Kedudukannya dalam mazhab kita asy-Syafi`iyyah adalah seperti berikut:-
- Adapun baca Quran, maka telah berkata Imam Nawawi di dalam 'Syarah Muslim':- " Bermula yang masyhur daripada mazhab Imam Syafi`i bahawasanya tiada sampai pahalanya kepada mayyit. Dan berkata setengah Ashabusy-Syafi`i sampai pahalanya bagi mayyit dengan semata-mata diqashadkan dia dengan bacaan itu dan jika kemudian daripada dibacanya sekalipun, dan berpegang atasnya oleh a-immah yang tiga dan memilih akan dia kebanyakan ulama mazhab kita dan dii'timad akan dia oleh Subki dan lainnya.
Ini kunuqil daripada mukasurat 141 kitab "Mathla`ul Badrain" karangan Syaikh Nik Mat Kecik. Bahasan yang panjang akan kupersembahkan di lain ketika. Cuma dikatakan ulama kita bahawa pendapat Imam Syafi`i mengatakan tidak sampai pahala bacaan Quran kepada si mati itu ditanggung maksudnya jika bacaan tersebut tidak dibaca di hadapan mayyit atau di kuburnya; atau dibaca tanpa niat untuk disedekahkan atau dihadiahkan pahala kepada si mayyit; atau tidak didoakan agar pahala bacaan tersebut disampaikan kepada si mayyit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan