstrasi yang dilakukan umat Islam serata dunia sebagai reaksi kepada penghinaan terbaru terhadap Kekasih Allah Junjungan Nabi SAW adalah cerminan daripada sifat ghirah umat ini kepada Islam dan Junjungan Sayyidina Muhammad SAW, alhamdulillah. Sifat ghirah ini adalah satu sifat kepujian yang perlu dimiliki oleh setiap individu muslim di mana al-Imam al-Bazzar meriwayatkan daripada Sayyidina Abu Sa`id RA bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda: "Ghirah itu adalah daripada keimanan". Secara sederhananya, Buya Hamka rahimahullah memberi pengertian ghirah sebagai:- "Ghirah adalah kecemburuan dalam beragama. Cemburu itu bukan
sekedar marah atau kesal atau jengkel, melainkan perasaan tidak rela
karena haknya direnggut dan berhasrat besar untuk merebut haknya
kembali. Kalau tak ingin merebut kembali, bukan cemburu namanya. Itulah
sebabnya orang bilang cemburu adalah tanda cinta, dan tidak ada cinta
tanpa rasa cemburu. Nah, yang disebut ghirah itulah
perasaan memiliki / mencintai agama secara mendalam yang kemudian
terwujud dalam pembelaan yang kuat ketika agamanya dihinakan orang." Dengan kata lain, ghirah ini adalah cemburu yang positif bersumber kepada kebenaran dan terbit dari rasa cinta yang tinggi lagi tulus dan bukannya cemburu buta yang terbit dari keegoan, prasangka dan hawa nafsu yang dikobarkan api kemarahan semata-mata. Jika diaplikasikan dalam situasi yang sedang kita hadapi sekarang berkaitan dengan penghinaan kepada Junjungan Nabi SAW, di mana baginda ditohmah dengan berbagai kejelekan demi merobek ketinggian martabat, maruah, keperibadian dan akhlak baginda SAW, maka hendaknya kita menunjukkan sifat ghirah kita untuk mempertahankan baginda dan menepis segala tohmahan terhadap baginda dengan menyatakan ketinggian pribadi, akhlak dan martabat baginda yang sebenar.
Namun, perlu diingat sentiasa bahawa jangan pula ghirah yang dianjurkan agama, yang suci murni semata-mata kerana Allah SWT bertukar disebabkan perkara-perkara selainNya, umpama kerana marah yang bersangatan sehingga diri dikuasainya dan kewarasan berfikir sirna, akhirnya ia membawa kepada perlanggaran batasan hukum-hakam Maka yang sebegini bukanlah anjuran agama. Berdemonstrasi sehingga mewujudkan suasana huru-hara, kacau-bilau, rusuhan, anarki dan seumpamanya, apatahlah sehingga menumpahkan darah orang - orang yang tidak dihalalkan darah mereka untuk ditumpahkan, kecederaan, kerosakan harta benda dan sebagainya, perlulah dijauhi. Nak berdemo, ya boleh saja, asalkan dalam batas-batas yang dibenarkan oleh syariat.
Janganlah kerana filem bangsat yang tak berkualiti bikinan penjenayah dadah itu, kita hilang kawalan diri, mengikut kemarahan yang meluap-luap sehingga kita melatah dan menari mengikut irama yang dimainkan oleh musuh-musuh Allah tersebut. Musuh-musuh Islam telah mengecap kita sebagai pengganas, mereka menuduh kita umat Islam sebagai pengganas, maka di mana untungnya dan di mana positifnya jika aksi ganas pula yang kita pertontonkan. Bukankah ianya seolah-olah kita mengiyakan tohmahan mereka terhadap kita. Namun ini tidak bermakna yang kita akan membiarkan sahaja Islam diinjak-injak, al-Quran dihina dan Junjungan Nabi SAW diperlekehkan, tidak sekali-kali tidak. Agama perlu kita tegakkan dan pertahankan, Quran perlu kita junjung dan muliakan, Nabi perlu tetap kita sanjung dengan kepatuhan kepada segala ajaran baginda. Ini sifat umat beragama yang punya rasa cemburu pada agamanya, bukan umat dayus lagi pengecut.
Filem yang dibuat oleh musuh Allah tersebut untuk menghina kekasih Allah teragung, Junjungan Nabi SAW bukanlah cubaan pertama mereka, Junjungan Nabi SAW telah dihina dan diperlekehkan oleh mereka-mereka yang buta mata hatinya, namun semua itu hanyalah seperti perbuatan anjing menyalak bukit. Mari kita renungi sejenak, mari kita hadirkan Junjungan Nabi SAW dan bayangkanlah apa yang akan baginda lakukan dalam menghadapi situasi sebegini. Adakah Junjungan Nabi SAW akan melatah menari mengikut irama yang dimainkan oleh musuh-musuh Allah tersebut ? Bukan baru kali ini Junjungan SAW dihina, sewaktu hayat baginda di atas muka bumi dahulu pun tak kurang penghinaan yang ditujukan kepada baginda. Para penyair jahiliyyah tanpa segan silu telah mencemoh baginda dalam syair-syair mereka. Junjungan SAW sekali-kali tidak melatah dan para sahabat ridhwanullah `alaihim ajma`in pula telah mengambil langkah-langkah mempertahan baginda antaranya mempertahankan baginda mengikut cara sebagaimana baginda dihina. Para sahabat telah mengarang pula berbagai syair yang indah bagi memuji, mempertahan serta memperjelaskan ketinggian Junjungan SAW dalam rangka membalas balik syair-syair yang menghina baginda. Siapa yang tidak kenal dengan Sayyidina Hasan bin Tsabit RA, Sayyidina Ka`ab bin Zuhair RA, Sayyidina al-`Abbas RA dan ramai lagi yang telah melakukan hal tersebut. Ini antara contoh yang perlu kita ikut. Jika musuh Allah menulis karya-karya menjelekkan Junjungan Nabi SAW, maka kita balas dengan mengemukakan pula tulisan membela baginda; Jika mereka mengadakan majlis-majlis menghina Junjungan Nabi SAW, maka kita semarakkan pula majlis-majlis memuji dan mentakzimkan baginda; Jika mereka buat filem menghina baginda, kenapa tidak kita bikin filem untuk menyanjung baginda dan memaparkan kebenaran pribadi baginda yang agung. Apakah para produser/penerbit/sutradara/insan seni kita ngak bisa berbuat sedemikian. Apakah mereka hanya bisa bikin filem seram, filem roman percintaan, filem lawak bodo dan filem lawak kurang ajar sahaja. Jangan marah noooo, hanya saranan sambil melepaskan geram. Hok ini kenalah difikirkan oleh ahli-ahlinya, kalau tunggu ese yang fikirkan bakalan ngak keluar filemnya. Marilah kita memperkukuhkan kecintaan dan kerinduan kita kepada Junjungan Nabi SAW, ingatlah bahawa mencintai baginda itu adalah kesempurnaan iman dan baginda dicintai melebihi kecintaan kepada diri kita sendiri. Tanpa baginda, siapalah kita. Tanpa baginda, pasti kita bahan bakar api neraka.... Allahu... Allah. Shallu `ala Nabiyyikum, Allahumma shalli wa sallim `ala Sayyidina Muhammad wa alihi.

"The lies (Western slander) which well-meaning zeal has heaped round this man (Muhammad) are disgraceful to ourselves only." - Thomas Carlyle ( 1795 - 1881)