Isnin, Jun 05, 2006

KHM Syafi`i Hadzami


Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepadaNyalah kita dikembalikan. Pada 7 Mei 2006 yang lalu, Kiyai Syafi`i Hadzami atau Mu`allim Syafi`i Hadzami telah kembali ke rahmatUllah. Antara karangan yang ditinggalkan ulama Betawi yang pernah menjadi Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia cabang Jakarta yang tersebar luas di rantau kita ialah buku soal-jawab beliau yang berjodol "Taudhihul Adillah" atau "100 Masalah Agama" yang penuh sarat dengan berbagai ilmu yang sejalan dengan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jama`ah bermazhab Syafi`i. Mudah-mudahan almarhum dirahmati dan diredhai Allah serta ditempatkan bersama-sama para sholihin...............al-Fatihah.

5 ulasan:

  1. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada ruh beliau. Kitabnya "Taudhihul Adillah" telah memberi manfaat yang besar kepada saya dan Muslimin yang lain.

    BalasPadam
  2. Alfatihah buat junjungan kita, Nabi Muhammad saw, para sahabat BAginda, ahlul bait, muslimin dan muslimat, serta Kiyai Syafi'i Hadzami. Pertama kali mendengar nama beliau...

    BalasPadam
  3. Akhina Tawel kena baca "Taudhihul Adillah" tersebut. Insya-Allah, banyak manfaatnya.

    BalasPadam
  4. Semoga Allah mengampuni segala dosanya, menerima segala amal ibadahnya sesuai kemurahan Allah SWT

    BalasPadam
  5. Thanks everyone for loving my grand pa.
    Semoga Allah memudahkan saya dan keluarga untuk dapat meneruskan perjuangan Beliau...Amin

    BalasPadam