Aku postkan di sini dua shighah Sholawat Syifa` atau dikenali juga sebagai Sholawat Thibbiyyah yang masyhur. Dinamakan sedemikian yang membawa erti penawar atau ubat kerana dalamnya terkandung tawassul kita dengan Junjungan Nabi s.a.w. yang diumpamakan sebagai keafiatan bagi segala tubuh dan penawarnya, cahaya bagi segala mata dan sinarnya, makanan bagi segala roh dan santapannya. Imam 'Arif billah Sayyidisy Syaikh Ahmad ash-Showi dalam mensyarahkan makna sholawat ini telah membuat kesimpulan antaranya:-
"Maknanya secara menyeluruh ialah bahawasanya Allah ta`ala menjadikan atas tangan baginda s.a.w. (sebab) untuk menolak kemudaratan yang zahir dan yang batin, yang berupa urusan akhirat maupun urusan dunia, sebagaimana telah dijalankan (dijadikan) atas tangan baginda (sebab bagi) berbagai manfaat. Inilah maknanya tashrif Allah bagi baginda di dunia dan di akhirat, atas batasan yang difirmankan Allah ta`ala pada hak Nabi 'Isa a.s.: "Dan (ingatlah ketika) engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinKu" (surah al-Maaidah:110), maka apa yang tsabit berlaku pada Sayyidina 'Isa a.s., maka ianya juga (harus terjadi atau dijadikan) bagi Junjungan Nabi s.a.w. dengan berlebih lagi."Sholawat ini telah lama beredar dan diamalkan masyarakat Islam, bukan sahaja di rantau kita tetapi juga di benua-benua lain di mana ada umat yang beriman. Diamalkan bukan sahaja oleh masyarakat awam, tetapi juga oleh para ulama ikutan, bahkan mereka menganjurkan pembacaannya untuk ubat hati dan afiat badan dan cahaya mata. Inilah antara kelebihan mengamalkan sholawat yang berkat ini menurut kata ulama kita ("ulama dan protaz mereka" akan menyesatkan bahkan mensyirikkan kita, gasak demelah). Selain memperolehi keutamaan bersholawat, kita akan dilindungi Allah dari penyakit-penyakit, sama ada penyakit hissi maupun penyakit maknawi yang lebih kronik lagi, insya-Allah wa bi idznihi demi kemuliaan Junjungan s.a.w. yang kita sebut-sebut dalam sholawat tersebut sebagai wasilah untuk tujuan itu. Renungilah tulisan Ustaz Abu 'Ali al-Banjari Ahmad Fahmi al-Maliki dalam muqaddimah untuk terjemahannya bagi Qasidah Burdah yang berkat:-
"....Ini bukanlah bererti qasidah Burdah ini yang menyembuhkan penyakit, tetapi yang dimaksudkan ialah apabila disebut-sebutkan sifat dan ketinggian akhlak Rasulullah s.a.w. maka bertambah-tambahlah rasa kecintaan kepada Baginda dan dengan berkat Baginda yang merupakan "ubat hati dan penawarnya, keafiatan badan dan kesembuhannya", maka insya-Allah akan disembuhkan segala macam penyakit."Dan satu kelebihan lagi Sholawat ini ialah sebagaimana apa dikatakan oleh Tok Syaikh Wan Ahmad al-Fathani:-
"Dan setengah daripadanya ini shighah (yakni shighah Sholawat Syifa`) yang amat baik, sayogia dijadikan penawar bagi segala isim dan dzikir yang panas-panas."Posting ini aku berhenti kat sini, nak tahu bab isim dan dzikir yang panas nantilah dulu, man-man insya-Allah ada rezeki aku buat posting lain, kalau tak sabar pergilah mengaji dengan tok-tok guru yang ramai di luar sana. Yang kat Kelantan, bolehlah duduk mengaji antaranya dengan Tuan Guru Haji 'Abdullah Haji 'Abdur Rahman, Lubok Tapah (moga Allah lanjutkan usianya), insya-Allah, beliau arif berhubung persoalan ini. Bagi yang tak arif, jangan melenting dahulu, ingat ilmu itu luas dan bukan sekadar pengetahuan kita sahaja.
اللهم صل و سلم على سيدنا محمد و على آله و أصحابه
boleh syeikh terangkan berkenaan syeikh yusuf al qaradhawy. adakah dia adalah seorang salafi/wahabi? ini adalah kerana fatwa fatwa yang dikeluarkannya adalah sangat mirip dengan fatwa fatwa puak wahabi/salafi lebih lebih lagi kehalalan memakan sembelihan ahli kitab. terima kasih diucapkan. wassalam
BalasPadamSyaikh Yusuf al-Qardhawi adalah seorang ulama seperti juga Syaikh Ibnu Taimiyyah dan lain-lain. Beliau dalam karangan-karangannya mengakui bahawa beliau tidaklah terikat dengan mana-mana satu mazhab tertentu. Oleh itu, jelas fatwa yang dikeluarkannya bukanlah satu aqwal daripada mazhab Syafi`i atau mazhab lainnya. Oleh itu, adalah tidak wajar jika seseorang bermazhab Syafi`i bertanya dan kita jawab menurut kata al-Qardhawi tanpa memperhatikan aqwal yang ada daripada kalangan ulama mazhab itu sendiri.
