Ikhwah, Imam an-Nawawi r.a. telah menyatakan bahawa beliau sendiri telah mengamalkan istighatsah "Ya 'Ibaad-Allah, ihbisuu", tatkala haiwannya terlepas dan ternyata dimakbulkan Allah s.w.t. Hal ini jelas menunjukkan bahawa amalan beristighatsah itu adalah dibenarkan oleh Islam menurut pandangan majoriti Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Imam an-Nawawi misalnya tidak mengharamkan ucapan istighatsah (meminta tolong dengan makhluk) tersebut. Jika dikatakan bahawa hadits Ibnus Sunny itu dhaif, maka amalan Imam an-Nawawi yang menuruti hadits tersebut cukup buat aku jadikan hujjah yang istighatsah bukannya syirik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan