Sabtu, Disember 24, 2005

Istighatsah - Fatwa Pehin Mufti

Kata Pehin Mufti Haji Ismail Omar dalam "Ringkasan 'Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah", mukasurat 91-92:-
  • Tersebut dalam kitab "Qurratul 'Ain bi Fatawa Ulama al-Haramain" berkenaan dengan perkara panggil orang mati dan istighatsah dengan orang mati bahawa memanggil orang-orang mati dan istighatsah minta tolong daripada mereka tiadalah salah bahkan harus ialah menurut suatu atsar yang dikeluarkan oleh al-Imam Ibnu Jarir ath-Thabari dalam kitab tarikhnya, dengan sanad dan jalan-jalan orang-orangnya semuanya itu orang tsiqah, bahawa sahabat Khalid bin al-Walid (panglima Islam dalam peperangan al-Yamamah dekat Najd), tatkala ia mengepung Musailamah yang mengaku menjadi nabi dan pengikut-pengikutnya daripada kabilah kaum Bani Hanifah, maka ia menyeru minta tolong dengan berkata "Waa Muhammadaah (Hai Muhammad tolong aku)". Ini tersebut dalam muka 356 dalam 'Qurratul 'Ain" bahagian fatwa asy-Syaikh Husain Ibrahim al-Maghribi al-Maaliki yang mati tahun 1292H di Makkah al-Mukarramah dan fatwa-fatwa anak-anaknya asy-Syaikh Muhammad 'Aabid, mufti al-Maalikiyyah Makkah yang mati tahun 1340H dan Muhammad 'Ali al-Maaliki al-Makki yang mati tahun 1367H di Thoif berumur 80 tahun.

  • Sayogia dilihat dan dibaca "Syawaahidul Haqqi fil Istighaatsati bi Sayyidil Khalq" karangan Khaadimus Sunnah wa Qaami`ul Bid`ah Faqiidul Islam Yusuf bin Ismail an-Nabhani yang mati tahun 1350H berumur 85 tahun, pengarang kitab-kitab berkenaan hadis dan Islam. Kitabnya "Syawaahidul Haq" mengandungi banyak naqal dari kitab-kitab ulama hampir 50 orang ulama dalam perkara tawassul, istighatsah, ziarah maqam Rasulullah, ziarah kubur wali-wali dan sholihin, kelebihan Madinah Rasulullah, perkara Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim dan pengikut-pengikutnya dengan ulama-ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah. "Syawaahidul Haq" itu telah dipuji oleh beberapa ulama al-Azhar yang hidup pada tahun-tahun 1323H dahulu. ........ Adalah berguna besar bagi memaham kedudukan al-'Allamah Ibnu Taimiyyah dan pengikut-pengikutnya dan menjaga diri dari bid`ah Ibnu Taimiyyah dan pengikut-pengikutnya.

  • Sayogialah dilihat perkara tawassul dan istighatsah dalam "Bughyatul Mustarsyidin" karangan as-Sayyid al-Masyhur Mufti Hadhramaut, iaitu pandangan ahlul bait Rasulillah s.a.w. perkara seperti tawassul itu, mereka bersama-sama pendapat dengan umat Islam, ulama dan orang awam Islam.

Cuma puak Wahhabi sahaja yang mensyirikkan orang beristighatsah. Tapi tawassul dan istighatsah dengan Amerika, dengan Barat, dengan Bush, dengan Blair, boleh pulak. Jangan biarkan puak Wahhabi bertapak di Malaysia. Hidup Sunniyyun Syafi`iyyun, kalau Hanafi, Maliki, Hanbali nak menumpang tafadhdhaluuuuu.

1 ulasan:

  1. tapi yang saya nampak skrg ni, perkara tawasul ni dah jadi x boleh di kalangan msykt kita...
    nampaknya wahhabi dah bertapak kat negara ni, truutama dm jakim..

    BalasPadam