Ikhwah, aku sekadar nak mulakan muqaddimah agar kalian dapat berfikir dan mencari serta mengenali lebih mendalam sejarah dan perjuangan serta keilmuan dan ketaqwaan Ulama Jawi. Sewaktu aku mengaji kuliah dulu, ada kawanku dari Bangkok yang terpengaruh dengan Wahhabi yang mempunyai pandangan agak sinis terhadap Ulama Jawi i.e. Ulama Fathani kerana dia beranggapan bahawa ulama-ulama kita dahulu bila gi Makkah hanya duduk mengaji dengan ulama sebangsa mereka sahaja. Aku ingat pendapat ini hanya angin lalu sahaja i.e. angin kentut lalu busuk amat baunya.
Tiba-tiba ada mamat yang suarakan pandangan yang hampir serupa seolah-olah ulama di Tanah Arab sana (tapi dia tak bagi tahu Arab mana dan zaman bila) itu lebih hebat dan lebih dapat dipercayai daripada Ulama Jawi kita terdahulu. Aku ingat mamat ni memang tak baca sejarah, dan kalau dia Melayu, Melayu tak kenang budi.
Ulama Jawi kita terdahulu bukan sekadar belajar di Tanah Arab, tetapi belajarnya mereka itu adalah perjuangan yang menempuh berbagai rintangan dan pancaroba. Waktu mereka mengaji kat Makkah dan Madinah, tak ada pun terima biasiswa Wahhabi, Tok Kenali sewaktu mengaji di Makkah berapa punya susah. Tu yang ilmu mereka berkat, jadi obor umat, bukan macam sesetengah yang mengaji tinggi tapi bila balik bawak fitnah, jadi tukang bahagi syurga dan neraka, memecahbelahkan anak bangsa atas nama Islam.
Ulama kita dahulu amat cemerlang, gemilang dan terbilang (pinjam slogan Pak Lah) dan tak hilang-hilang. Lihat Tok Syaikh Nawawi al-Bantani yang dikenali sebagai Imam Nawawi ats-Tsani (Imam Nawawi kedua) juga dikenali sebagai Sayyidul Ulama-il-Hijaz. Adakah anak-anak didiknya hanya terdiri daripada bangsa Jawi sahaja? Lihat Syaikh Ahmad Khatib Minangkabau, Syaikh Abdul Hamid Kudus, ilmu dan lidahnya diakui ulama sezaman tak kira bangsa sehingga diangkat menjadi khatib dan imam kat Masjidil Haram. Lihat Tok Syaikh Wan Ahmad al-Fathani, Tok Syaikh Daud, Syaikh Nik Mat Kecik, keilmuan mereka diakui ulama berbagai bangsa. Lihat Syaikh Ahmad Khatib Sambas yang berjaya memadu dua thariqah menjadi satu iaitu TQN (Thoriqat Qadiriyyah wan Naqsyabandiyyah).
Ulama tanah airku tercinta, Syaikh Uthman Sarawak dan anaknya Syaikh Zainuddin, ditauliah mengajar dalam Masjidil Haram depan BaitUllah. Kalau Wahhabi tak menguasai Hejaz, nescaya obor Ulama Jawi yang tetap Sunniyun Syafi`iyyun akan terus memancar dari tanah suci tersebut.
Jangan dilupa ulama Padang yang diiktiraf sebagai ahli hadis ulung bergelar Musnid Dunya, Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani. Syaikh Yasin mengaji hadis bukan setakat kat UIA sahaja (maaf bebanyak bukan nak rendahkan UIA, yang aku pelik ada Dr. yang buat Phd Hadis (thesisnya aku tak tahu pasti tajuknya) mengaji dengan muhaddits dari India kat UIA yang bermazhab Hanafi, i.e. muhaddits yang jadi tok guru ikut mazhab, tapi anak murid memandai sahaja tak nak ikut mazhab, nak ikut hadis sahaja kononnya piiiiiiirraaaaahhhhhhhhhh).
Oleh itu, harap sedara jangan terlalu buta sejarah, sehingga kaca disangka berlian dan berlian tulin dikatakan kaca. Ingat belajarlah berterima kasih, ulama-ulama inilah yang telah menerangi dunia kita rantau Jawi dengan cahaya ilmu dan taqwa. Albani, apa yang dibawaknya selain daripada fitnah dan pecah belah. Sesiapa yang anak bangsa Jawi nak ikut Albani, elok pi pindah kat Albania sana.
EmosionalNye mamat nie tulis .... by the way HIDUP ULAMA JAWI' jangan lupa juga pengasah thoriqah Naqsyanbandiah di nusantara iaitu Syeikh Abdul Wahab Rokan ...
BalasPadamMamat mana yang emosional Syaikh Abukajang. Emosional biar bertempat, kalau bapamu kena keji mu nak duduk diam saja ke.
BalasPadamAbukajang, sekali lagi aku tanya, mu ni ngaji thoriqat naqsyabandiah Haji Yahya ke ?
BalasPadamSolawat tafrijiyyah @ solawat an-Naariyah ... no problem! Aku tengok solawat ini ada dalam kitab Shaikh Muhammad Alwi alMaliki .. Abwaabul Faraj dalam bab solawat yg terpilih ... amalkan lah no problem!
BalasPadam