Sabtu, Julai 08, 2006

Nur Muhammad s.a.w. - 18




Ikhwah, meh kita tengok karangan Tuan Guru Haji Wan Mohd. Shaghir berhubung Nur Muhammad. Aku rekomenkan kat ikhwah agar cari buku "Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua di Dunia Melayu" dan telaahlah dengan teliti. Tuan Guru bukan sahaja cerita pasal Nur Muhammad tetapi juga tentang Martabat Tujuh yang telah ditafsirkan secara songsang oleh geng sebelah. Aku kata jika Nur Muhammad dan Martabat Tujuh seperti apa yang ditafsirkan oleh Dr. Fattah dan geng-gengnya, maka itu memang songsang dan sesat, cuma masalahnya adakah tafsiran dan pemahaman Tuan Dr. tersebut menjadi pegangan para ulama kita ? Atau mereka mempunyai tafsiran yang jauh berbeza dari tafsiran geng-geng tersebut ? Kome kaji le bebetul ye. Seingat akulah, Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal pun ada risalah yang membahaskan pegangan atau tafsiran Nur Muhammad yang songsang yang difahami oleh segelintir golongan sesat. Tetapi ini tidak bererti Allahyarham Tuan Guru tersebut menolak konsep Nur Muhammad menurut tafsiran para ulama yang terkemuka. Contohnya mudah sahaja, jika kita tolak tafsiran atau pemahaman rigid puak Wahhabi terhadap Islam atau pemahaman puak Syiah mengenai Islam, bukan ertinya kita menolak Islam, kerana Islam itu bukan semata-mata apa yang ditafsirkan oleh geng anak Pak Wahhab tersebut atau geng Khomeini.

Berhubung Nur Muhammad, Tuan Guru Haji Wan Shaghir membahas dengan panjang lebar, kome carilah bukunya. Antara tulisannya pada halaman 45 - 46 :-
  • ....Beberapa orang ulama dunia Islam yang terkenal di antara mereka ada mencatat sanad yang di dalamnya terdapat nama Syeikh Ibnu Hajar al-'Asqalani. Sanad yang tersebut sampai kepada 'Abdur Razzaq. Ada sanad 'am mengenai beberapa bidang keilmuan, dan ada pula sanad khash tentang hadis, termasuk hadis Nur Muhammad. Di antara mereka yang mempunyai sanad kepada Syeikh Ibnu Hajar al-'Asqalani (wafat 852H/1448M) ialah: Syeikh Hasan al-Masyath, Saiyid 'Ali al-Maliki, Syeikh Muhammad Mahfuzh bin 'Abdullah at-Tarmasi (1285H/1868M - 1385H/1965M), Syeikh Muhammad Mukhtar bin 'Atharid Bogor (1278H/1861M - 1374H/1954M), Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani (1272H/1856M - 1325H/1908M), Saiyid Bakri bin Muhammad Zainal 'Abidin Syatha, Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan.....dan lain-lain.
  • Setelah melalui beberapa nama bertemu pada Syeikh 'Abdullah asy-Syarqawi (1150H/1737M - 1227H/1821M), ia terima dari Syeikh Muhammad bin Salim al-Hifnawi/Hifni (Syaikhul Azhar 1173H/1715M - 1181H/1767M), ia terima dari 'Abdul 'Aziz az-Ziyadi, ia terima dari Syeikh Muhammad al-Babili, ia terima dari Syeikh Najamuddin Muhammad al-'Aithi, ia terima dari Qadhi Zakaria al-Anshari, ia terima dari Syeikh Ibnu Hajar al-'Asqalani (773H/1371M - 852H/1448M), ia terima dari Syeikh Abil Faraj 'Abdur Rahman al-Ghazzi, ia terima dari Abin Nun Yunus bin Ibrahim ad-Dabbus, ia terima dari Abi Hasan 'Ali, ia terima dari Muhammad bin Nashir as-Salami, ia terima dari 'Abdul Wahhab bin Muhammad bin Mandah, ia terima dari Abil Fadhal Muhammad al-Kaukabi, ia terima dari Abil Qasim ath-Thabrani, ia terima dari Ya'qub Ishaq bin Ibrahim al-Mirwazi al-Hanzhali, ia terima dari 'Abdur Razzaq bin Hammam bin Nafi dengan sanad sehingga sampai kepada Jabir bin 'Abdullah.

Selain menjawab tuduhan puak-puak menentang kewujudan Nur Muhammad, Tuan Guru turut menyenaraikan beberapa nama ulama terkemuka yang membicarakan Nur Muhammad dalam karangan-karangan mereka, antaranya:-

  1. Syaikh 'Abdul Qadir al-Jilani, Sulthanul Awliya`;
  2. Syeikh 'Abdullah 'Arif;
  3. Imam as-Sayuthi;
  4. Imam al-Qasthalani;
  5. Imam al-Zarqani;
  6. Sayyidisy Syaikh Ja'far al-Barzanji;
  7. Syaikh Yusuf an-Nabhani;
  8. Syaikh Nawawi al-Bantani;
  9. Syaikh Nuruddin ar-Raniri;
  10. Syaikh 'Abdur Rauf al-Fansuri / Singkel;
  11. Syaikh 'Abdus Shomad al-Falimbani;
  12. Syaikh Muhammad Nafis al-Banjari;
  13. Syaikh Daud al-Fathani;
  14. Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Yusuf bin 'Abdul Halim Kelantan;
  15. 'Allamah Abu 'Abdullah asy-Syaikh Muhammad bin Ahmad 'Ilisy;
  16. 'Allamah Syaikh Muhammad Bashri al-Manzalawi;
  17. Sayyid Utsman bin 'Abdullah BinYahya;
  18. Syaikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani;
  19. Syaikh Zainal 'Abidin al-Fathani, Tuan Minal;
  20. Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani;
  21. Syaikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani;
  22. Syaikh 'Abdul Hamid bin 'Ali Kudus;

Bagi menutup tulisannya, Tuan Guru menyebut:-

  • Perlulah diperhatikan bahawa dari keterangan di atas terdapat tiga buah hadis dari tiga orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka ialah: Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib k.w.w.r.a. (wafat 40H/661M), 'Abdullah bin 'Abbas r.a. (wafat 68H/687M) dan Jabir bin 'Abdullah r.a. (wafat 78H/697M). Ada lagi beberapa hadis mengenai Nur Muhammad atau yang sama maksud dengannya, yang berasal dari sahabat yang lain, di antaranya, yang berasal dari: Salman al-Farsi r.a., Abu Zar al-Ghifari r.a., dll, termasuk juga Abu Hurairah r.a.
  • Oleh itu teori para pengkritik hadis Nur Muhammad atau hadis yang sama maksud dengannya, dengan tuduhan melulu dan berbagai-bagai adalah teori yang bersifat khayal.
  • Di antara mereka ada yang mengkhayal bahawa hadis Nur Muhammad adalah doktrin Syi`ah, golongan ini mungkin lebih banyak mempelajari Mazhab Syi`ah atau hidup dilingkungan mazhab itu ketimbang belajar secara mendalam Islam cara tradisional.
  • Yang lain mengkhayal pula, bahawa hadis Nur Muhammad adalah doktrin berasal ajaran Greek ajaran Platonisme, sama dengan yang di atas golongan ini mungkin lebih banyak mempelajari ajaran Greek-Platonisme atau hidup dilingkungan itu ketimbang belajar secara mendalam Islam cara tradisional.
  • Yang lain mengkhayal pula hadis Nur Muhammad adalah doktrin berasal dari ajaran trinitas dalam Kristian.
  • Yang lain pula mengkhayal berasal dari ajaran al-Hallaj, yang lain pula mengkhayal berasal dari Abi Yazid al-Bisthami, dll.
  • Di antara mereka ada menganggap bahawa hadis Nur Muhammad atau hadis yang sama maksud dengannya, adalah hadis maudhu`(hadis palsu). Penilaian mereka juga tidak sepakat atau tidak sependapat kerana selain yang berpendapat hadis maudhu`, dari golongan mereka pula ada yang berpendapat hadis dhaif, dan lain-lain. Sudah maklum bahawa pengertian atau takrif hadis maudhu` dengan hadis dhaif adalah tidak sama. Sesuatu penilaian yang bersifat teori maka bukanlah merupakan hujah atau hukum qath`ie, apatah lagi jika masih terdapat pertentangan atau kontroversi antara yang satu dengan yang lainnya.
  • Oleh itu sekian banyak kitab yang dikarang oleh sekian ramai ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah yang membicarakan hadis Nur Muhammad atau hadis yang sama maksud dengannya, perlu mendapat pembelaan.

Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.

27 ulasan:

  1. Soalan:
    1. Apa kata tuan tentang Fatwa Negeri Johor tulisan Habib Alwi yang Ba Alawi itu ttg kesesatan fahaman Ibn 'Arabi?
    2. Apa kata tuan ttg website al-banjari.net?

    BalasPadam
  2. Imamul Akbar Muhyiddin Ibnu Arabi sememangnya tokoh kontroversial. Ada ulama yang menerimanya dan ada pula yang menentang, bahkan menyesatkannya. Maka tidaklah pelik jika Habib Alwi turut menyesatkan beliau dalam fatwanya. Habib Alwi bin Thahir memang terkenal syadid dalam menentang golongan tasawwuf falsafi.

    Tentang website tersebut, Allahu a'lam, setakat yang nampak ok sahaja.

    BalasPadam
  3. al-banjari.net tu posting2 dia semuanya kelolaan zain y.s. jugak... apa kata tuan?

    BalasPadam
  4. Marhaba Akhina nnydd, gitu ke asal website tersebut. Ana tak kenal saiap Zain Y.S., tetapi dari tulisannya kat ahkam online memang bias dan menyokong bebeno geng salafi gadungan. Dia nak menumpang berkat Syaikh Arsyad kot?

    Tapi geng ni memang boleh berubah-ubah pegangan, macam sesumpah. Kejap silapi, kejap idak. Kejap al-Qari, kejap Dr. Rohani, kejap hentam wifiq, kejap ajar buat wifiq.

    BalasPadam
  5. zain ys tu tak leh pakai punya. Dia buka issue kat al-ahkam. Bila org dtgkan hujah2. Pastu bila dia dah terkedu, buat kesimpulan dan terus locked.

    Heran...kenapa dia org buka isu pastu buat kesimpulan sendiri. Nampak sangat Wahabi Mesia ni syok sendiri..hee..hee

    BalasPadam
  6. Syeikh,

    Wahabi claims yg imam Syafie RA berakidah seperti akidah salafi Ibnu Taimiyyah. Apakah perbezaan akidah pegangan Imam Syafie RA dgn akidah pegangan Ibnu Taimiyyah tu? Boleh syeikh bagi sikit penjelasan. Terima kasih.

    BalasPadam
  7. Imam asy-Syafi`i adalah golongan salaf tulin, sedangkan Syaikh Ibnu Taimiyyah hidup di zaman khalaf, bahkan sesudah Imam Abu Hasan.

    Geng Wahhabi ini sungguh suul adab, jika pun nak memenangkan Ibnu Taimiyyah sepatutnya dikatakan Ibnu Taimiyyah yang ikut aqidah Imam asy-Syafi`i dan bukannya sebaliknya.

    Insya-Allah, nanti aku cuba tulis berhubung hal ini. Sementara itu silalah tuan rujuk tarikh mazahib karangan Syaikh Abu Zahrah agar faham apa yang dipegang oleh Salaf dan apa yang dipegang oleh geng Ibnu Taimiyyah.

    BalasPadam
  8. Ya Abu Muhammad,

    Ana ada repot kat guru ana (dari sa'adah ba'alawi jugak) psl geng kaum muda dgn kepala2 dia. ana ckp ada yg dtg dari al-junied dan siap hina Syeikh Muhammad Mutawalli. Malas nak sebut, nanti jadi dosa pulak. Ya tak?

    Guru ana ckp "klu betul dia dari al-junied, memang biadab lah dia. Dia hina Syeikh Muhammad Mutawalli? klu dia jumpa (berbahas) sama syeikh sya'rawi, terkencing-kencing dia.."

    Hahaha...

    BalasPadam
  9. Ukhtina Mardhiah, nampaknya berminat dengan pengajian tasawwuf secara falsafi. Hadis qudsi yang enti sebut tu memang masyhur dalam kitab-kitab karangan Syaikh Ibnu 'Arabi seperti "Fusus al-Hikam" dan kitab al-Jili iaitu "al-Insan al-Kamil fi ma'rifat al-awakhir wal awail". Kitab-kitab ulama Jawi juga tidak kurang memuatkan hadis tersebut yang kedudukannya dipertikaikan oleh para muhadditsin.

