Isnin, Jun 26, 2006

Karamah Sidi Ahmad ar-Rifa`ie

Kira-kira tahun 555H telah berlaku satu peristiwa yang menggemparkan Madinah al-Munawwarah. Peristiwanya berlaku apabila Sidi Ahmad ar-Rifa`ie r.a. seorang ulama dan waliyUllah datang ke sana untuk menziarahi maqam Junjungan s.a.w. Setibanya beliau di kota Madinah, beliau terus menziarahi maqam Junjungan s.a.w. Dengan perasaan takzim, penuh haibah, khusyuk, 'asyiq dan mahabbah, beliau mengucapkan salam buat Junjungan s.a.w. Terjadi karamah buat beliau apabila salam tersebut dijawab oleh Junjungan s.a.w. dan ianya didengar oleh orang yang berada di sekeliling maqam Junjungan s.a.w. Sidi Ahmad dengan penuh takzim terus mengucapkan dua bait syair yang berbunyi (maaflah aku tak dapat nak tulis font arab, tak reti cam na nak buat):-
  • fi haalatil bu'di ruuhiy kuntu ursiluha; tuqabbilul ardha 'anniy wa hiya naa-ibatiy
  • wa hadzihi dawlatul asybaahi qad hadharat; faamdud yamiinaka kay tahdhza biha syafatiy.
  • Dari kejauhan kukirimkan ruhku, untuk mengucup bumi ini (maqam Junjungan s.a.w)sebagai ganti diriku;
  • Dan sekarang giliran jasad telah pun tiba, maka hulurkanlah tangan kananmu supaya dapat dikucup oleh bibirku.

Diriwayatkan bahawa keluar tangan Junjungan s.a.w. dari maqam baginda yang mulia dan diciumnya oleh Sidi Ahmad ar-Rifa`ie dengan disaksikan oleh ribuan manusia yang berada di situ termasuklah Sidi 'Abdul Qadir al-Jilani r.a.

Begitulah kisahnya, pelik ? Apa pulak peliknya, semua hal ini termasuk dalam perkara mumkin dalam qudrah dan iradah Allah s.w.t. Geng anak Pak Wahhab mungkin keberatan nak terima kisah ini, sebab mereka tak mengaji sifat 20. Kisah ini aku nukil dari kitab-kitab yang dipegang oleh ulama kita, antaranya kitab "Tanwirul Qulub" karangan Syaikh Muhammad Amin al-Kurdi al-Irbili asy-Syafi`i an-Naqsyabandi. Pada mukasurat 79, Syaikh Amin al-Kurdi menyatakan bahawa kisah ini adalah mutawatir dengan disaksikan ramai orang dan 'arifin. Jadi kepada penyokong dan pendokong Wahhabi, kome pegang saja pegangan kamu, dan biar aku pegang ngan Sidi Amin dengan damai.

Al-fatihah lin Nabiyil Karim wa aalihil kiram wa ashhabihil 'idhzam

wa li jami`il awliya-il-kaun wal muslimina ajmain

2 ulasan:

  1. kalau dlm Microsoft Word, enta click Insert, pastu Symbol. Lepas tu pilih 'subset', ada drop-down menu. Pilih Basic Arabic atau Extended Arabic.

    pastu cut and paste ke blog.

    insya-Allah mujarab.

    BalasPadam