Selasa, Ogos 22, 2006

Pesanan Sayyidina Ibrahim a.s.


Sempena peristiwa isra` dan mi'raj Junjungan s.a.w. aku ingin memperingatkan diriku dan diri ikhwah yang dikasihi mengenai pesanan Nabi Ibrahim al-Khalil a.s. kepada Junjungan s.a.w. yang aku rasa sudah masyhur diketahui, tetapi tidaklah menjadi kesalahan untuk saling ingat-mengingati kerana ianya bermanfaat bagi orang beriman. Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-
  • Pada malam aku diisra`kan Allah s.w.t. aku berjumpa dengan Nabi Ibrahim. Baginda berkata kepadaku:- "Ya Muhammad, sampaikan salamku kepada umatmu dan khabarkan kepada mereka bahawa sesungguhnya syurga itu amat subur dan airnya pun tawar, tanamannya adalah subhanaAllah wal hamdulillah wa la ilaha illaAllah wa Allahu Akbar."
Pehin Mufti Brunei telah menjadikan kisah ini antara dalil bagi mengharuskan ijazah amalan atau zikir daripada orang mati kepada orang hidup. Ini dinyatakan dalam kertaskerja beliau yang diterbitkan oleh Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam dengan jodol "Tasawuf dan Tarikat Menurut Pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah", pada mukasurat 101 - 102 Almarhum Pehin menyatakan antara lain:-
  • Kalau kiranya ada dikatakan zikir-zikir Muhammadiyah itu dapat ijazah daripada Rasulullah dalam Kaabah, jangan lekas mengingkari, (se)bagaimana disiarkan oleh media massa, iaitu tersebut dalam hadis-hadis Israk bahawa Nabi Ibrahim a.s. telah berpesan kepada Nabi kita s.a.w. supaya sampaikan salam baginda kepada umat Sayidina Muhammad, dan berpesan supaya umat Sayidina Muhammad beramal dengan zikir yang disebutkan oleh baginda.
  • Daripada sahabat Ibnu Mas`ud r.a. telah berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: Saya berjumpa Nabi Ibrahim a.s. malam Israk saya itu, maka Nabi Ibrahim bersabda: "Ya Muhammad sampaikan salam saya kepada umat kamu," ('alaikas salam ayyuhan Nabiyu Ibrahim), dan kamu khabarkan kepada mereka bahawa syurga itu bagus tanahnya, nyaman airnya dan rata luas tanahnya dan tanamannya : subhanaAllah wal hamdulillah wa la ilaha illaAllah wa Allahu Akbar. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam at-Tirmidzi dan katanya hadis ini hasan.
  • Pada hadis ini bahawa Nabi kita mendapat ijazah daripada Sayyidina Ibrahim a.s. yang wafat dalam barzakh dan Nabi kita yang hidup dalam Israk. Jadi kalau ada orang mendapat ijazah daripada Nabi kita dalam Kaabah setelah wafat Nabi kita, tiada boleh diingkarkan (se)bagaimana seorang pemuda dapat ijazah berselawat daripada Nabi kita di dalam Kaabah, (se)bagaimana disebut oleh al-Imam Sufian ath-Thawri yang dibukukan oleh al-Hafiz Abu Nu`im dalam al-Hilyah dan disebutkan oleh al-Muhaddits al-Ghumari dalam kitabnya "an-Nafhatul Ilahiyyah fis sholati 'ala Khairil Bariyyah".......

Ijazah sebegini di sisi sebahagian sufi dinamakan sebagai ijazah barzakhiyyah, juga disebut ijazah uwaisiyyah dan sebagainya. Nak tahu lebih lanjut, kome tanyalah kat para ulama kita yang masih ada kat luar tu, tetapi ingat intan berharga itu tak mudah untuk diperolehi, kome kena rajin cari dengan tulus hati. Bagi sesiapa yang ragu-ragu, eloklah tinggalkan dengan aman tok sah nak buat kecoh. Perkara ini telah pun dibincangkan oleh para ulama yang amilin. Tak malu kat aku tak pa, tapi bagi muka sikitlah kat para ulama tersebut.

