Ikhwah, masyhur di sisi awam bahawa bulan Sya`baan ini adalah bulan Junjungan Nabi s.a.w. Antara keistimewaannya sehingga dikatakan sedemikian adalah kerana dalam bulan inilah turunnya ayat 56 surah al-Ahzab yang masyhur memperikan kemuliaan Junjungan sehingga dikatakan Allah s.w.t. dan para malaikatNya bersholawat ke atas Junjungan s.a.w. Dan dalam ayat tersebut umat beriman turut diperintahkan untuk bersholawat serta mengucapkan salam ke atas Junjungan s.a.w. Imam Ibnu ash-Shoif al-Yamani menyatakan:- "Bahawasanya bulan Sya'baan adalah bulan sholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. kerana ayat "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya bersholawat ke atas Nabi, wahai orang-orang beriman bersholawatlah kamu ke atas baginda dan ucapkanlah salam kesejahteraan" diturunkan dalam bulan ini. Inilah juga pernyataan ramai ulama sebagaimana disebut oleh Imam al-Qasthalani. Oleh itu, mari kita perbanyakkan lagi wirid sholawat kita ke atas Junjungan s.a.w. dan kita pertingkatkan lagi pengamalan sunnah Junjungan s.a.w. dalam kehidupan kita sehari-hari. Antara kelebihan dan kemuliaan amalan bersholawat adalah sebagaimana dinyatakan oleh Imam Ibnu Farhun al-Qurthubi:-
- Ketahuilah bahawasanya pada sholawat atas Junjungan Nabi s.a.w. itu ada 10 kekeramatan (kemuliaan):-
- memperolehi sholawat Malikul Jabbar;
- mendapat syafaat Nabiyul Mukhtar;
- mengikut akan Malaaikatul Abraar;
- menyalahi akan munaafiqiin dan kuffaar;
- menghapuskan khothooyaa dan awzaar (dosa dan kesalahan);
- membantu menyampai hawaaij dan awthaar (segala hajat);
- menyinari akan dzawaahir dan israar (cahaya zahir dan bathin);
- keselamatan dari darul bawaar (neraka);
- dapat masuk ke darul qaraar ( syurga );
- mendapat salam Tuhan ar-Rahiim al-Ghaffaar.
Allahumma sholli wa sallim 'ala Sayyidina Muhammad
wa 'ala alihi wa ashhaabih.
Surah Al Ahzab ayat 52 tu tak ada sebut pasal selawat pun ?
BalasPadamMaaf tersilap, bukan 52 tapi 56. Jangan mare, al-insan mahallul khata` wan nisyan. Syukran lak.
BalasPadam