Telah dilantik menjadi mufti
Bertakhta di Indera Kayangan negeri
Heboh pengikut anak didik serta kroni
Memukul canang memalu tabuh serata negeri
Lihat orang muda kami jadi mufti negeri
Mufti paling ganteng seantero negeri
Awas kalian pengaruh kami mula berdiri
Tapi, janganlah lupa wahai saudara saudari
Orang muda bukan hanya Asri
Di luar sana masih ramai lagi
Yang muda yang alim berilmu tinggi
Lagi berakhlak tak suka menonjol diri
Apatah lagi hendak meninggi diri
Fasih sekali membaca dan memahami
Kitab gondol karangan ulama bistari
Tak kurang yang bijak mengarang dan mentafsiri
Bukan hanya seorang Asri
Oleh itu jangan kamu terlebih bangga
Ingat jawatan diberi ujian semata
Sejauhmana kata dikota
Jangan hanya tahu menyerang khilafiyyah yang nyata
Hanya tahu membid`ah mengata
Sedangkan haram nyata
Dipejam mata
Ingat wahai Asri si orang muda
Dalam politik hendaklah waspada
Jangan kamu ditunggang si ahli politik tua
Kerana hendak terus mengekal kuasa
Ingat kamu Mufti di sana
Jadi fatwanya kamu yang memfatwa
Bukannya ahli politik yang besar cita
Harap jangan tersinggung dengan madah ku ini
Kalau merapu, kamu sapulah ke tepi
Kalau ada yang baik barang seinci
Ambillah dengan senang hati
Jadilah mufti terhebat di negeri
Telaahlah kitab dengan hati-hati
Jangan berpada hanya dengan Albani dan al-Harrani
Ditambah dua tiga daripada Qardhawi dan ulama Saudi
Kasihanlah pada kami orang awam yang jahil ini
Jahil-jahil pun kami masih saudaramu penganut Islam yang suci
Mana yang khilafiyyah berlapanglah hati
Janganlah dihentam habis-habisan dan dikasari
Jika tidak serasi dengan pegangan diri
Berlalulah pergi tanpa menyakitkan hati
Akhirul kalam, kuhulurkan tangan
Buat Asri dan ikhwah yang sudi menatap karangan
Salam persaudaraan seagama dan satu Tuhan
Berbeza pendapat bukan ertinya bermusuhan
Cuma satu harapanku dari kalian
Para ulama terdahulu jangan mudah diperlekehkan
Itu bagiku pantang perguruan
Melanggar pantang akibatnya ketulahan
Ikhwah, aku tak reti nak bermadah dan berpuisi selain daripada menjadi tukang karut, harap-harap isinya tak mengarut, kerana kalau mengarut, takut-takut kenak parut... hehehe.
Bukan apa, sahaja nak release tension, kerja banyak tak kunjung selesai. Coretan di atas, yang entahlah aku sendiri tak tahu nak sebut apa, sebab aku bukan ahli sastera, tidak seperti Faisal Tehrani, tapi biarlah aku buta sastera, asalkan aku tahu kebenaran Sunni berbanding Syiah dan Wahhabi, aku tulis saja-saja je sebagai menyahut seruan Zain Y.S. untuk mendiskusikan artikel "Mufti termuda dari USM", aku nak buat kat laman depa, depa tak bagi. Jadi aku buatlah kat sini, sesiapa yang nak baca-bacalah, kalau tak emboh, tak payahlah baca, pejam mata saja.
Alhamdulillah, ramai anak muda yang berilmu di luar sana, cuma mungkin kita tidak tahu ramai sebab kurang promosi (bak kata akhie Tawel, promosi pun penting, weh Tawel mari beri promosi pada ulama-ulama kita, baik yang tua maupun yang muda, blog ambo ini tak payahlah promosi, karang tambah poning kepalo den). Antara yang diketahui ramai especially dalam dunia siber agama di Malaysia ini ialah Dr. MAZA ( Dr. ini bukannya doktor dR. Sam, bukan jugak doktor medical dan bukan juga doktor ayam, tapi doktor Phd. UIA kasi, kalau aku tak silaplah).
Selain Dr. MAZA, sesekali muncul nama Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaludin ar-Rembawi yang sebenarnya tidak kurang sedikit pun daripada MAZA. Masih berusia muda, lebih kurang lingkungan usia MAZA jugak. Hasil tulisan dan terjemahannya telah mencapai lebih 115 buah dalam pelbagai disiplin ilmu agama termasuk 12 karangan berbahasa 'Arab yang diterbitkan di Mesir. Sejak tahun 2003, beliau telah dilantik menjadi ahli majlis fatwa Negeri Sembilan selain mengurus sebuah Madrasah dan Darul Aitam di Kampung Bukit Sembilan, Chengkau. Atas usaha ilmu dan dakwahnya, dia telah menerima Anugerah Khas Maal Hijrah Negeri Sembilan, 1427H. Tetapi promosi mengenai Syaikh Fuad ini masih tak sehebat promosi yang diberikan kepada MAZA. Anak-anak murid MAZA hebat dalam mempromosikan diri MAZA. Aku salute kat mereka dalam bab ini. Mana anak-anak murid Syaikh Fuad, tolonglah buatkan satu website ke atau setidak-tidaknya blog sebagai upaya menyebar ilmu dan dakwah Syaikh Fuad, agar kami yang jahil yang duduk jauh ini dapat manfaatnya. Dan biarlah website atau blognya itu aktif, bukan hanya sekadar nama website atau blog....betul tak Tawel (maaplah Tawel, dah nama mu sahaja yang mudah aku ingat, hope you don't mind). Aku tahu kewujudan laman web Yayasan Sofa, tapi kurang aktif dan jarang dikemaskini. Harap selalulah dikemaskini dengan ilmu dan maklumat yang bermanfaat.
Bagi MAZA, Fuad Kamaludin dan lain-lain orang muda di luar sana, doaku agar Allah menjadikan kalian pembela Islam yang sebenar yang membawa umat ke arah kecemerlangan dan perpaduan utuh, bukan kepada perpecahan dan kehinaan demi mencari populariti pribadi. Jangan lupa menghargai jasa orang tua, ingatlah satu ketika kita pun, insya-Allah, akan menjejaki usia tua.

**************************************

****************************
Rakaman qashidah dalam majlis rohah Buya al-Maliki di tempat muridnya Ustaz Muhammad Fuad al-Rembawi al-Maliki di Rembau sempena lawatan beliau ke Malaysia.
Kalau promosi para ulama kita di blog, dan tak promote pula blog tu, rasa tak menjadi pula usaha tu nanti brother abumuhammad. Antara sebab mengapa umat Islam seolah-olah melihat ulama besar dunia hari ini adalah Sheikh Yusuf Qardawi seorang sahaja, adalah kerana promosi besar-besaran media, terutamanya dari IslamOnline.net.
BalasPadamBukan menidakkan kealiman beliau, cuma kita umat Islam ni perlu sedar yang ulama kontemporari hari ni bukan Qardawi seorang sahaja. Dan bagi para ulama yang telah meninggalkan kita, mereka bukan setakat Ibnu Taimiyyah, Bin Baz, Albani, dan yang sewaktu.
Promosi itu sebahagian dari dakwah :p
Betul ambo setuju, dengan kamu. Ulama kat luar tu, masya-Allah, punyalah ramai. Contohnya, tok-tok guru pondok, Allahu..Allah, ilmunya tinggi, ilmu alatnya kemas, tapi hanya 2 tiga kerat je yang kenal.
BalasPadamComments moderation ni ambo buat untuk bendungkan mujadalah dan kata-kata yang tak sewajarnya diletakkan dalam blog ni. Ambo tak larat nak layan mujadalah, dah tua dah.
saya sudi untuk memperjuangkan kedudukan ulama kita. saya akan beri komitmen sepenuhnya untuk promosi ulama kita.
BalasPadamtapi...
sedih..sbb saya takde guru nak jadikan saya murid.(hehe)
hanya encik google dan encik wikipedia saja yg ada di depan mata saya.
saya dah search td...tak jumpa link ustaz fuad.sedih..
Kalau web Shaikh Fuad, setahu saya tiada, cuma yang saya jumpa adalah web untuk Yayasan Sofa. Linknya disini
BalasPadamhttp://yayasansofa.org/
Saya cadangkan Sidi Abu buat muzakarah soaljawab dalam bentuk yahoogroup. Macam Us Zaharuddin atau puak Fikrah (web Salafi-Wahabi) tu. InsyaAllah ramai yang mendapat manfaat, karena web 'kaum tua' di internet dalam BM tak banyak.
