Ini satu lagi amalan yang sering diserang oleh kaum mudah dan ulama mereka. Hebat serangannya sehingga ada antara kita yang tergugah dalam melaksanakannya, seolah-olah ianya memang bid`ah yang ditegah. Sedangkan dalam mazhab kita asy-Syafi`iyyah, ianya dihukumkan mustahab (disukai/sunnat) bagi mayyit yang baligh. Silalah ikhwah rujuk kitab-kitab mu'tabar dalam mazhab kita antaranya Tohfah dan hawasyinya, jilid 3, mulai mukasurat 227.
Di sini aku nukil sikit dari "Risalah Ketetapan Majlis Muzakarah Ulama SeMalaya - Di Kepala Batas", antara lain menyebut:-
- Bahawasanya talqin mayyit itu hukumnya sunnat bukannya bid`ah dhalalah. Dalilnya:-
- (1) Firman Allah ta`ala : ...... yang bererti "Beringat-ingat olehmu maka bahawasanya beringat-ingat itu berguna kepada orang yang mu'minin."
- (2) Hadis yang diriwayat oleh Thobarani fil Kabir marfu`an daripada Abi Umamah sabda Nabi s.a.w.:.....yang bererti "Apabila mati seorang daripada saudara kamu maka kamu ratakan tanah di atas kuburnya maka hendaklah berkata ia "Hai Fulan anak Fulanah", maka bahawasanya ia mendengar akan dia dan tiada ia jawab ........ hingga berkata ia - maka hendaklah ia berkata - Ingat olehmu barang yang engkau keluar atasnya daripada dunia iaitu syahadatu an la ilaha illaAllah wa anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluhu ...... hingga akhir riwayat."
- (3) Atsar yang diriwayatkan oleh Sa`id bin Manshur daripada Rasyid bin Sa`id dan Dhamrah bin Habib dan Hakim bin 'Umair, berkata mereka itu:- ........... yang bererti "Apabila diratakan atas mayyit akan kuburnya dan berpaling manusia daripadanya adlah mensunnat mereka itu bahawa dikata bagi mayyit di sisi kuburnya - Wahai Fulan anak Fulanah - kata olehmu la ilaha illaAllah tiga kali - kata olehmu tuhanku Allah - agamaku Islam - nabiku Muhammad s.a.w. ....... hingga akhirnya.
- (4) Aqwal al-'Ulama`:-......... yang bererti - "dan disunnat talqin orang yang baligh lagi berakal atau orang yang gila yang terdahulu oleh taklif." Telah berkata akan dia Imam Nawawi di dalam Raudhah dan Syaikhul Islam di dalam Asnal Mathalib dan Fathul Wahhab dan al-'Allamah Ibnu Hajar di dalam Tohfah dan Fathul Jawaad dan Syaikh Ramli di dalam Nihayah dan al-'Allamah al-Khathib di dalam Mughni dan beberapa ulama yang lain daripada mereka itu seperti Qadhi Husain dan Ibnu ash-Sholah.
- Dengan segala nas yang tersebut itu nyatalah bahawa talqin mayyit kemudian daripada anam itu sunnat yang ada asalnya daripada Quran dan hadis dan atsar daripada sahabat dan perkataan ulama r.'anhum. Adapun firman Allah ta`ala ......."Beringat-ingat olehmu maka bahawasanya beringat-ingat itu berguna kepada orang yang mu'minin", maka ayat ini umum kepada sekalian orang yang beriman sama ada hidup atau mati. Dan yang terlebih sangat berhajat seseorang kepada pengingatan itu ialah di masa ia di dalam kubur. Ada pun Abi Umamah yang diriwayatkan oleh Thobarani sungguhpun dhaif akan tetapi disokong oleh beberapa syahid daripada hadis yang lain seperti hadis ...........yang bererti "Pintalah olehmu baginya akan ketetapan, maka bahawasanya ia sekarang sedang ditanya akan dia". Demikianlah tersebut di dalam Majmu' - dan hadis Ibnu 'Abbas yang diriwayat oleh Daruquthni di dalam sunannya - dan wasiat Amr bin al-'Aash yang diriwayat oleh Muslim - dan amal ahlu Syam. Lagi pula adalah talqin ini setengah daripada fadhail yang memada pada meisbat akan dia dengan hadis yang dhaif jua.
Sunniyyun Syafi`iyyun begitulah kedudukan talqin dalam mazhab kita, oleh itu mari teruskanlah bertalqin dan ditalqin nanti.
