Allah SWT telah menganugerahkan kepada bangsa kita dengan anugerah yang paling agung. Anugerah berupa jalan keselamatan bagi dunia dan akhirat, iaitu Islam dengan i'tiqad yang sahih, Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Syukur tanahair kita dimerdekakan Allah SWT dengan umatnya berpegang kepada i'tiqad yang benar ini. Oleh itu, jangan kita alpa tentang perkara ini. Jangan ingat tok nenek kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah, maka ianya akan kekal begitu sampai bila-bila. Pelajarilah apa yang berlaku kepada Andalusia, lihat apa yang terjadi kepada Iran yang satu ketika adalah negara Ahlus Sunnah wal Jama`ah dan jangan lupa kepada penjajahan Wahabi-Nejdi terhadap bumi Hejaz. Jadikan semua ini peringatan tentang peri pentingnya kita menjaga kemerdekaan kita dengan berteraskan kepada Islam yang sebenar, Ahlus Sunnah wal Jama`ah.
Satu lagi nikmat yang Allah kurniakan kepada kita di Malaysia adalah nikmat keamanan dan kedamaian. Maka wajib kita syukuri dan jaga nikmat ini, jangan sampai hilang akibat permusuhan di antara kita kerana berbeza pendapat. Lihat sahaja apa yang berlaku di negara - negara lain, di mana berlakunya pembunuhan sesama umat atas nama agama .... Allahu Allah. Oleh itu, jangan biarkan golongan pemecah belah dan peng"halal" darah umat ini untuk bertapak dan menggugat keamanan dan kedamaian umat beragama di Malaysia. Belajar dari sejarah.
Sempena hari kemerdekaan, di mana biasanya kita akan dibawa untuk mengenang kembali sejarah silam. Maka, ese pun nak bawak kisah sejarah juga, tapi bukan sejarah kemerdekaan. Tapi sejarah hitam yang telah melanda umat, satu fitnah yang masih berleluasa bagai duri dalam daging. Sejarah telah menjadi bukti nyata bahawa firqah Wahabi yang mengaku Salafi dan "konon"nya mengikut mazhab Imam Ahmad bin Hanbal
radhiyAllahu `anhu adalah antara puak yang bermudah-mudah menumpahkan darah umat Islam yang tidak sefaham dengan mereka. Inilah terhasil "berkat" ajaran tok-tok guru mereka yang sentiasa mau menang sendiri. Dalam misi mereka menjajah bumi Hejaz, tanah kelahiran Junjungan Nabi
shallaAllahu `alaihi wa sallam, ramai jiwa umat Islam yang mereka korbankan. Sejarah telah menyaksikan bagaimana mereka membunuh saudara-saudara seagama atas nama jihad menegakkan tawhid, baik di Taif maupun di al-Haramain. Dalam penaklukan kali kedua puak Wahabi, mereka telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat seagama (menurut sesetengah sumber, tidak kurang 400,000 jiwa telah dibunuh oleh puak ini). Bahkan di Taif, Burayda dan al-Huda, mereka telah melakukan pembunuhan beramai-ramai penduduk kota - kota tersebut.
Puak Wahabi menjadi tega dan kering hati untuk menumpahkan darah saudara seagama kerana menurut keyakinan mereka yang berdasarkan ajaran sesat pegangan mereka bahawa pihak - pihak selain daripada puak mereka adalah ahli bid`ah, musyrik dan penyembah kubur yang halal darah mereka untuk ditumpahkan. Inilah asal muasal bagi ajaran "pengganas" terroris yang melanda dunia sekarang. Tiada bezanya mereka dengan kelompok Syiah dalam menghalalkan darah pengikut Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Oleh itu, wahai warga Ahlus Sunnah wal Jama`ah, hendaklah kita berhati - hati dan berwaspada dengan firqah Wahabi dan firqah Syiah ini. Ingat, mereka-mereka ini jika diberikan kekuasaan pasti akan memperlakukan kita dengan sewenang-wenangnya. Di sisi mereka nyawa kita tidak berharga, kita dianggapnya lebih kotor daripada Yahudi dan Nashrani. Lihat sahaja antek-antek mereka di tanahair, gampang sekali menghukum amalan-amalan kita seperti atau tasyabbuh dengan amalan musyrik, kafir, berasal dari amalan Hindu, khurafat dan sebagainya. Ini baru bunganya, maka awas jangan sampai bunga menjadi buah !!!!!! Oleh itu hendaklah kita sentiasa berwaspada dan bersedia untuk menghapuskan ajaran - ajaran mereka sebelum terlambat.
Bukan sahaja umat Islam di kalangan awam, para ulama kita pun tidak lepas daripada kekejaman dan pembunuhan Wahabi. Di antara ulama yang telah menjadi mangsa kekejaman Wahabi adalah al-`Alim al-`Allaamah Mufti Syafi`iyyah bagi Kota Suci Makkah al-Mukarramah,
asy-Syaikh asy-Syahid as-Sayyid Abdullah az-Zawawi rahimahullah. Syaikh Ahmad bin Muhammad ash-Shiddiqi al-Ghumaari al-Hafiz
rahimahullah dalam karya beliau "
Ju'natul `Aththar" menyatakan, antara lain, sebagai berikut:
Tatkala puak al-Qaraniyyun (iaitu gelaran yang diberikan kepada pengikut Wahabi yang bererti "para pengikut tanduk syaithan" kerana berdasarkan kepada hadis yang shahih yang menyatakan bahawa Nejd tempat asal puak Wahabi adalah tempat munculnya tanduk syaithan) menawan Hejaz, maka mereka telah membunuh orang - orang Islam atas dakwaan bahawa mereka adalah kaum musyrikin. Perbuatan mereka ini adalah sebagaimana dikhabarkan oleh Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa alihi wa sallam: "Mereka membunuh orang - orang beriman dan membiarkan penyembah-penyembah berhala" [petikan daripada hadis yang antaranya diriwayatkan Imam Muslim dengan lafaz "... mereka membunuh orang - orang Islam dan membiarkan penyembah-penyembah berhala."] Mereka turut membunuh orang-orang alim, bahkan mereka telah menyembelih Syaikh `Abdullah az-Zawawi rahimahullah, syaikhnya pengikut mazhab Syafi`i (yakni mufti bagi mazhab Syafi`i) sebagaimana menyembelih kambing sedangkan usia beliau sudah lanjut, melebihi 90 tahun. Mereka turut menyembelih mertua beliau yang juga telah tua melebihi 90 tahun umurnya........
Allahu .... Allah, sungguh perbuatan keji mereka ini adalah perbuatan syaithan yang sentiasa memusuhi para kekasih Allah. Lihat sahaja "jihad" atau lebih tepat "jahat" yang dilancarkan oleh puak Wahabi-Saudi, siapa yang mereka perangi, Inggeris ? Perancis? Belanda? Buuuukaaaannnnn, darah yang mereka tumpahkan dalam "misi jahat" mereka itu adalah darah umat Islam, yang mereka perangi adalah Khilafah Islamiyyah, Daulah Uthmaniyyah, bukannya British !!!!!! Apa jahat sangatkah Turki Daulah Uthmaniyyah berbanding penjajah Britania Agung? Akai ada !!!!! Mudah-mudahan Allah membalas mereka atas segala kekejaman yang telah mereka lakukan ke atas umat ini. Dan semoga kita dan sekalian umat, bahkan sekalian alam dipelihara Allah ta`ala daripada segala fitnah dan mehnah.
Ben Wahhab Si Penumpah Darah - Syaikh Nuruddin hafizahullah