Pendekatan 'kaum tua'adalah dengan cara mengaji, bertalaqqi. Walaubagaimanapun ana rasa Sidi Abu boleh mengendalikan muzakarah di Yahoogroup agar lebih ramai dapat manfaat ilmu 'kaum tua' yang merujuk kepada ulama-ulama serta kitab-kitab mu'tabar dalam memahami sesuatu permasalahan. Tidak seperti 'kaum muda' - asal dapat ayat atau hadits terus menghukum. Silakan Sidi Abu.
BalasPadamjangan la panggil ilmu 'kaum tua' dah.. kita panggil ilmu ahlus sunnah wal jamaah la.. atau sunni syafiiyun ke..
BalasPadamRasanya janganlah kita cenderong utk mempromosikan alim ulama.Sebaliknya promosikan(sebarkan) ilmu yang disampaikan oleh alim ulama.Kerana biasanya alim ulama itu sendiri tidak minta dirinya dipopularkan.Cukuplah hanya ajaran islam itu disampaikan kpd insan lain...Kita yang buat salah,najisnya terpercik ke muka alim ulama...
BalasPadamMohon maaf atas kejahilan ana dalam mengguna istilah. Maklum sajalah ... zaman ana dulu perkara ni agak hebat juga pertembungannya.Maka dah terbiasa lagu tu.
BalasPadamSitu kome silap syahid zul, memang ulama sebenar tak mintak dipromote, kitalah yang kena habaq siapa mereka. Supaya orang tahu mana datang susur galur ilmu islam mereka.
BalasPadamkalau bukan ulama siapa yang sampaikan ajaran islam tu pada kita.
Kalau kome buat thesis pun mu kena bagi recognition kpd sumber ambilan kamu.
Lihat ulama besar seperti Imam Subki, dok karang berjilid-jilid Tabaqat untuk perkenalkan para ulama Syafi`i, macam itu juga dengan karangan-karangan manaqib yang dok ada.
Kami tak nak jadi macam kome, ambik ajaran tapi tak tahu nak terima kasih kepada orang yang sampaikan ajaran tu pada kome.
Kami tak emboh, sifat macam kamu tu.Anjing pun tahu kenal budi, inikan pulak Melayu Sunni Syafi`i.
Syahid Zul, kamu ingat Islam tu datang Allah campak kat muka kamu ke?
BalasPadamKamu tahu tak, ingat pada para ulama itu bawak kita ingat kepada Islam dan kepada ALlah dan Junjungan Nabi s.a.w.
Kamu yang buat salah sebab kamu tak kenal ulama dan tidak ikut ajaran ulama. Kamu ikut kepala otak kamu dengan sangkaan kamu dah sama cam ulama gak.
BalasPadamsaja nak tambah..sebenarnya sangat bagus wujudnya org alim2@mufti yg thiqah yg muda...Namanya Nikmat dr Allah...tapi jika tidak alim dan tidak thiqah seperti yg wujud ketika ini...Namanya Bala dari Allah...
BalasPadamKalau kita kembali zaman para Ulamak2 yg Muktabar, kebanyakan mereka sejak diusia yg muda lg sudah menjadi sumber rujukan@Mufti. Mereka sangat Ta'ammuq(Mendalami) dlm pelbagai bidang Ilmu Agama dan juga Ilmu2 lain dr itu bersertakan Akhlaq,peribadi yg luhur,Amanah dgn Ilmu...
Kalau kita lihat zaman sekarang. Ulamak2(xlayak panggil Ulamak pun) yg dikatakan Muktabar oleh sesetengah yg jahil menilai. Menjadi sumber rujukan, TETAPI Ilmunya sgt2 cetek,Akhlaq sudah di ketepikan, Bongkak, Tidak Ada Amanah langsung terhadap Ilmu. Malahan sanggup memandang rendah Ulamak2 terdahulu yg banyak memberikan sumbangan terhadap penyebaran Agama(Dakwah) Islam. Ulamak Muda Sekarang apa mereka buat???
1) Bagi Fatawa ikut siapa nak fatwa.
2) Sibuk memperlecehkan Ulamak2 Muktabar Terdahulu
3) Sibuk nak Tajdid masyarakat(kononnya ajaran/amalan kita ini tidak bertepatan dengan Al-Quran dan As-sunnah).
4) Hidup Mewah
5) Zuhud itu tak penting lagi.Sbb kena Fakhr(berbangga-bangga pd org kafir,"alasan saja")
6)Sibuk buat Phd.(cedok sana sini,pastu kata mereka buat research,kemudian kata mereka punya khulashah,padahal itu semua kalam Ulamak2)
7)Banyak lg yg pelik2....
wahai ikhwah bijak bistari
BalasPadamhendaklah ada malu pada diri
jangan disamakan atau dikiasi
orang sekarang ini hatta si mufti
dengan para ulama kita yang dini
Imamuna Syafi`i
Umur 15 menurut yang dikhabari
Di Makkah Musyarrafah menjadi mufti
hendak disamakankan Imam ini
Dengan ulama la ni
Ilmu itu cahaya hati
bercahaya hati akhlakpun tinggi
bukan hanya jidal debat diketahui
Itulah buah ilmu haqiqi
Pertama: "Permulaan bulan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan dan terakhirnya adalah pembebasan dari (siksa) naraka" (Hadits Munkar)
BalasPadam(Lihat, Kitab adhDhu`afa, oleh al'Uqailiy, 2/162; al-Kamil Fi Dhu'afa ar-Rijal, oleh Ibnu `Adiy, 1/165; Ilal alHadits, oleh Ibnu Abi Hatim, 1/246; Silsilah alAhadits adhDha'ifah wa alMaudhu`ah, oleh alAlbaniy, 2/262; 4/70)
Tuan Abumuhd,adakah benar kenyataan di atas ini?Ana belum pernah dgr lagi mengenai kemungkarang hadis ini..
Abaikan Albani,kalau boleh ana ingin tahu pendapat muhaddithin yg lain mengenai taraf hadis ini..syukran inshallah.. :)
Cik Siti, hadits munkar itu satu jenis hadits dhoif. Jangan kelirukan kalimah munkar itu dengan kemungkaran. Lawan hadits munkar itu ialah hadits ma'ruf. Jadi hadits munkar itu bukanlah hadits maudhu` kerana ianya memang ada sanad cuma sanadnya dhoif atas beberapa sebab. Antara yang meriwayatkan hadits ini ialah Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi.
BalasPadamWalaupun ada yang mendhoifkan hadits Ramadhan tadi, tapi kalau kita lihat, hadits tersebut tidak membawa apa-apa hukum, tapi hanya sebagai khabar sahaja, yakni cerita mengenai kelebihan Ramadhan sahaja.
Justru para ulama menaqalkan hadits tersebut dalam kitab-kitab mereka, sebagai menceritakan kelebihan semata-mata, tapi menyangkut persoalan hukum.
Imam al-Haddad telah menukilkan hadits ini dalam kitab Nashoihnya.
Berhubung takhrij hadits ini, insya-Allah, lain masa ambo buat.
silap ..."tanpa menyangkut hukum"
BalasPadamAssalamu'alaikum
BalasPadamSaya setuju perbanyakkan blog atau kalau boleh a proper website mengenai kaum tua seperti Sheikh Muhammad Yusof (Tok Kenali),Tokku Paloh (Sayyid Abdul Rahman),Al-Arif Ar-Rabbani (InsyaAllah) Sheikh Daud Al-Fathani, Sheikh Muhammad Arsyad Al-Banjari,Sheikh Muhammad Sa'id Al-Linggi,Sheikh Muhammad Nur Al-Khalidi (Sg.Cincin,Gombak) dan ramai lagi
Saudara selalulah poskan perkara yg mendidik kita menagkis tanggapan wahabi yg tidak kena dgn apa sebenarnya initpati akidah yang kita amalkan.Saya sudah linkkan blog saudara dgn blog saya
BalasPadamsalam.
BalasPadamjika pasal yayasan sofa. ni link ke blognya
http://yayasansofa.blogsome.com/
dan ke laman webnya
http://yayasansofa.com/y/index.php
dan bukan lagi di http://yayasansofa.org/www/
laman web tersebut (yang baru) masih kurang aktif kerana kurangnya kakitangan untuk memantau laman tersebut tetapi blog lebih mudah (untuk masa sekarang) untuk diselia.
doakan agar kami pada masa akan datang dapat menyelia laman tersebut dengan lebih baik.
dan dapat memasukkan info dan ilmu yang dapat menambahkan lagi ilmu kerana ilmu Allah itu maha luas dan tiada tepinya