Ahad, April 16, 2006

Nur Muhammad s.a.w. 3



Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani, ulama besar yang digelar sebagai Sayyidul Ulama-il-Hijaz, dalam "Madarijus Shu`ud" yang merupakan syarahnya bagi Mawlid al-Barzanji mukasurat 4 menulis:-
  • ....(Nur yang bersifat dengan terdahulu) atas segala makhluk (dan pertama-tama) iaitu kejadiannya yang pertama dinisbahkan kepada segala makhluk sebagaimana dinyatakan dalam hadits Jabir yang menyatakan bahawasanya dia telah bertanya kepada Junjungan Rasulullah s.a.w. mengenai apa yang paling awal diciptakan Allah, lalu dijawab oleh baginda s.a.w.: "Bahawasanya Allah telah mencipta, sebelum adanya sesuatu, nur nabimu, maka dijadikan nur tersebut beredar (berputar/berproses, Allah sahaja yang mengetahui hakikatnya) dengan kekuasaan qudrahNya menurut yang dikehendaki Allah. Dan belum ada pada waktu itu loh, qalam, syurga, neraka, malaikat, manusia, jin, bumi, langit, matahari dan bulan. Atas dasar ini dapatlah difahami bahawa nur tersebut adalah satu jawhar dan bukannya 'aradh (sifat).....:

Pada mukasurat 56, beliau menyebut:-

  • "Dengan Haqiqat Muhammadiyyah dan Nur Muhammad yang dimaksudkan adalah suatu hakikat kejadian yang diciptakan oleh Allah dan dinamakan nur dan bukanlah erti nur itu sesuatu yang boleh menerima kegelapan atau menjadi lawan kepada gelapan, bahkan yang dikehendaki ialah suatu hakikat yang tiada mengetahui kejadiannya selain Allah ta`ala.

Jadi Syaikh Nawawi yang merupakan seorang pengarang yang produktif dan menjadi guru dan sanad kepada ramai ulama-ulama kita termasuklah Kiyai Agung Muhammad as-Suhaimi Ba Syaiban, berpegang kepada konsep Nur Muhammad sebagai makhluk yang pertama diciptakan Allah s.w.t. Dan beliau menjelaskan bahawa Nur Muhammad ini adalah satu jawhar (yakni jawhar yang lathif/halus/seni) dan bukannya satu aradh atau sifat yang menumpang pada sesuatu jawhar atau jisim atau dzat. Justru Nur Muhammad ini adalah satu makhluk ciptaan Allah, yang paling awal diciptakan dan ia adalah ruhul a'dhzam, roh Junjungan Nabi s.a.w. yang menjadi sebab bagi diwujudkan Allah segala makhluk lain. Maka hakikat kejadian Nur Muhammad ini tidaklah kita ketahui, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui seperti juga dengan roh yang merupakan jisim lathif kita.

Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.

13 ulasan:

  1. Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani ni sama ke dgn Imam Nawawi yg tulis kitab hadith 40?

    BalasPadam
  2. Imam Nawawi - wafat 676H
    Imam Nawawi Banten - wafat 1315H

    Imam Nawawi - Abu Zakaria Yahya bin Syaraf an-Nawawi [lahir Nawa - Syria pada tahun 631H]
    Iman Nawawi Banten - Muhammad bin Umar bin Ali [lahir di Banten, Jawa Barat]

    BalasPadam
  3. Syaikh Nawawi al-Bantani juga disebut sebagai Imam an-Nawawi ats-Tsani (Imam an-Nawawi ke-2). Banyak kitab karangannya dan semuanya dalam Bahasa Arab yang tinggi.

    BalasPadam
  4. Ya Abu Muhammad bolehlah ana minta alamat e-mailantum? Ana nak ingin kirim e-mail dan minta informasi sebarang.

    BalasPadam
  5. Jazakallah untuk penerangan tersebut. hmmm..ana tak berapa paham sgt tentang konsep nur muhammad ni. Tapi sbb ana dah tau ada khilaf dalam hal ni, jadi ana rasa tak payahlah ada pihak nak gaduh pasal benda ni..betul tak?

    BalasPadam
  6. Pakcik, cek rasa bukan utk bergaduh. Yg tok syeikh kita dok nukilkan dari kitab tu utk org2 yg nak berpegang dgnnya. Jadi...nak faham lebih lagilah. Bukan main ikut2 saja. Susah nak dapat ilmu2 ni zaman skrg ni. Bila diperkatakan atau diterangkan oleh ahlinya dikatakan pulak sosat..syabas syeikh, mudah2an usaha tuan diredhoi Allah. Amin

    BalasPadam
  7. adakah kitab yang kulitnya tuan paparkan ini kitab Jawi atau Arab seluruhnya kerana berkenan sungguh hamba akan hendak mendapatkan ia.

    BalasPadam
  8. Dari pengamatan aku lah kan ….
    1. Kitab Fatwa Mufti Negeri Sarawak oleh Dato’Abdul Qadir Hasan - Jawi
    2. Haasyiah al-Bajuri 'ala Jauharatut Tauhid atau dinamakan Tuhfatul Murid 'ala Jawharatit Tawhid - Arab
    3. Haasyiah al-Bajuri 'ala Matnil Burdah yang juga dikenali sebagai Syarah al-Bajuri 'alal Burdah – Arab
    4. Madarijus Shu`ud oleh Shaikh Nawawi Banten – Arab
    5. Tabshiratul Adaani bi alhaan Bakurah al-Aamaani oleh guru kepada Shaikh Ismail bin Abdul Qadir al-Fathoni @ Pa Da Eil – Jawi

    BalasPadam
  9. Kitab 'Arab, sebab karangan Tok Syaikh Nawawi semua berbahasa 'Arab. Kalau nak jawi, Tuan Guru Qadhi Haji Abu Bakar Muar ada tulis satu kitab berjodol "Mustika Ajaib" berhubung kelebihan membaca mawlid.

    BalasPadam
  10. Cik Nony, yang ditanyakan ialah kitab yang dipaparkan pada posting ini sahaja, iaitu Madarijus Shu`ud. Ini kitab bahasa Arab.

    BalasPadam
  11. eh, jangan salah faham..yg pakcik maksudkan tu adalah 'orang sebelah sana'.

    BalasPadam