Tuan Guru Haji Wan Shoghir bin Wan Abdullah al-Fathani, adalah cucu kepada Tok Syaikh Wan Ahmad al-Fathani. Beliau adalah seorang yang mahir lagi arif mengenai sejarah dan perjuangan para ulama kita di sebelah Nusantara ini. Beliau banyak mengkaji berbagai kitab dan manuskrip lama karangan ulama kita terdahulu serta berjuang untuk menyebarluaskan isi kandungannya yang berupa ilmu bermanfaat kepada umat rantau ini. Beliau juga banyak menulis dan mengarang berbagai tulisan ilmiyyah dan biografi ulama silam. Aku dimaklumkan bahawa pada hari Ahad, 28 Januari, 2007, beliau telah mendapat serangan "stroke". Oleh itu sudilah kiranya para ikhwah yang membaca coretanku ini dengan seberapa ikhlas yang boleh, memanjatkan permohonan kepada Ilahi Rabbi agar beliau diberikan kesembuhan, kesihatan dan ke'afiatan serta juga dikurniakan tambahan umur yang berkat demi meneruskan perjuangan beliau selama ini. Al-Fatihah 'ala niyyatisy syifa` wa qabuulid du`a'.
Rabu, Januari 31, 2007
Habib 'Abdullah BalFaqih
Habib 'Abdullah bin 'Abdul Qadir bin Ahmad BalFaqih @ BilFagih al-'Alawi adalah ulama yang masyhur alim dalam ilmu hadits. Beliau menggantikan ayahandanya Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad BalFaqih sebagai penerus mengasuh dan memimpin pesantren yang diasaskan ayahandanya tersebut pada 12 Rabi`ul Awwal 1364 / 12 Februari 1945 di Kota Malang, Jawa Timur. Pesantren yang terkenal dengan nama Pondok Pesantren Darul Hadits al-Faqihiyyah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Pesantren ini telah melahirkan ramai ulama yang kemudiannya bertebaran di segenap pelusuk Nusantara. Sebahagiannya telah menurut jejak langkah guru mereka dengan membuka pesantren-pesantren demi menyiarkan dakwah dan ilmu, antaranya ialah Habib Ahmad al-Habsyi (PP ar-Riyadh, Palembang), Habib Muhammad Ba'Abud (PP Darun Nasyi-in, Lawang), Kiyai Haji 'Alawi Muhammad (PP at-Taroqy, Sampang, Madura) dan ramai lagi.
Madad Ya Bu Zainil 'Abidin
Alhamdulillah, berkesempatan nak buat update. Sempena 10 Muharram telah berlalu, biarlah ku tulis sedikit berhubung Sayyidusy Syabab Ahlil Jannah, Syahidul Karbala`, Abu Ali Zainil 'Abidin Imam Husain r.a. Ketika hari 'asyura` disambut sebagai hari kemenangan dan keselamatan para nabi 'alaihimus sholatu was salam, ianya dinodai dengan peristiwa berdarah yang telah meragut nyawa cucu kesayangan Junjungan Nabi s.a.w. Setiap muslim yang beriman mesti dan wajib mencintai keluarga Junjungan s.a.w., lebih-lebih lagi cucu baginda Imam Hasan r.a. dan Imam Husain r.a. Padang Karbala`, yang setengah riwayat menyatakan bahawa Junjungan s.a.w. pernah mencium tanahnya yang dibawa malaikat kepada baginda, lalu baginda menyatakan: "Baunya karab / kurab (kesedihan) dan bala` (bencana)", pada tanggal 'asyura` menyaksikan pembantaian Imam Husain dan ahli keluarganya oleh tangan-tangan para durjana yang tega hati mereka menzalimi dan membunuh cucu kesayangan Junjungan Nabi s.a.w. Dengan wajah manakah para pendurjana ini hendak menghadap, menatap dan bertentang muka Junjungan Nabi s.a.w., sedangkan cucu baginda mereka bunuh. ... Allahu ... Allah. Imam Ibnu Hajar al-Haitami dalam "ash-Showaa`iqul Muhriqah" menulis:-
Imam al-Bukhari dalam "al-Adabul Mufrad", Imam at-Tirmidzi dan Imam Ibnu Majah telah meriwayatkan daripada Ya'la bin Murrah bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:- Husain adalah daripada aku (yakni darah daging Junjungan Nabi s.a.w.) dan aku daripadanya; Allah mengasihi orang yang kasihkan Husain. Hasan dan Husain adalah dua cucu daripada segala cucu."Jika seseorang yang kasihkan Imam Husain dengan sebenar-benar kasih, bukan cinta kasih yang kosong yang penuh bid`ah dholalah dan ratapan jahiliyyah seperti perlakuan puak Syiah, akan dikasihi Allah, maka seseorang yang membenci Imam Husain pasti akan dimurkai Allah s.w.t.