BalasPadamMemang ada yang mengatakan bahawa beliau adalah wahhabi fi darajatil ula, Allahu a'laam, tetapi segelintir puak Wahhabi juga tidak menerima dalam kelompok mereka dan mengkritiknya dengan keras.
Ambo tak faham apa yang difatwakannya tentang sembelihan ahli kitab, tetapi yang jelas dalam mazhab kita pun menghalalkan sembelihan ahli kitab (yakni yang betul-betul ahli kitab maksudnya).
Abe,
BalasPadamuntuk entry2 yang berkisar zikir/selawat ni kan, boleh tak huraikan sekali apa yang patut kita tafakkur ketika berzikir/selawat?
maksod ana - apa yang patut bermain dalam minda untuk tiap2 zikir itu.
BalasPadamaslmkum.. to aki setuju bebenor ngan penjelasan ust.abu muhammad tu.. mmng le patutnye dema yg muda muda ni jangan le taqlid je ngan apeee,,keedawi tu ..ha.. ade to aki tebaca dlm buku dia.. halal dan haram dlm islam.. ade ke sembelih pakai pisau letrik halal makan ,tak yah oghang ... ish, ish ,, to aki tak peghonah mendongar gitu..tuan-tuan guru meren besurah..
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamterima kasih atas jawapan diatas. berkenaan fatwanya syeikh yusuf qordhowi itu saya ada membacanya dan disini saya sertakan reference and i quote directly his statement from that kitab:
Dalam menganalisa persoalan ini penulis mengutip penerangan Prof. Dr. Yusuf Qardhawi yang telah berkata: Apa sahaja kaedah sembelihan yang dikatakan sebagai halal oleh kaum Ahli Kitab adalah juga halal bagi kita sekalipun kaedah sembelihan mereka berlainan dengan kaedah sembelihan kita. Dan apa sahaja kaedah sembelihan yang dikatakan haram oleh mereka maka kita juga menerima keharamannya (iaitu dengan tidak memakannya). Apabila mereka kaum Ahli Kitab melakukan penyembelihan, mereka menyembelih dengan tujuan agar sembelihan mereka itu adalah halal dijadikan sebagai makanan mengikut syarat-syarat agama mereka. Ini adalah merupakan hujah pendapat sebahagian dari para fuqaha Mazhab Maliki.
Dari keterangan ini, maka dapat kita yakini bahawa daging-daging yang dimpot dari negara-negara Ahli Kitab seperti ayam dan lembu adalah halal untuk kita makan sekalipun ada kemungkinan bahawa ia telah disembelih dengan menggunakan kejutan elektrik atau apa-apa yang seumpama. Asalkan sahaja mereka kaum Ahli Kitab berpendapat bahawa kaedah ini adalah halal menurut syari'at agama mereka maka ia juga adalah halal untuk kita. Inilah sebenarnya maksud tujuan surah al-Maidah yang telah menghalalkan sembelihan mereka( Prof. Dr. Yusuf Qardhawi -Halal and Haram in Islam, pg 62).
Satu lagi di dalam fatwa al mu'asirah (Prof. Dr. Yusuf Qardhawi - Hadyu Islam: Fatwa al-Mua'shirah, ms 812)----> Yang tidak kita ketahui tidak kita tanyakan dan kita tidak perlu bertanya mengenai sesuatu yang bukan urusan kita. Hanya sahaja apabila kita ketahui bahawa makanan tersebut berasal dari orang Ahli Kitab maka pada saat kita hendak memakannya kita sebut sahaja nama Allah.
Diharapkan maklumat ini dapat memberikan clearer view about his opinion regarding the slaughter of people of the book (ahl kitab).
Mana negeri ahli kitab, la ni yang ramai bukan ahli kitab tetapi ahlul kutub
BalasPadamassalamualaikum,
BalasPadamaih jangan la marah syeikh.. ana cuma quote apa drpd bukunya sahaja. ana pun setuju dengan pendapat dia.jangan marah nanti bak kata p ramlee dalam tiga abdul "kalau marah nanti kena jual". hehehe.
assalamualaikum,
BalasPadamsilap taip lagi. pembetulan: tak setuju!
Cik Nony, siapa yang marah, cik nony perasan kot..
BalasPadam