    Berhubung dengan pengertiannya, ana rasa kalau enti nak tahu dengan panjang lebar silalah cari ulama yang mahir dalam bab ini. Ana sendiri tidak begitu gemar mempelajari pendekatan dan kaedah falsafi kerana orang awam macam ana masih nak meluruskan perjalanan thoriqah ahlul yamin.

    Cuma untuk tidak menghampakan enti ana nukil di sini penjelasan Syaikh Zainal 'Abidin bin Muhammad al-Fathani @ Tuan Minal al-Fathani dalam "Irsyadul 'Ibad ila Sabiilir Rasyad" mukasurat 22 menyatakan:- "AL-INSANU SIRRI ANA SIRRUHU" ARTI BERMULA MANUSIA YANG KAMIL ITU RAHSIAKU YAKNI MENERIMA RAHSIAKU YAKNI TEMPAT AKU TARUH RAHSIA IAITU ILMU LADUNNI DAN ILMU MA'RIFAH DAN AKU RAHSIANYA YAKNI AKU PANDANGAN HATINYA DAN PENDENGARNYA DAN PENGLIHATNYA DAN WUJUDNYA DENGAN DAKU DARIPADA AKU KEPADA AKU MAKA TIADA YANG SERTANYA."

    Syaikh Yusuf al-Khalwati al-Makasari dalam karanganya berbahasa 'Arab berjodol "Zubdatul Asrar fi tahqiqi ba'dh masyaaril akhyar" juga memuatkan hadis ini dan memberikan penjelasan yang lebih kurang sama. Silalah enti rujuk kitab tersebut.

    Tetapi janganlah leka mengaji falsafah-falsafah sehingga amalan terabai. Istiqamahlah dengan thoriqah ahlul yamin iaitu mengamalkan syariat dengan sebenarnya.

    Akhina roidh -

    abumuhammad123@yahoo.co.uk

    BalasPadam
  10. leh tgk dlm sirrul asrar karya sultanul awliya' syaikh abdul qadir jailani. sesetgh pihak mendakwa ia bukan karya beliau.

    BalasPadam
  11. Tuan Syeikh, betul ke dakwaan ustaz ni"

    *******
    Kita tidak mungkin menjadi salafussoleh tetapi kita mungkin menganuti `Aqidah salaf. imam yang dahulunya tidak ber`aqidah salaf kembali kepada `Aqidah Salaf seperti Imam Abul Hasan Al Asy`ari(Bidayah wannihayah,Al Hafiz Ibn Kathir)

    Syaikh Abdul Qadir Al Jailani menyatakan"Dia (Allah) di arah atas, berada di atas 'ArsyNya, meliputi seluruh kerajaanNya. IlmuNya meliputi segala sesuatu. "Kemudian beliau menyebutkan ayat-ayat dan hadits-hadits, lalu berkata, "Sebaiknya menetapkan sifat istiwa' (Allah berada di atas 'ArsyNya) TANPA TAKWIL . Dan hal itu merupakan istiwa' dzat Allah di atas 'Arsy.( Al Ghunyah Li Thalibi Thariqil Haq lihat juga Adz Dzail 'Ala Thabaqil Hanabilah I/301-390, nombor 134, karya Imam Ibnu Rajab Al Hambali)

    *******

    BalasPadam
  12. maksud saya dakwaan yg kitab2 tersebut ditulis begitu...

    BalasPadam
  13. Kitab al-Ghunnyah memang dipertikaikan, Imam Ibnu Hajar dalam Fatawa Haditsiyyahnya menerangkan bahawa telah berlaku pemalsuan dan penyelewengan terhadap karangan tersebut sehingga tidak dikenali mana yang betul karangan Sidi Sulthanul Awliya dan mana yang ditokoktambah. Oleh itu, eloklah dijauhi membacanya, di dalamnya juga terdapat kata-kata yang menyesatkan pegangan al-'Asyairah.

    Imam Abul Hasan memang golongan salaf, dan kita selaku pengikutnya juga adalah pengikut pegangan salaf.

    BalasPadam
  14. Izinkan saya memberi pendapat menurut ilmu saya yang tidak seberapa ini Tuan Abu Muhammad. Kalau salah, betulkanlah.

    Rasanya penggunaan tasawwuf falsafi tidaklah berapa tepat. Imam al-Ghazali di dalam Ihya' 'Ulum al-Din membahagikan tasawwuf kepada tasawwuf mu'amalah dan tasawwuf mukashafah seperti yang diterangkan Dr. Uthman el-Muhammady di dalam pembentangannya tentang Martabat Tujuh ketika Munaqashah Sufi Peringkat Kebangsaan 2004. Imam al-Akbar Muhyiddin Ibn 'Arabi ada menulis kedua-dua jenis tasawwuf ini, misalnya Kunh Ma la Budda minhu li al-murid (What The Seekers Needs) terbitan Fons Vitae boleh dikategorikan sebagai tasawwuf mu'amalah manakala karyanya seperti Fusus al-Hikam dan Futuhat al-Makkiyah boleh dikategorikan sebagai tasawwuf mukashafah. Begitu juga Imam al-Ghazzali. Contohnya beliau mengarang Ihya' 'Ulum al-Din, Minhaj al-'Abidin dan lain-lain yang boleh dikategorikan sebagai tasawwuf mu'amalah dan beliau mengarang Mishkat al-Anwar dan Risalah al-Ladunniyah yang boleh dikategorikan sebagai tasawwuf mukashafah. Ada sesetengah ilmuan Islam memanggil 'ilm al-mukashafah sebagai 'irfan dan orientalis yang mengkaji tasawwuf dengan saksama memanggilnya sebagai Gnosis, Scientia Sacra dan Sapientia di dalam Bahasa Inggeris. Tetapi, kalau mengikut tahap-tahap pembelajaran tasawwuf, rasanya lebih eloklah mempelajari tasawwuf mu'amalah terlebih dahulu, kemudian barulah menguasai tasawwuf mukashafah itu dan merasai sendiri 'ilm mukashafah atau 'ilm ladunni atau 'irfan atau Sapientia atau Gnosis itu sendiri. Wallahu a'lam.

    BalasPadam
  15. Betul kata akhi malakian tu, tetapi fahami pembahagian Hujjatul Islam tersebut iaitu Tasawwuf Mukasyafah yang merupakan ilmu wahbi (jangan terkeliru plak dengan ilmu wahabi), jadi maksudnya bukan termasuk ilmu kasbi (i.e. tasawwuf mu`amalah). Jadi urusan tasawwuf mukasyafah tersebut bukan urusan kita selagi mana kita tidak mencapai maqamnya. Oleh itu orang yang tak sampai maqam tetapi menyibukkan diri dengan tasawwuf mukasyafah, maka yang dituntutnya itulah dinamakan tasawwuf falsafi.Inilah yang ditentang oleh Habib Thohir dan Mufti Betawi Habib Uthman.

    BalasPadam
  16. Jadi yang hanya belajar tasawwuf mukasyafah dari kitab-kitab tetapi tidak mengalaminya sendiri, maka dia hanya mempelajari falsafah, jadilah dia ahli falsafah dan bukannya ahli tasawwuf. Di sinilah timbul kalam hikmah, man lam yazuq lam yadri (sesiapa yang belum merasa, belumlah dia mengetahui).

    Perkukuhkan thoriqah ahlul yamin, sebelum melangkah ke thoriqah muqarrabin.

    BalasPadam
  17. Shaykh Daud al-Fatani berkata di dalam kitabnya Manhali al-Safi:

    "Maka sayugia jangan kita memudah-mudahkan segala perkataan mereka itu dengan ilham Tuhan mereka itu. Maka kebanyakan segala kitab mereka itu dengan mutasyabihat tiada dapat bagi segala orang yang ahli zahir mengambil dengan zahir katanya menyalahi syariat dan hakikatnya tiada menyalahi batin syariat; maka wajib atas murid apabila tiada tahu akan kehendak mereka itu ia menyerahkan segala perkataan mereka itu kepadanya, jangan ia ingkari dia dan jangan menyalahkan dia seperti kata Shaykh Abu Hassan Syadhili:
    Maka bermula orang yang membenarkan pada ilmu kami ini wali kecil."

    Jadi berhati-hatilah dalam mengatakan sesuatu tentang ilmu mukasyafah yang mungkin kita tidak lagi sampai maqamnnya. Dan janganlah kita melontarkan bahawa apa-apa yang terdapat di dalam kitab-kitab ibn arabi dan lain-lain 'arifin sebagai tasawwuf falsafi semata-mata kita tidak dapat menanggapi makna sebenarnya. Kerana secara amnya falsafah itu (yakni yang hanya menggunakan ratio) hanya berdasarkan aql juziy dan bukannya aql kulliy. Ini berbeza sekali dengan Hikmah yang tidak boleh disamakan dengan falsafah rasionalistik.

    BalasPadam
  18. Aku terhidu salah faham di sini. Apa yang ditulis oleh para Imam tersebut bukanlah tasawwuf falsafi, kerana yang mereka tulis itu berdasarkan apa yang warid kepada mereka, tetapi kome yang mengaji dengan hanya menggunakan pemahaman berdasarkan akal semata-mata sebenarnya sedang berfalsafah. Inilah yang diperingatkan oleh para ulama kita termasuklah Syaikh Daud dalam Manhalush Shofi. Bahkan Tok Syaikh Daud bawakan kalam Syaikh Ibnu Arabi yang menyatakan bahawa kitab-kitabnya diharamkan bagi sesiapa yang tidak memahami istilahnya. Apa yang keluar dari mereka itu mukasyafah, tetapi apa yang keluar dari akalan kamu itu falsafah.

    BalasPadam
  19. Betullah kata abu muhammad itu. Terdapat kalam ibn 'arabi yang mengatakan haram membaca kitab-kitabnya bagi orang yang tidak memahami istilah di dalam kitab tersebut.

    Mungkin pernyataan-pernyataan ini menyebabkan ada yang salah faham:

    Imamul Akbar Muhyiddin Ibnu Arabi sememangnya tokoh kontroversial. Ada ulama yang menerimanya dan ada pula yang menentang, bahkan menyesatkannya. Maka tidaklah pelik jika Habib Alwi turut menyesatkan beliau dalam fatwanya. Habib Alwi bin Thahir memang terkenal syadid dalam menentang golongan tasawwuf falsafi.

    Syaikh Yusuf al-Khalwati al-Makasari dalam karanganya berbahasa 'Arab berjodol "Zubdatul Asrar fi tahqiqi ba'dh masyaaril akhyar" juga memuatkan hadis ini dan memberikan penjelasan yang lebih kurang sama. Silalah enti rujuk kitab tersebut.

    Tetapi janganlah leka mengaji falsafah-falsafah sehingga amalan terabai. Istiqamahlah dengan thoriqah ahlul yamin iaitu mengamalkan syariat dengan sebenarnya.

    BalasPadam
  20. Itulah hakikatnya, Imamul Akbar Kibrit Ahmar Ibnu Arabi memang seorang tokoh yang kontroversial. Inilah hakikat yang perlu kita terima.

    Mengenai beliau, aku ikut jalan para salaf Bani Alawi. Kita menyanjungnya sebagai siddiqin, Imamul Akbar, waliyUllah, tetapi kitab-kitab beliau tidaklah kita baca.

    Aku tengok ada sebahagian dok asyik membicarakan anasir 4, mani manikam, dan berbagai istilah, sedangkan hukum hakam syariat diabaikan. Ini yang aku maksudkan dengan tasawwuf falsafi. Ini yang mesti kita hindari.

    BalasPadam
  21. Terima kasih Tuan Abu Muhammad atas penjelasan itu. Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati Shaykh al-Akbar Ibn 'Arabi. Tetapi, misalnya kitab Risalat al-Laduniyah, lebih membicarakan tetntang epistemologi 'ilmu. Maka di sini kita akan tahu secara mendalam dan sistematik, tentang bagaimana sesuatu 'ilmu itu terhasil dan mengapa Imam al-Ghazali meletakkan 'ilm al-mukashafah atau 'ilm ladunni sebagai martabat 'ilmu yang tertinggi. Begitu juga di sesetengah pondok dan Istac misalnya, doktrin Ibn 'Arabi, Suhrawardi, Qutb al-Din dan sebagainya diajar untuk mengetahui tentang Maratib 'Ilmu, Maratib Wujud dan sebagainya. Maka sekurang-kurangnya melalui pengkajian ini, umat Islam dapat membezakan proses penghasilan 'ilmu di barat moden yang terlalu mementingkan pemikiran rationalistik, positivistik, empiristik dan sebagainya dengan proses penghasilan 'ilmu dalam masyarakat Islam. Wallahu'alam.

    BalasPadam
  22. Pengertian ILMU menurut Al Hujjatul Islam wahai sahabat2 ku Tuan Syeikhkul sekelian ...

    >AL-ULUM AL-MAKTASABAH yang bermaksud ilmu-ilmu yang didapati dengan mencurahkan usaha seperti belajar dan membuat kajian. Dengan kata lainnya ialah ilmu-ilmu yang didapati dengan senang (Al-Ulum Al-Dhoruriyah) maksudnya ilmu-ilmu yang didapati dengan mudah sahaja menerusi salah satu daripada anggota-anggota pancaindera seperti rasa manis melalui lidah, mendengar suara melalui telinga dan lain-lainnya.

    >Ilmu GHAIBI LADUNI atau lebih ringkasnya disebut sebagai ilmu laduni yang membawa maksud secara hurfinya 'ILMU KESISIAN' iaitu ilmu disisi tuhan. Sama dengan ILMU ALLAH atau ILMU TUHAN.

    ***Sesetengah ahli ilmuan Islam memberikan atau menggunakan berbagai-bagai istilah lain yang sama maksudnya dengan ilmu LADUNI ini dalam usaha mereka untuk mengemukakan pendekatan ilmu masing-masing. Antaranya ialah seperti berikut :

    Ilmu Batin
    Ilmu Qalbi
    Ilmu Mukasafah
    Ilmu Asyror
    Ilmu Maknun
    Ilmu Hakikat
    Ilmu Makrifat
    Ilmu Tasauf ...

    Salamun'Alaik ...

    BalasPadam
  23. Tuan Abu Muhamad ...

    Belajar ILMU anasir yang empat-4, Bukannya sampai mengabaikan ILMU-ILMU syariat yang lain ...

    Ingatlah wahai Tuan Abu, ILMU itu NUR, bertambah ILMU maka bertambahlah NUR ...

    Cuma persoalannya sekarang berkenaan isu MARATIB ILMU iaitu TERTIBNYA DALAM MENUNTUT ILMU ....

    Sayugialah didahulukan dengan ILMU Fardhu Ain kemudian barulah ILMU Fardhu Kifayah ...

    1. ILMU TAUHID - Aqidatul Iman
    2. ILMU FEQAH - Hukum-hukum
    3. ILMU TASAUF - Membicarakan Hal QALBI dan Sifatnya
    4. ILMU MUKASYAFAH - ILMU Penyingkapan Rohani - menyingkap hijab

    Dan semua ILMU itu didasarkan pada Al QURAN dan AL HADITH ... Hatta ILMU FALSAFAH sekalipun jika tidak bercanggah dengan AL QURAN dan AL HADITH ... kenapa tidak ...

    Wasallam

    BalasPadam
  24. Betul Tuan Abu Kajang, yang aku maksudkan ialah sebahagian yang hanya mengutamakan ilmu-ilmu sebegitu dengan mengabaikan ilmu-ilmu yang fardhu 'ain. Kalau kamu nak belajar ilmu mukasyafah, itu hak kamu, tetapi jangan sampai terleka hingga hanya tahu sahaja bab tersebut tetapi terhijab dari memperolehinya.

    Begitu pula dengan falsafah, hatta ilmu sihir pun sebahagian ulama membenarkan mempelajarinya untuk mengetahui. Cuma ingatlah kata Syaikh Hasan al-Banna "al-wajibat aktsaru minal awqat" (kewajipan-kewajipan itu lebih banyak dari waktu".

    BalasPadam
  25. Tuan Abu Kajang, ilmu bagaimana yang dikatakan nur? Adakah semua ilmu? Jika dimaksudkan dengan semua ilmu, maka yang paling banyak nur sekarang ialah Iblis alaihi la'nah.

    Ingat juga bahawa Hajjaj bin Yusuf ats-Tsaqafi itu juga alim lagi hafiz bahkan menjadi imam dalam sholat hingga Sayyidina Ibnu Umar (kalau aku tak silap) pernah bersholat di belakangnya.

    Ingat apa yang dimaksudkan sebagai ilmu itu cahaya adalah ilmu yang nafi`, ilmu yang memberi manfaat. Apa dia ilmu yang memberi manfaat ? Lain posting kita cite.

    BalasPadam
  26. Tajam fikiran Tuan Abu Muhammad ...

    Bersedih di atas pemergian Syeikh Ahmad Semait - pengamal Ratib Al Haddad

    BalasPadam