Peristiwa gugurnya Imam Husain sebagai seorang syahid di Padang Karbala` telah diketahui oleh Junjungan Nabi s.a.w. dengan makluman para malaikat, antaranya Sayyidina Jibril a.s. sebagaimana dikhabarkan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam al-Hakim daripada Umm al-Fadhl bin al-Harits bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-
"Telah mendatangi aku akan Jibril dan dia mengkhabarkan kepadaku yang umatku akan membunuh anakku ini, yakni Sayyidina Husain, dan Jibril telah membawa untukku segumpal tanah berwarna merah."Beberapa ulama antaranya Imam al-Baghawi dalam Mu'jamnya, Imam Abu Haatim dalam Shohihnya dan Imam Ahmad telah meriwayatkan hadits yang mafhumnya bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:
"Telah memohon izin malaikat penjaga alam daripada Tuhannya untuk menziarahiku, maka diizinkan. Malaikat tersebut (setengah riwayat menyatakan bahawa malaikat tersebut ialah Jibril a.s.) telah datang menziarahiku ketika aku berada di rumah Ummu Salamah." Junjungan s.a.w. bersabda kepada Ummu Salamah: "Wahai Ummu Salamah, jagalah pintu bagi kami dan jangan benarkan sesiapa masuk." Ketika Ummu Salamah mendatangi pintu rumah, tiba-tiba al-Husain meluru masuk dan melompat datang kepada Junjungan Nabi s.a.w. Lalu Junjungan s.a.w. merangkulnya dan menciumnya. Maka berkata malaikat: "Adakah engkau mengasihinya?" Junjungan menjawab: "Ya". Malaikat tersebut seterusnya berkata: "Bahawasanya umatmu akan membunuhnya, dan jika engkau mahu akan kutunjukkan tempat dia dibunuh," maka ditunjukkanlah tempat tersebut dan didatangkannya segumpal tanah merah (setengah riwayat menyatakan ianya sebagai ketulan pepasir merah atau kerikil-kerikil merah) lalu diambil oleh Ummu Salamah dan dimasukkannya dalam pakaiannya.Allahhhhhhh.......................... sebak hati, terbayang anak kita yang kecil yang bermanja dengan kita, jika kita punya rasa cinta terhadap anak kita, maka gambarkanlah kecintaan Junjungan s.a.w. terhadap cucu baginda al-Husain, laknat Allahlah ke atas orang yang telah membunuh buah hati Junjungan Nabi s.a.w.
Seterusnya Ibnu Ahmad dalam tambahannya kepada al-Musnad menyambung riwayat tersebut yang Junjungan s.a.w. memberikan tanah / kerikil tersebut kepada Ummu Salamah dan berpesan kepadanya bahawa apabila tanah/ kerikil tersebut mengeluarkan darah maka itulah tanda yang Imam Husain telah terbunuh. Ummu Salamah telah menyimpan tanah / kerikil tersebut dalam sebuah bekas kaca. Diriwayatkan bahawa Ummu Salamah mendengar pada malam terbunuhnya Imam Husain akan suara yang berkata:-
Wahai para pembunuh bodoh yang membunuh Imam Husain
Bergembiralah kamu dengan 'azab dan kehinaan
Telah dilaknat kamu atas lidah anak Daud (Nabi Sulaiman a.s.)
Dan Nabi Musa serta Pembawa Injil (Nabi Isa a.s.)
Bergembiralah kamu dengan 'azab dan kehinaan
Telah dilaknat kamu atas lidah anak Daud (Nabi Sulaiman a.s.)
Dan Nabi Musa serta Pembawa Injil (Nabi Isa a.s.)
Lalu Ummu Salamah menangis dan membuka bekas yang mengandungi tanah/kerikil tersebut dan melihatnya berdarah. Allahu ... Allah. Mudah-mudahan Allah merahmati dan meredhai Imam Husain r.a. dan semoga keberkatan terus mengalir kepada kita dan kepada semua pencinta Husain yang mencintainya dengan sebenar-benar kecintaan.....al-Fatihah.
Madad Ya Maulana Ya Husain
Madad Ya Bu Zainil 'Abidin
Madad Ya Maulana Ya Husain
Madad Ya Bu Zainil 'Abidin
Madad Madad
Madad Madad
Madad Madad
Madad Madad
Madad Ya Maulana Ya Husain
Madad Ya Bu Zainil 'Abidin
Madad Ya Maulana Ya Husain
Madad Ya Bu Zainil 'Abidin
Madad Madad
Madad Madad
Madad Madad
Madad Madad
Madad Ya Maulana Ya Husain
Isnin, Januari 22, 2007
Imam al-Fudhail r.a.
Beliau adalah Abu 'Ali al-Fudhail bin 'Iyadh bin Mas`ud bin Bisyr at-Tamimi al-Yarbu`iy al-Khuraasaani. Beliau asalnya adalah seorang ahli maksiat yang suka merompak dan menyamun, yang kemudiannya mendapat sinar hidayah Allah apabila terkena panahan kalam Allah. Diceritakan bahawa sewaktu masih bejat, beliau pada satu malam berniat untuk mengganggu seorang perempuan. Sewaktu beliau memanjat tembok kediaman perempuan tersebut, beliau mendengar suara orang membaca al-Quran ayat 16 surah al-Hadiid yang berbunyi:-
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyu' hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Qur'an) yang diturunkan (kepada mereka)?Ayat tersebut benar-benar masuk meresap dan menyentak sanubari Fudhail bin 'Iyadh, membuatnya terdiam di atas tembok tersebut, lalu tiba-tiba Fudhail bin Iyadh merasa lemah longlai segala sendinya dan tubuhnya gementar seraya beliau merintih kepada Allah: "Oh Tuhan, telah tiba waktuku. Telah tiba waktuku." Dia pun turun dari tembok tersebut dan berjalan pulang dengan hati bertaubat setulus-tulusnya.
Setelah bertaubat, beliau menekuni ilmu agama terutama sekali ilmu hadits di mana beliau mendengar hadits daripada jemaah muhadditsin antaranya Syaikh Sulaiman al-Taimi, Syaikh Yahya al-Anshari, Imam Ja'far ash-Shodiq, Imam 'Atho` bin as-Saib dan Imam Sufyan ats-Tsauri. Dan telah meriwayat pula daripadanya sejumlah ulama, antaranya Imam asy-Syafi`i, Imam Sufyan bin 'Uyainah, Imam Yahya al-Qaththan, Imam Ibnul Mubarak dan Imam al-Humaidi. Para ulama telah ijma` atas tsiqahnya dan kekuatannya untuk dijadikan hujjah serta atas kesholihan, kezuhudan dan kewarakannya.
Imam an-Nawawi dalam "al-Adzkar" menukilkan kalam Imam Fudhail berhubung persoalan ikhlash dan riya`. Pada halaman 36, Imam an-Nawawi rhm. menulis:-
Dan telah diriwayatkan bahawa as-Sayyid al-Jaliil Abi 'Ali al-Fudhail bin 'Iyadh r.a. berkata: " Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya`; Dan beramal kerana manusia pula adalah satu kesyirikan; Manakala ikhlash adalah apabila Allah meng`afiatkan engkau daripada keduanya (yakni segala sesuatu dilaksanakan kerana Allah semata-mata)."Imam yang mulia ini meninggalkan dunia yang fana pada bulan Muharram tahun 187H di Kota Makkah al-Mukarramah. Beliau telah dimaqamkan di Jannatul Ma'ala.....al-Fatihah.
Ahad, Januari 21, 2007
Keberkatan Waktu
Belum terlambat rasanya bagiku untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah buat ikhwah yang sudi meluangkan masa membaca coretanku selama ini. Pejam celik, pejam celik, sudah tiba tahun 1428H. Sekejap benar masa berlalu, dan tak terasa ianya berlalu pergi. Untuk renungan kita bersama, aku nukilkan tulisan Dr. Mostafa al-Badawi dalam karangannya "Man & The Universe":-
Time expands and contracts, becoming lighter in the first instance and denser in the second. The lighter it is, the more baraka there is in it and the more that can be achieved in it; whereas the denser it becomes, the less baraka it contains and the more obstructive to the achievement it becomes. The obvious example of an occassion when time was greatly expanded is the Night Journey of the Prophet, may God's blessings and peace be upon him. On that night he travelled from Makka to Jerusalem, alighting in various locations at Gabriel's bidding to pray. At the Jerusalem Temple he led the other Prophets in prayer, then ascended through the seven heavens to the Throne, the Lote Tree of the Limit and the meeting with his Lord. He met with various visions of the Garden and the Fire. Yet when he returned to Makka, the bed he had left had not had time to lose its warmth. ...... Apart from such extraordinary events, certain times are said to be more charged with baraka. Such, for example, are the day of 'Arafat each year during the Hajj pilgrimage, Friday each week, and the last third of the night, and the times between the dawn (subh) prayer and sunrise, and between the afternoon ('asr) prayer and sunset each day. As the Last Day draws nearer, time contracts, thickens, and becomes less conducive to good works. Baraka diminishes by the day until none shall remain and the last man of God dies leaving no successor. This will herald the end of terrestrial time and the advent of the Hour. A hadith states explicitly, "The Hour will not arrive until time contracts, so that a year becomes as a month, a month as a week, a week as a day, a day as an hour, and an hour as a fiery flare."Sungguh keberkatan waktu itu masih tetap dirasai oleh para kekasih Allah. Tatkala waktu kita berlalu sia-sia, waktu-waktu mereka dipenuhi keberkatan amalan sholih bertaqarrub kepada Allah. Tatkala malam kita dihabisi dengan tidur, malam mereka dihiasi dengan qiyam, ruku', sujud, dzikir dan tilawah. Allahu ... Allah. Bila lagi kita akan meniru jejak langkah mereka ?
Mudah-mudahan tahun baru ini, Allah menolong kita untuk tetap istiqamah atas jalanNya dan bertambah-tambah lagi kesungguhan dan keikhlasan. Semoga ketakwaan, keimanan, ilmu pengetahuan dan segala amal kesholihan kita bertambah, baik segi bilangan dan nilaiannya. Mari kita panjatkan doa yang biasa diamalkan oleh para ulama kita tatkala menyambut kedatangan tahun baru, berdoalah dengan penuh keinsafan dan kefahaman dan kesungguhan.
Ya Allah Ilahi Rabbi
Limpahkanlah sholawat dan salam berbilang-bilang tidak terperi
Ke atas Baginda Muhammad Junjungan Nabi
Juga atas keluarga serta para sahabat yang dimuliai
Sholawat berkatnya Engkau penuhi khazanahMu nur menerangi
Dan jadikanlah bagi kami dan bagi segala yang punya iman di hati
Kelepasan dari segala kesusahan, kegembiraan dan senang hati
Ya Allah, Engkau Kekal Abadi lagi Qadim lagi Awwal tiada dimulai
Demi kelebihanMu yang agung dan kemurahanMu yang meratai
Yang menjadi sandaran dan harapan segala diri
Tahun Baru telah menjelang menemui kami
Maka kami memohon kepadaMu agar sepanjang tahun ini
Daripada Syaithan direjam dan tenteranya, kami dipeliharai
Serta bantulah kami agar hawa nafsu kejahatan kami atasi
Dan jadikanlah kami atas segala amalan kebajikan menyibuk diri
Moga ianya menjadi sebab keredhaanMu kami hampiri
Wahai Tuhan Dzul Jalaali wal Ikraami
Limpahkanlah sholawat dan salam berbilang-bilang tidak terperi
Ke atas Baginda Muhammad Junjungan Nabi
Juga atas keluarga serta para sahabat yang dimuliai
Sholawat berkatnya Engkau penuhi khazanahMu nur menerangi
Dan jadikanlah bagi kami dan bagi segala yang punya iman di hati
Kelepasan dari segala kesusahan, kegembiraan dan senang hati
Ya Allah, Engkau Kekal Abadi lagi Qadim lagi Awwal tiada dimulai
Demi kelebihanMu yang agung dan kemurahanMu yang meratai
Yang menjadi sandaran dan harapan segala diri
Tahun Baru telah menjelang menemui kami
Maka kami memohon kepadaMu agar sepanjang tahun ini
Daripada Syaithan direjam dan tenteranya, kami dipeliharai
Serta bantulah kami agar hawa nafsu kejahatan kami atasi
Dan jadikanlah kami atas segala amalan kebajikan menyibuk diri
Moga ianya menjadi sebab keredhaanMu kami hampiri
Wahai Tuhan Dzul Jalaali wal Ikraami
Isnin, Januari 15, 2007
Hujan Oh Hujan
Hujan merupakan anugerah Allah kepada kita. Biasanya ia turun sebagai rahmat untuk disyukuri, dan kekadang ianya menjadi bala` ujian untuk disabari. Air seperti juga api, boleh menjadi sebab kehidupan dan boleh juga menjadi pemusnah. Oleh itu, apabila hujan turun, maka disunnatkan kita memohon kepada Allah Tuhan yang menurunkan hujan tersebut, agar ianya menjadi hujan rahmat, hujan yang memberi manfaat kepada kita dan tidak membawa bahaya serta kemudaratan.
Imam an-Nawawi rhm. menulis dalam "al-Adzkar" halaman 278 dalam "Bab maa yaquulu idzaa nazalal mathar" (Bab apa yang diucapkan tatkala turun hujan) bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. apabila melihat hujan turun, baginda berdoa:-
Manakala pada halaman 280, Imam an-Nawawi rhm. menulis:-
Telah kami riwayatkan dalam Shohih al-Bukhari dan Shohih Muslim daripada Sayyidina Anas r.a. yang menyatakan: " Telah masuk seorang lelaki ke dalam masjid pada hari Jumaat tatkala Rasulullah s.a.w. sedang berdiri berkhutbah. Lelaki tersebut berkata kepada Junjungan Nabi s.a.w.: "Wahai RasulAllah, telah binasa segala harta (akibat kemarau) dan telah terputus segala jalan (yakni usaha), maka mohonlah kepada Allah agar Dia menurunkan hujan kepada kami." Maka Junjungan s.a.w. pun mengangkat kedua tangan baginda seraya berdoa tiga kali dengan ucapan: "Ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami." Anas berkata: "Demi Allah, tidak kami melihat satu awan pun di langit walau secebis antara kami dan bukit Sala`. Tiba-tiba muncul awan di langit seperti rupa perisai, maka tatkala awan tersebut berada di tengah langit, ia berkembang dan kemudian menurunkan hujan. Demi Allah, tidaklah kami melihat matahari selama seminggu (yakni terus menerus hujan turun selama seminggu). Kemudian telah masuk seorang lelaki kepada Junjungan Nabi s.a.w. pada Jumaat yang berikutnya sedang Junjungan berkhutbah. Lelaki tersebut berkata:- "Wahai RasulAllah, telah binasa segala harta (yakni sebab banjir) dan telah putus segala jalan (yakni usaha), maka mohonlah kepada Allah untuk menahannya dari turun (yakni menahan hujan dari berterusan turun)". Maka Junjungan Nabi s.a.w. pun mengangkat tangan baginda seraya berdoa:-Mudah-mudahan dapat kita amalkan dua doa yang mubarak ini yang diajar oleh Junjungan s.a.w. untuk menyambut hujan agar ianya menjadi sesuatu yang bermanfaat dan tidak memudaratkan. Mudah-mudahan Allah selamatkan negara kita dari segala bencana dan malapetaka. Mudah-mudahan Allah memberikan kesabaran kepada saudara-saudara kita yang telah ditimpa bencana serta menggantikan kemusnahan yang mereka alami dengan yang baharu dan pahala yang berlipat ganda. Allahumma aamiin.