7 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum WarahmatulLahi Wabarakatuh.
    Saudara Abu Muhammad, dimana saya bisa dapatkan buku yang saudara paparkan iaitu "Tasawuf dan Tarikat Menurut Pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah" oleh al-'Alimul Allamah Pehin Hj Omar Abdul Aziz? Apakah kantor Mufti Brunei masih memproduksikannya lagi. Pohon bantuan dari saudara. Saya ingin memilikinya karena ianya bersangkutan dengan Auradul Muhammadiah. Wasssalam.

    BalasPadam
  2. Wa 'alaikumus salam wa rahmatullahi wa barakatuhu wa maghfiratuh.

    Cuba saudara contact kantor Mufti atau Kementerian Agamanya. Kalau ngak bisa jugak, sila email ana kat abumuhammad123@yahoo.co.uk

    Dalam buku tersebut terkandung pembelaan Pehin Mufti terhadap Auradul Muhammadiyyah yang banyak salahfahaman dan disalahertikan oleh kebanyakan orang sedikit sebanyak akibat sikap dan perlakuan Jemaah Darul Arqam dahulu. Kalau antum orang Arqam, afwan tapi itulah hakikatnya.

    BalasPadam
  3. kerana nila setitik rosak susu sebelanga. tapi tak pe. sekurang-kurangnya mereka telah mempromosi aurad muhammadiyah. kan abu muhammad telah menyatakan bahawa islam akan dibantu oleh orang yang fasik. hanya gua nak pesan jangan kerana amalan sunat kita tak bertegur sapa. ingat! silaturrahim itu wajib hukumnya. kadang kita too emotional that we try to put aside things that are more important. Concerning Ibnu arabi's issue, seems that we are not existed during his time so it's better to leave this issue to those who have the authority. It is not nice to interrupt something that is beyond our knowledge especially on tasauf experiencer like ibnu arabi.

    BalasPadam
  4. Terimakasih saudara Abu Muhammad. Ana pernah bertemu dengan Shaikh Muhammad Thoha Suhaimi dan pernah mengambil aurad daripadanya. Dan pernah 2x bertemu dengan anakandanya iaitu Ustaz Muhammad Hafidz.
    InsyaAllah, sekurang-kurangnya buku berkenaan bermanfaat pada saya, keluarga dan rakan-rakan kerana ada dikalangan mereka yang menolak dan menghukumkan sesat kerna melihat perlakuan jemaah al-Arqam @ Rufaqa.

    BalasPadam
  5. Ya Abu Muhammad, pabila disebut nama Al-Allamah Al-Ustaz Al-Fadhil Toha Suhaimi, teringat daku tentang Pencak Silat Sunda yg disebut Rasul Dahri dlm bukunya Hukum Wasilah, Tawasul dan Syafaat...

    Apa pendapat sidi?

    BalasPadam
  6. Sidi Burnawi, Ustaz Wan Mohd Shoghir ada tulis dalam satu kertas kerja berjodol "Peranan Ulama dalam Silat" yang dibentangkannya dalam Seminar Ulama Berjiwa Panglima anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, antara lain:-

    "Perlu juga saya sentuh di sini bahawa saya salin terjemahan wirid Syeikh 'Abdus Shamad al-Falimbani di atas kerana yang diperkatakan beliau ada hubung kait dengan persilatan. Bahawa ilmu silat yang pernah saya pelajari adalah melalui tiga jalan, ialah:-
    1. Belajar secara fisik di gelanggang;
    2. Belajar wirid-wirid yang boleh mendatang gerak dengan sendirinya;
    3. Menggabungkan pelajaran fisik dan wirid.

    Silat Sunda boleh dikategorikan dalam 2 dan 3 di atas. Nak tahu lebih lanjut silalah berhubung dengan Persatuan Islam dan Pencak Silat Singapura (PERIPENSIS) yang masih aktif di sana.

    Aku silat pulut ngan silat mulut tahulah.

    BalasPadam
  7. Salam,
    Bahkan Rasulullah sewaktu mi'raj berdialog dengan Nabi Musa mengenai perihal solat 50 waktu, yang kita ketahui ceriteranya, akhirnya menjadi 5 waktu.

    Dan Nabi Musa telah 'wafat' jauh sebelum itu.

    Maka apakah menjadi isu para awliya ullah menerima amalan dari Rasulullah sesudah 'wafatnya' Baginda?

    Sesuatu untuk para Bin Wahab pikirkan.

    BalasPadam