Sabtu, Julai 29, 2006

Menyayat Hati




Ikhwah, muka depan Utusan Malaysia semalam amat menyentuh perasaanku. Apa tidaknya bila kekejaman rejim Zionis bukan sahaja terhadap orang dewasa tetapi juga terhadap bayi dan kanak-kanak. Sampai bila kekejaman ini hendak kita biarkan? Apa daya ikhtiar kita sekarang? Mengangkat senjata? Senjata apa? Adakah hanya kerana pihak Hezbollah itu Syiah, maka kita berdiam diri sahaja bila bayi kecil yang belum mengerti apa-apa dibunuh kejam? Sunni jenis apakah kita, jika sanggup membiarkan kezaliman bermaharajalela?

Mari kita nyatakan simpati kita dengan menghulurkan apa sahaja bantuan yang termampu dan jangan lupa memanjatkan doa ke hadhrat Ilahi agar kekejaman diberhentikan dan dihapuskan dari muka bumi ini. Ulang-ulangkanlah dengan hati yang khusyu` dan khudhu` dengan penuh keinsafan dan linangan air mata, akan doa Imam al-Haddad "YA QAWIYYU YA MATIIN, IKFI SYARRADHZ-DZHOOLIMIIN" (Wahai Tuhan yang Maha Kuat, Wahai Tuhan yang Maha Teguh (kekuasaanNya), Hentikanlah kejahatan para penzalim). Juga doa beliau "ASHLAHA-ALLAHU UMUURAL MUSLIMIIN, SHORAFA-ALLAHU SYARRAL MU'DZIIN" (Moga-moga Allah memperbaiki segala urusan hal-ehwal keadaan kaum Muslimin, dan menghindarkan mereka daripada kejahatan orang-orang jahat." Ikhwah, berdoa itulah tugas pertama kita, permulaan bagi usaha lainnya.

Junjungan s.a.w. bersabda:- "Adakah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu suatu perkara yang boleh menyelamatkan kamu daripada musuh kamu dan meluaskan rezeki kamu ? (Perkara itu ialah) Kamu berdoa kepada Allah waktu siang dan malam, maka sesungguhnya doa itu senjata orang beriman (fa innad-du`aa-a silaahul mu'min)". Junjungan bersabda:- "Doa itu senjata orang beriman, tiangnya agama, cahaya langit dan bumi" Junjungan juga bersabda: "Ni'ma silaahul mu'min, ash-shabru wad du`aa' (Sebaik-baik senjata orang beriman ialah sabar dan doa)". Maka dalam berdoa, jangan tinggalkan mendoakan saudara-saudara kita yang sedang dizalimi.
Allahu Akbar .... Allahu Akbar.... Allahu Akbar ... wa Lillahil hamd.

1 ulasan:

  1. Semoga Allah memberikan ketabahan kebapda orang-orang yang teraniaya dan menaikkan derajatnya. Dan wahai orang-orang dzalim bertobatlah taua kamu bukan manusia lagi atau tidak ber-Tuhan lagi. Atas nama apa wahai pelaku kedzaliman, atas nama hawa nafsu dan syaithan. Yaa Allah jauhkan kami dari Dajjal dan musnhakan segera para Dajjal. Amin

    BalasPadam