Mudah-mudahan tahun baru menjelang tiba ini membawa kebahagiaan buat aku dan kalian serta sekalian umat. Jangan lupa menutup tahun ini dengan doa dan istighfar dan membuka tahun baru juga dengan doa dan mohon pemeliharaan Allah. 1427, tahun alif dalam taqwim. Mari kita ramai-ramai himpun berdoa dan bermunajat serta bertahlil dan bermawlid menyambut tahun baru ini. Imam Ibnul Jauzi (bukan Ibnu Qayyim al-Jauziyyah murid Ibnu Taimiyyah) menyatakan bahawa di antara amalan yang mujarrab untuk memperolehi keamanan sepanjang tahun ialah mengadakan majlis mawlid Nabi s.a.w. Mudah-mudahan mawlid yang kita laksanakan semata-mata kerana mahabbah kita kepada Junjungan s.a.w. dan diterima Allah serta dijadikanNya sebab untuk kita memperolehi keamanan sepanjang tahun juga kebahagiaan dunia dan akhirat.
Ada juga yang fatwakan bid`ah baca doa awal dan akhir tahun, lalu mereka sambut dengan ceramah. Sebenarnya ceramah pun bid`ah jugak kawan. Mana ada Junjungan Nabi s.a.w. buat ceramah sambut tahun baru. Aku ingat waktu belajar dulu, ada satu kumpulan Islam yang pusatnya di sebuah negeri di utara Semenanjung tempat Raja kita sekarang bertakhta. Geng-geng ni tak nak tarawih 20 rakaat dan tak nak sholawat-sholawat antara rakaat-rakaat tarawih seperti yang biasa dibuat oleh orang kita. Jadi dia orang buat 8 rakaat dan setiap 4 rakaat diselangi dengan tadzkirah. Kat kampung aku pun ada bekas pembesar yang telah kecewa sebab kalah pilihanraya buat tarawih 8 rakaat tanpa sholawat-sholawat. Sebelum tarawih diadakan ceramah dan tadzkirah. OOOOOOOO sholawat-sholawat bid`ah, yang ceramah-ceramah dan tazkirah tu apa ? Ada ke Junjungan Nabi s.a.w. buat ceramah atau tadzkirah sebelum tarawih ? Mengata dulang paku serpih, mengata orang ekau yang lebih.
Bagi yang kata bid`ah, tok sah lah buat. Esok kamu pergilah pejabat sorang-sorang sebab kalau sambut tahun baru bid`ah, maka bercuti sempena tahun baru pun bid`ah jugak. Jangan marah.
adakah sama memberi peringatan(ceramah n tazkirah) dengan selawat beramai2???sudah tentu tidak!.. dalam surah Al -'Asr ayat 4 Allah ade sebut tentang nasihat menasihati ini.inilah tazkirah yg disampaikan..kamu nak selawat sorang2 xpe la..xyah la ramai2 ..sebab memang ade hadis shahih yg melarang.dan ini dinukilkan dr para sahabat,golongan yg paling dekat ngn nabi
BalasPadamDaripada ‘Amr bin Salamah katanya: “Satu ketika kami duduk di pintu ‘Abd Allah bin Mas‘ud sebelum solat subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy‘ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abd al-Rahman telah keluar kepada kamu?” Kami jawab: “Tidak!”. Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abd Allah bin Mas‘ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya.
Lalu Abu Musa al-Asy‘ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman, aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat – alhamdulilah – melainkan ianya baik”. Dia bertanya: “Apakah ia?”. Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan (halaqah) menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki itu berkata : Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali. Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih seratus kali.” Tanya ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Apa yang telah kau katakan kepada mereka?”. Jawabnya: “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu”.
Berkata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun”. Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?” Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Batu yang dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih”. Jawabnya: “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah.Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya , apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan?”
Jawab mereka : “Demi Allah wahai Abu ‘Abd al-Rahman, kami hanya bertujuan baik.” Jawabnya : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya.” Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih dari kerongkong mereka. Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka dari kalangan kamu.” Kemudian beliau pergi.
Berkata ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan.”
Riwayat al-Darimi di dalam Musnadnya dengan sanad yang dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Shahihah, jld. 5, m.s. 11.
Ingat!!agama ini milik Allah..bukan senang2 je nak ikut suka kamu..barangsiapa yang mereka sesuatu yang baru dalam agama ini, sama seperti dia mengatakan agama yg diturunkan melalui utusan nabi Muhammad s.a.w belum lagi lengkap..
Cik Noni yang bacul, sebelum kamu nak komen lihat dulu hujjah kamu. Hadits dan atsar pun kamu tak tahu. Yang kamu nukilkan di sini hanyalah atsar dan kedudukannya dipertikaikan.
BalasPadamDan para ulama juga menyatakan bahawa yang penolakan Ibnu Mas`ud itu adalah terhadap golongan Khawarij yang beranggapan dengan amal - ibadah mereka dapat menyaingi para sahabat.
Sebenarnya, banyak hadits-hadits yang shohih yang membolehkan zikir secara berjemaah. Kalau ekau tidak terlalu bongkak dan taksub dengan ikutan kamu nescaya kamu akan dapat melihatnya.
Apa sudah kamu telah kitab-kitab Imam as-Sayuthi berhubung hal ini ? Sudah kamu telah Syarah Ibnu 'Illan as-Siddiqi mengenai hal ini.
Atsar yang kamu guna ini adalah dipertikaikan kedudukannya. Semestinya Cik Nony pentaqlid MAZA.
Belajarlah hadits-hadits lain yang banyak lagi. Perkara ini telah dijelaskan oleh para ulama kami Ahlus Sunnah wal Jamaah.
Sudahlah, kamu buta huruf ke tak reti, kalau kamu tak suka dengan blog ni, boleh blah, jangan kacau.
Cik Nony kamu cari penjelasan Imam as-Sayuthi dan nukilannya daripada Imam Ahmad dalam Kitab az-Zuhd berhubung atsar Ibnu Mas`ud ini.
BalasPadamBukak Hawi juzuk 1 mukasurat 394.
Jangan dok bukak kitab Albani al-Mubtadi' tu.