Ikhwah, sempena hari kemerdekaan, mari kita kenangkan tokoh yang digelar sebagai penetap tarikh kemerdekaan, iaitu tok wan Pak Lah, Shohibus Samahah Syaikh 'Abdullah Fahim. Samahah ini bukan sahaja terkenal sebagai ulama dalam tawhid, fiqh dan tasawwuf, tetapi juga menguasai ilmu falak. Inilah antara sebab kenapa beliau dirujuk untuk menetapkan tarikh keramat kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan Inggeris. Begitulah keadaan ulama-ulama kita dahulu, mereka alim dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan. Bukan sahaja ilmu fiqh, ilmu tawhid, ilmu tasawwuf, ilmu faraidh, ilmu-ilmu alat tetapi juga ilmu matematik, astronomi dan falak. Bahkan, tidak kurang yang alim ilmu kimia seperti Tok Syaikh Wan Ahmad al-Fathoni.
Sempena tarikh keramat ini
Tarikh kemerdekaan ibu pertiwi
Mari panjatkan ke hadhrat Ilahi
Permohonan hamba dhoif ini
Untuk kesejahteraan umat dan negara bertuah ini
Biarlah berpanjangan masa silih berganti
Berkekalan di bawah naungan rahmat Ilahi Rabbi
Juga dijadikan negara ini baldatun thoyyibah yang diberkati
Para ulama, pejuang dan penegak yang tulus hati
Hendaknya di kalangan faizin ditempati
Meraih kenikmatan syurga yang abadi
Mendapat syafaat Junjungan Nabi
Aamiin...aamiin ya Rabbal 'Aalamiin bihurmatil Fatihah
Cheeeeewaaaaaaaaaaahhhhhhhh Tuan Abu Muhammadi yang disegani,
BalasPadamSemoga kito samo-samo dapek memerdekakan diri kito yang terperi,
daripado hawo NAFSU yang tek pornah berpuas hati,
yang tak pornah mencukupiiiii....
Mordeka !!! Mordeka !!!
Tuan Abu,
BalasPadamMari kito berdiskusi tajuk IMAM MAHDI, dapek kironyo Tuan bawakkan hadith IMAM MAHDI dan juga PEMUDO BANI TAMIM, nanti esse akan tumpang sekaki ....
Salam
BalasPadammaaf mungkin macam tak betul saluran ini , ana cari email enta tapi macam takde
ana terlepas peluang utk ke kuantan
bila lihat enta ada scan risalah tu , rasa macam nak mintak tlng
boleh scan kan ana kertas2 kerja masa seminar tu dan email pada ana ,
kalau kena bayar pun ana tak kisah sbb ana belajar jauh selasa ni dah nak balik , harap dapat tlng ,
kalau rasa nak delete post ni pun takpe
ni email ana dagang_asing@yahoo.com
jzkk
Encik Dagang masih ado peluang untuk mengikuti seminar sebagaimano di Kuantan tu. akan diadokan di UIA pado 2 dan 3 September. Walaupun dah lambat dan tak daftar lagi, small matter. Datang ajo, nanti boleh kami dapekkan kertas kerjo tu.
BalasPadamNak balik Seloso ni ... sompek layi. Malam ni di Anjung Rahmat ado pertemuan dongan dr Umar Abdullah Kamil dan seorang lagi panel ... den lupo ... silolah ko Anjung Rahmat. Dokek ajoo ... Gombak!
Insya-Allah, nantilah kita usahakan Tuan AbuKajangi.
BalasPadamAkhi Dagang, moh le ke UIA. Kalu tak sempat, email kat ana alamat antum, nanti ana kirim... balasy.
abumuhammad123@yahoo.co.uk
upload kat weblog boleh?
BalasPadamBuleh, no problemo. Weblog kat mana?
BalasPadamtak..., ente upload le kertas2 keje tu kat weblog ente ni... boleh kami baca.
BalasPadamInsya-Allah, buleh tapi banyak le.
BalasPadamAnda dah upload barang 4 muka kat blog baru Nahrus Shofa. Tapi lecehlah, sebab nak upload lambat, nak scanpun makan masa. Tengoklah, tahap kerajinan nanti.
BalasPadamCik Nony, kalau duduk Mesia, bagi je alamat, karang aku kirimkanlah satu dua kertas kerja. Asalkan dengan niat yang baik dan elok selari dengan Sunniyun Syafi`iyyun.
Akhi Abu Muhammad - tolong bagi blink ke blog baru tersebut.
BalasPadamkalau susah gitu tak mengapalah. saya tak ada alamat malaysia...
BalasPadam