Saudara Abu Muhammad, dimana boleh saya dapatkan kitab rujukan saudara ... "Risalah Ketetapan Majlis Muzakarah Ulama SeMalaya - Di Kepala Batas"
BalasPadamHarap dapat bantu.
Maaf le, cuba mike tengok kat kedai-kedai kat Utara kot-kot ada.. Ana punya ni pun dah lama dulu dapat.
BalasPadamSyeikh Abu Muhammad,
BalasPadamTengoklah ni..nilah selalunya hujah wahabi keatas faham kita ni..ramai la plak dok bertanya tu terutama budak2 IPTA dan yg baru2 grad..
--------------------------------------------------------------------------------
alJawab (ringkas)
Kecelaruan dalam memetik pendapat alhafidz alNawawi itu sebenarnya adalah suatu kesalahan fatal kerana mereka memetik pendapat alNawawi secara sembrono dan tanpa melakukan ketelitian. Ia tidak lebih dari percubaan mengelirukan pembaca yang tidak memiliki kitab asal dalam bahasa arab. Walau apa pun percubaan mereka menggunakan nama alNawawi, namun pendapat yang paling kuat dalam madzhab Syafi'iy ialah tidak kesampaian pahala membawa alQur:an kepada si mayyit. Puak-puak tsb telah melakukan jenayah ilmiyah terhadap kitab2 anNawawi.
thtl
Panel Feqh
Yang menjawab tu bukan nya ulama. bahasa arab dia pun berterabur ... tu baru nahu sarof .. tak masuk lagi balaghah, ilmu ma'ani dll tapi bagi fatwa macam dia tu mujtahid. Aku kenai dia niiii ... i'rab kitab pun bercelaru ....
BalasPadamInilah akibatnya kalau tak reti-reti lagi maksud perbezaan pendapat. Tak nak talqin tak apa. Bukan wajib pun. Bukan berdosa kalau tak buat. Tapi kalau sampai nak membida'ahkan orang-orang yang bertalqin, siapa yang boleh tahan!
BalasPadamKita pula yang dituduh sebagai melakukan jenayah ilmiah. Kalau nak tahu betul-betul jenayah ilmiah, boleh baca ARTIKEL INI.
Inilah barulah jenayah ilmiyyah. Betapa teruknya Wahhabi ini sehingga sanggup melakukan ubah suai pada kitab Riyadus Salihin versi bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Dar-Us-Salam. Bila dah tak dapat nak bangkang hujah dan pendapat Imam Nawawi dalam kitab Riyadus Salihin, mereka ubah senyap-senyap.
Silalah baca artikel tersebut betul-betul. Sheikh Gibril F Haddad adalah salah seorang ulama hari ini, yang berusaha membongkarkan jenayah-jenayah Wahhabi dengan begitu terperinci sekali.
Oh ya, saya dulu hampir-hampir beli kitab Riyadus Salihin versi Inggeris yang diterbitkan oleh Dar-us-Salam waktu saya pergi ke London tahun lepas. Tapi entah macam mana tiba-tiba rasa nak beli pula kitab lain.
BalasPadamAlhamdulillah, kalau tidak dah pasti saya ada kitab Riyadus Salihin yang sudah 'dicabul' keaslian dan kesahihan ilmunya oleh puak Wahhabi.
Syukur....
Yang kelakau nya bilo puak-puak Wahabi kato .... den cari dalam kitab, tak jumpo!
BalasPadamBagaimana nak jumpo kalau dah rujuk pado kitab yang diubah oleh puak tu. Bahaya mereka ni ... mengubah-ubah tulisan ulama ... pastu nanti hadis pastu nanti al-Quran tu sendiri ... tulah bahayo puak ini. Sobab tu lah Nabi saw tak doakan puak Najd ni ... sobab tu lah ulamak yg hak tontang mereko habis-habisan ......
Aku pernah tengok gak jawapan mufti cyber sahibus samahah Tuan Hasan kat site sahibus samahah hafiz firdaus, dia yang mengarut bawak aqwal Imam an-Nawawi. Adakah dia kata talaffuz bin niyyat itu sebenarnya tidak ada dalam mazhab Syafi`i dan tidak disunnatkan oleh Imam an-Nawawi, hanya Syaikh Abdullah az-Zubairi sahaja yang memandai-mandai. Ini adalah kesilapan besar, sehingga aku tertanya-tanya betulkan THTL baca Majmuk Imam an-Nawawi, ke dia hanya baca Majmuk Ibnu Taimiyyah.
BalasPadamAntara jenayah ilmu yang dilakukan dalam Riyadus Salihin versi Inggeris ni adalah pendakwaan bahawa melafazkan niat sebelum solat jatuh dalam kategori bid'ah kerana tiada dalil yang dijumpai. (Rujuk website yang saya berikan itu pada bahagian d.
