Waktu kecik-kecik dahulu, aku diajar dengan beberapa bacaan untuk diamalkan sebelum tidur. Bacaan-bacaan tersebut dinukilkan daripada kitab tok-nenek dahulu, kitab yang masyhur, di mana rata-rata golongan tua dahulu mengenali dan memilikinya. Kitabnya tak lain tak bukan kitab "Perukunan" dikenali juga sebagai "Perukunan Besar" karangan Syaikh Abdur Rasyid Banjar. Dalam kitab itu disebut sekali akan kaifiat dan kelebihannya, dan tidaklah aku ketahui akan sumber darjat riwayatnya itu. Tetapi bagiku, bacaan-bacaan tersebut tidaklah menjadi kesalahan atau bid`ah dholalah untuk diamalkan kerana semua bacaan - bacaan tersebut adalah tsabit pada syarak, cuma kelebihan yang dinyatakan dan waktu atau kaifiyat bacaannya sahaja yang mungkin kita yang jahil ini tidak tahu samada ianya warid daripada Junjungan s.a.w. dalam rupa bentuknya tersebut. Oleh itu jika kita dituntut untuk berhusnudz dzan, maka husnudz dzan terhadap ulama terdahulu terlebihlah wajar. Tujuan aku nukilkan di sini bukanlah untuk meninggalkan riwayat-riwayat yang shohih berkenaan doa, wirid dan zikir tidur sebagaimana diketahui umum dalam banyak hadits seperti riwayat Imam al-Bukhari berkenaan Ayatul Kursiy yang jika dibaca tatkala hendak tidur dipelihara kita daripada syaitan hingga ke pagi atau hadis berhubung tasbih Siti Fathimah r.anha atau hadits Imam at-Tirmidzi yang menyatakan apabila seseorang hendak tidur lalu membaca istighfar 3 kali nescaya diampunkan akan dosa kesalahannya walaupun sebanyak buih lautan, sebanyak bintang-bintang atau dedaun pohonan, sebanyak pasir halus dan sebanyak bilangan hari dunia. Kunukilkan di sini sekadar untuk dijadikan amalan tambahan bagi sesiapa yang berkehendak, sesiapa yang tidak mahu maka tidaklah ada apa-apa paksaan, kerana kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah memang terkenal dengan sikap tasamuh yang tinggi sesama ahli kalimah "La ilaha illa Allah". Oleh itu, harap jangan ada yang nak bercekak ngan aku dalam apa yang hendak kusampaikan, kerana kalau ada yang cekak, aku pun cekak, bila sama-sama cekak maka tidaklah boleh berlawan lagi sebab satu perguruan, terpaksalah guna buah 6 tolak 6. Tapi la ni dah timbul 2 cekak pulak, satu cekak Hanafi lagi satu cekak Syafi`i, kot. Eh, melalut pulak aku dalam arena seni pertahanan diri cekak mencekak ni (p/s - aku melawak je, jadi ahli cekak tak kiralah dari kumpulan mana, jangan marah nooo sebab aku dulu pun cekak jugak).
Berbalik kepada kitab "Perukunan" maka tersebutlah pada mukasurat 25 - 26 demikian itu kitab begini bunyinya: "Sabda Rasulullah s.a.w. kepada sahabat:-Barangsiapa hendak tidur, jika belum membaca Quran 30 juzuk, jangan engkau tidur, maka baca olehmu akan Fatihah 3 kali maka serasa membaca Quran 30 juzuk. Barangsiapa hendak tidur jika belum perang sabilillah jangan engkau tidur, maka baca olehmu قل هو الله احد (al-Ikhlash) 3 kali maka serasa perang sabilillah. Barangsiapa hendak tidur jika belum memerdekakan hamba 40 orang jangan engkau tidur, maka baca olehmu sholawat 3 kali maka serasa memerdekakan hamba 40 orang. Maka barangsiapa hendak tidur jika belum memberi makanan segala mukminin maka jangan engkau tidur, maka baca olehmu Allahummagh fir lil mu`miniina wal mu`minaat wal muslimiina wal muslimaat 3 kali maka serasa memberi makanan segala mukminin. Barangsiapa hendak tidur jika belum naik haji jangan engkau tidur, maka baca olehmu akan SubhanAllah walhamdulillah wa la ilaha illaAllah wa Allahu Akbar 3 kali maka serasa naik haji."
Begitulah, keterangan dalam kitab "Perukunan", dan pernah juga aku terjumpa dalam kitab lain riwayat yang sedikit berbeza di mana Junjungan s.a.w. diriwayatkan bersabda kepada Siti 'Aisyah r.anha ketika hendak tidur, "Wahai 'Aisyah, jangan engkau tidur sebelum mengkhatamkan al-Quran, menjadikan para nabi mensyafaatimu kelak di hari kiamat, menjadikan semua orang Islam meredhaimu dan sebelum engkau mengerjakan haji dan umrah." Siti Aisyah r.a. bertanya kepada Junjungan s.a.w.: "Ya RasulAllah, ayah dan ibuku menjadi tebusanmu, apa yang engkau perintahkan aku lakukan empat perkara tersebut dalam waktu itu tidaklah dapat aku laksanakan." Junjungan s.a.w. tersenyum dan menyatakan:- "Apabila engkau membaca suratul Ikhlas 3 kali, maka seolah-olah engkau mengkhatamkan al-Quran, apabila engkau membaca sholawat kepadaku dan ke atas para nabi maka kami akan mensyafaatimu pada hari kiamat, apabila engkau beristighfar untuk sekalian orang mukmin, maka telah redhalah mereka akan dikau, dan apabila engkau membaca SubhanaAllah wal hamdulillah wa la ilaha illaAllah wa Allahu Akbar, maka seolah-olah engkau berhaji dan berumrah.
Begitulah ikhwah, antara amalan yang disebut dalam kitab-kitab ulama dahulu. Sekadar untuk tatapan kalian, dan jika yang hendak memakainya, silalah, sesiapa yang tidak mahu, maka silalah jugak, yang penting jangan sampai tidur bersila, karang lenguh pinggang dan lutut.
اللهم اغفر للمؤمنين و المؤمنات و المسلمين و المسلمات
سبحان الله و الحمد لله و لا إله إلا الله و الله أكبر
باسمك اللهم احيا و اموت
Naskhah Pusaka "Kitab Perukunan".
Terima kasih saudara Abu Muhammad, memang sangat bagus tulisan saudara ini
BalasPadamSalam,
BalasPadamJika tidak salah, Rasulallah ada mengatakan bahawa membaca ayat 'Aamanar rasul' (hingga akhir Surah Baqarah) sblm tidur, dan yang tidur tiada bangun bertahajjud, maka bacaan itu adalah seumpama amal bangun tahajjud.
Mohon di check. Maaf kalau bahasanya tunggang langgang.
Akhina Syahir, betul ada hadits yang menyatakan 2 ayat terakhir surah al-baqarah sesiap baca pada malam hari maka mencukupilah baginya. hadits ini riwayat syaikhan. Cuma ulama khilaf dalam memberi makna kalimah "kafataahu" ada yang memberi makna seperti yang saudara nyatakan dan ada yang memberi makna bahawa sudah cukup perlindungan bagi si pembaca. Insya-Allah, ada masa kita buat posting dengan nukilan daripada ulama kita yang 'amilin lagi mukhlishin.
BalasPadamASM
BalasPadamKalau tak silap saya dlm "kitab perukunan solat" tu semasa saya baca zaman bebudak kat kg dulu, ada disebut dlm kitab tersebut tentang ubat demam. Di sebut di situ tangkal utk segala demam, dibaca sepotong ayat alQuran dari surah ar-ra'd kalau tak silap..bermula dari "walau anna quran..." dibaca kpd benang kemudian dililit di lengan.
Apa pandangan Tuan Sidi, adakah kaedah menjampi benang dgn ayat² alQuran kemudian diikat dilengan utk tujuan ubat demam tu harus atau tidak? TQ
Salam, betul kaifiat berubat dengan cara demikian memang ada disebut oleh beberapa ulama.
BalasPadamBagi kita tiadalah apa-apa masalah jika sebagai satu ikhtiar berubat bertabarruk dengan al-Quran. Bukankah telah dinyatakan bahawa ada sahabat yang disuruh Junjungan mengajari satu zikir ta`awwudz untuk diamalkan diri dan keluarganya serta anak-anaknya, manakala bagi anak-anak yang belum bisa membacanya disuruh pula agar ianya ditulis dan gantung dileher mereka.