Selasa, Ogos 30, 2005

Jumaat Terakhir Bulan Rajab


Shohibus Samahah Almarhum Mufti Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa`id bin Jamaluddin al-Linqi al-Malayuwi dalam kitabnya "Tuhfatul Awthan wal Ikhwan " menulis:-

  • Daripada "Fawaaid" asy-Syaikh 'Ali al-Ajhuri rhm. bahawa barangsiapa membaca ia pada akhir Jumaat daripada Rajab dan khatib di atas mimbar akan "AHMADU RASULULLAH MUHAMMADUR RASULULLAH" 35 kali tiada putuslah dirham-dirham daripada tangannya di dalam tahun itu.
Sewajar kita amalkan, mudah-mudahan timbul keberkatan dalam kelancaran rezki, hendaklah dibaca sewaktu Khatib duduk antara dua khutbah.

2 ulasan:

  1. bukan ke kita di suruh diam dan dengar khutbah ketika khatib di atas mimbar

    BalasPadam
  2. Ada beberapa kaedah yang ditunjukkan oleh para ulama kita; (1) dibaca ketika mana khatib duduk antara dua khutbah; atau
    (2) dibaca dalam hati kerana tidak dimestikan bacanya dengan berlafaz.

    BalasPadam