BalasPadamIni adalah serangan tidak bertanggungjawab terhadap mazhab Shafi'i. Yang paling parah bila mereka kata ianya bid'ah. Fuh, kalau macam tu entah berapa ramai la umat Islam yang masuk neraka sebab buat talafuz niyyah!
Aku tengok banyak lagi puak ni yang dok bagi fatwa karut ... celaru ... haru-biru.
BalasPadamAda ka si thtl/s2s tu pi kata orang yg azam bila datang angin kuat/ribut atau waktu kebakaran ... kaum tolol.
Aku rasa dia yang tolol wa bahlul!
ralat ... bukan "azam" tapi AZAN.
BalasPadamBawak bertenang saudara anonymous :)
BalasPadamEn Tawel, aku ni 'angin' sikit dengan mereka tu sebab mereka tiada adab atau kurang ajar dengan ulamak-ulamak besar. Seolah-olah mereka tu seumpama mujtahid mutlaq. Bila kat Perlis bebaru ni, shaikh mereka serang peribadi Shaikh Zaini Dahlan maka berkokoklah mereka berderai-derai ..... Pada mereka ulamak di Nusantara ni lekeh ... tidak tahu hadis dsb ...
BalasPadamOk lah lepas ni aku diam ajer lah :-\
Betul ke deme serang Syaikh Zaini ? Cinabeng gak mereka tu, tapi tak pa nanti kuwalatlah mereka tu.
BalasPadamPertahankan ulama kita.
Ini aku bawakkan sedikit tuduhan dan fitnah mereka keatas Sayyid Zaini Dahlan
BalasPadam"......satu kertas kerja dibentang kat Seminar Perlis oleh Sy. Ehsan Uthaibi, mencerita
serba sedikit latar belakang siapa Sy. Zaini Dahlan, saya memang tercari2
information ttg ini dah lama. terjawab sedikit sebyk. kertas kerja org pinjam so
tak boleh kongsi secara detail lagi kat sini. menurut k.kerja itu, beliau bukanlah ahli hadith atau fiqh, bahkan seorg muqallid. ternyata 2 kitab yg
ditulis oleh beliau membuka pekung bahawa beliau bermanhaj syiah rafidah,
berselindung disebalik mufti mazhab Syafie di Makkah. Antaranya pendapat beliau,
Abu Talib meninggal dlm keadaan seorg muslim...."
isy ... isy mudahnya nak menuduh Sidi Ahmad Zaini sebagai rafidhah. Apa hanya sebab beliau berpendapat Abu Talib meninggal dalam Islam, orang terus jadi Rafidhah. Utaibi baca ke kitab "Asnal Mathalib fi najati Abi Thalib" karangan Sayyidi Zaini tersebut ? dah tengok ke hujjah-hujjah yang dibawanya ? Ikhwah, bulan maulid ni aku nak henti dulu bab wahhabi-wahhabi ni, biar kita cakap mengenai mawlid Junjungan s.a.w. Lepas tu, sambung balik insya-Allah.
BalasPadamAku pasti kalau geng wahhabi baca Jaliyatul Kadar karangan Sayyid Ja'far dia akan kondem Sayyid Ja'far al-Barzanji sebagai rafidhah juga. Nanti kita cite panjang noooo...
Assalamualaikum,
BalasPadamDua minggu sudah ada kelas online mengenai mazhab kelolaan Jabatan penuntut malaysia London, atas jemputan student malaysia di Cork, Ireland. ustaz memberi ceramah tetapi pendengar2 banyak juga yang asyik berbalas soalan dan jawapan di message board.
saya join lambat tapi masuk-masuk je benda pertama saya baca di forum, ada seorang ni bertanya, 'jadi barzanji ni syiah ye?'
ada seorang wahabbi ni menjawab, 'aah, dia syiah.'
wah, naik terus darah saya ke muka. saya terangkan siapa al-barzanji, tetapi naik pulak isu Ibn 'Arabi. kemudian dibawanya keluar isu Zahiri.
Masalah besar Wahabi di Ireland nih. Budak-budak di Dublin ni banyak juga Wahabinya. Yang tak syoknya jenis keras hati...
hmm, seronok membaca tulisan2 ttg mawlid di sini. Ya Salam!
Tak perlu nak dihairankan sangat. BUKANKAH IMAM AGUNG KITA ASY-SYAFI`I JUGA PERNAH DITUDUH SEBAGAI SYIAH DAN DIRANTAI HINGGA KE BAGHDAD.
BalasPadam