Khamis, Disember 15, 2005

Nasab Syaikhul Islam Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan


Untuk pengetahuan, aku baru mendengar satu kuliah tafsir disampaikan oleh seorang pendakwah bebas yang terkenal, dia menyatakan bahawa Sayyid Ja'faar al-Barzanji itu hanyalah ahli sastera dan bilal Masjidin Nabawi. Sedih aku mendengarnya kerana dia tidak kenal siapa Sayyidi Ja'faar tersebut. Allahu...Allah, lemahnya orang kita daripada mengenal ulama sendiri. Oleh itu tergerak hati ku untuk memperkenalkan serba sedikit mengikut kemampuanku dan keizinan Allah akan ulama-ulama kita. Jangan hanya Ibnu Taimiyyah sahaja yang diagung-agungkan atau Ibnu Qayyim dan konco-konconya.

Biar kuperkenalkan Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan, Syaikhul Islam, Mufti Haramain, Pembela Ahlus Sunnah Wal Jama`ah, yang amat dimusuhi oleh puak Wahhabi dan kaum mudah. Banyak ditaburkan segala fitnah terhadap ulama besar ini agar orang jahil macam kita menjauhinya. Duit Wahhabi dilaburkan untuk menaikkan nama Ibnu Taimiyyah dan orang-orang yang sewaktu dengannya sehingga kita mengagung-agungkan mereka sedangkan jasa mereka kepada kita tidaklah seberapa berbanding ulama lain.

Kumulakan dengan menyebut nasab Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan bukan untuk bermegah-megah dengan nasabnya tetapi untuk memperlihatkan dari pohon mana tumbuhnya ulama besar ini agar tukang-tukang fitnah mengenal lebih jauh ulama ini sebelum menyampaikan fitnah keji mereka terhadap ulama besar ini.

Nasab ini kunukil daripada kitab "Taajul-A'raas", juzuk 2, mukasurat 702 karya al-Imam al-'Allaamah al-Bahr al-Fahhamah al-Habib 'Ali bin Husain bin Muhammad bin Husain bin Ja'faar al-'Aththaas. Nasabnya adalah seperti berikut:-

  1. Al-Imam al-Ajal wal-Bahrul Akmal Faridu 'Ashrihi wa Aawaanihi Syaikhul-Ilm wa Haamilu liwaaihi wa Hafidzu Haditsin Nabi s.a.w. wa Kawakibu Sama-ihi, Ka'batul Muriidin wa Murabbis Saalikiin asy-Sayyid Ahmad
  2. bin Zaini Dahlan
  3. bin Ahmad Dahlan
  4. bin 'Utsman Dahlan
  5. bin Ni'matUllah
  6. bin 'Abdur Rahman
  7. bin Muhammad
  8. bin 'Abdullah
  9. bin 'Utsman
  10. bin 'Athoya
  11. bin Faaris
  12. bin Musthofa
  13. bin Muhammad
  14. bin Ahmad
  15. bin Zaini
  16. bin Qaadir
  17. bin 'Abdul Wahhaab
  18. bin Muhammad
  19. bin 'Abdur Razzaaq
  20. bin 'Ali
  21. bin Ahmad
  22. bin Ahmad (Mutsanna)
  23. bin Muhammad
  24. bin Zakariyya
  25. bin Yahya
  26. bin Muhammad
  27. bin Abi 'Abdillah
  28. bin al-Hasan
  29. bin Sayyidina 'Abdul Qaadir al-Jilani, Sulthanul Awliya`
  30. bin Abi Sholeh Musa
  31. bin Janki Dausat Haq
  32. bin Yahya az-Zaahid
  33. bin Muhammad
  34. bin Daud
  35. bin Muusa al-Juun
  36. bin 'Abdullah al-Mahd
  37. bin al-Hasan al-Mutsanna
  38. bin al-Hasan as-Sibth
  39. bin Sayyidinal-Imam 'Ali & Sayyidatina Fathimah al-Batuul r.`anhum ajma`in.

Inilah nasab yang dipuji oleh Sayyid Ja'faar al-Barzanji dengan syairnya, yang kira-kira bererti:-

  • Nasab yang diumpamakan gemilang seperti sinar mentari dhuha;
  • Bagaikan penyingkapan fajar menandakan kemunculan siang;
  • Nasab yang di wajah Adam cahaya bersinar gemerlapan;
  • Kernanya para malaikat di langit diperintah sujud hormat;
  • Nasab yang di dalam KitabUllah mencukupi hujjah;
  • Pada menyanjungnya bagi sesiapa yang sengaja ingkar akan kemuliaannya.

................. al-Fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan