Kita sudah tahu bahawa puak salahpi telah menghukumkan bahawa Shalawat Syifa` yang masyhur itu sebagai mempunyai unsur-unsur syirik maka ianya bercanggah dengan aqidah Islam. Malah di Indera Kayangan, mereka telah mengeluarkan fatwa tentang perkara ini. Allahu ... Allah ...., tidakkah mereka sedar entah berapa ramai umat Islam yang telah mereka sesatkan semata-mata kerana beramal dan membaca shalawat yang berkat ini? Pasti jumlahnya ramai, melebihi jumlah 2.6 billion ...... Allahu .. Allah, persiapkanlah diri kamu wahai salahpi untuk ditanya di sana nanti. Ingat yang hidup pasti mati !!!!!!!!
Syaikh Wahbah az-Zuhayli rahimahullah baru sahaja meninggalkan
kita. Mudah-mudahan Allah merahmati beliau sentiasa dan membalas beliau
dengan sebaik-baik balasan atas segala khidmatnya untuk ilmu dan umat. "al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuhu" adalah antara karya besar beliau dalam bidang fiqh yang sudah tersebar di serata alam. Dalam ketinggian ilmu beliau, almarhum juga tidak terkecuali untuk beramal dan membaca Shalawat Syifa`. Bahkan beliau rahimahullah turut menyebarkan amalan tersebut dan menganjurkannya sebagai sarana untuk memohon kesembuhan daripada Allah `azza wa jalla. Allahu .... Allah, apakah Dr. Wahbah tidak memiliki keupayaan untuk menilai samada Shalawat Syifa` itu mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan aqidah Islam atau tidak ? Atau adakah Fadlan atau Maza dan kuncu-kuncunya itu terlebih alim daripada Dr Wahbah ? Jawablah dengan jujur ye.
Bagi aku, selaku orang awam, mudah je, pergi m***** dengan puak - puak salahpi tu, aku tetap akan amal Shalawat Syifa` sebagaimana amalannya kebanyakan ulama dan umat ini. Daripada buang masa layan manusia-manusia berlagak bijak tu, elok korang tengok sendiri klip di bawah dan silalah ambil faedahnya. Tok sah dilayan sangat si Luncai, biarlah dia tenggelam dengan labu-labunya.