"Allahumma hawaalayna wa laa 'alainaa. Allahumma 'alal aakaami wadhz-dhziraabi wa buthuunil awdiyati wa manaabitisy-syajar"
"Ya Allah, jadikanlah hujan ini turun di sekitar kami dan tidak atas kami. Ya Allah, turunkanlah ianya atas segala gunung-ganang, bukit-bukau, lembah dan tempat tumbuhnya pepohonan."
Seketika juga kami keluar dan berjalan di bawah sinaran matahari (yakni, hujan berhenti turun).
Selain dari itu, eloklah diamalkan juga Sholawat Habib Hasan Ahmad BaHarun yang pernah aku postkan dahulu. Untuk memudahkan, maka aku postkan sekali lagi untuk tatapan kalian. Mudah-mudahan dalam dijadikan wasilah untuk mengajukan permohonan bagi kesejahteraan diri, ahli keluarga, harta benda dan kaum muslimin sekaliannya dari segala bala bencana, malapetaka, kemalangan, wabak penyakit, kezaliman bahaya hujan dan sebagainya.
Ya Allah Ya Tuhanku
Limpahkanlah sholawat ta'dhzimMu
Atas Junjungan Maulana Muhammad
Sebaik-baik makhluk ciptaanMu
Sholawat yang dengan keberkatannya
Engkau selamat sejahterakan kami
Juga ahli keluarga kami, anak-anak kami
Kaum kerabat kami, orang yang kami cintai
Guru-guru kami, murid-murid kami
Rakan taulan kami, jiran tetangga kami
Engkau selamat sejahterakan
Segala rumah kediaman kami, masjid kami
Ma'had kami, madrasah kami,
Ladang kami, pejabat tempat kerja kami,
Sekalian tempat kami dan segala harta-benda kami,
Dari bahaya gempa bumi dan pergerakannya
Dari bahaya hujan, angin, petir dan sebagainya
Dari bahaya kereta, kapal terbang, kapal laut dan lain kenderaan
Dari bahaya wabak, bala bencana, malapetaka dan seumpamanya
Dari bahaya jin, manusia, haiwan, thoghut, syaitan dan tipuannya
Dari bahaya jatuh, binasa, terbakar, tenggelam dan segala musibah
Dari bala` pada urusan agama, dunia dan akhirat
Kabulkanlah Ya Ilahi
Demi jah tuah Junjungan Nabi Pilihan al-Musthofa
Limpahkanlah juga sholawat
Ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda
Bersama-sama salam kesejahteraan yang sempurna
Khamis, Januari 11, 2007
Habib Abdul Qadir
Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf dilahirkan di Kota Seiwun, Hadhramaut pada tahun 1331/1911. Ayahanda beliau Habib Ahmad bin 'Abdur Rahman as-Saqqaf adalah seorang ulama terkemuka di Hadhramaut yang menjadi pengganti kepada Habib 'Ali bin Muhammad al-Habsyi, penyusun Simthudh Dhurar. Selain belajar daripada ayahandanya sendiri, beliau juga belajar dengan Syaikh Thaha bin 'Abdullah Bahmid. Beliau juga belajar di Madrasah an-Nahdhatul Ilmiyyah dan telah menghafal al-Quran serta menguasai qiraah as-sab`ah daripada gurunya Syaikh Hasan bin 'Abdullah Baraja`. Lihat bagaimana pemuka habaib menuntut ilmu bukan sahaja daripada kalangan mereka sahaja, tetapi kepada ulama lain yang alim walaupun tidak senasab dengan mereka. Aku pelik dengan sikap segelintir yang hanya mahu belajar daripada ulama yang sama senasab dengan mereka, jalan siapa yang kamu turuti sebenarnya. Sungguh para salaf kamu terdahulu menuntut ilmu daripada ulama tanpa melihat asal keturunan mereka hatta Imam al-Haddad mempunyai guru daripada kalangan masyaikh.
Antara guru-guru beliau lagi ialah Habib 'Umar bin Hamid as-Saqqaf, Habib 'Abdullah bin 'Alwi al-Habsyi, Habib 'Umar bin 'Abdul Qadir as-Saqqaf, Habib 'Abdullah bin 'Aidrus al-'Aidrus dan ramai lagi. Habib 'Abdul Qadir adalah seorang ulama dan daie yang menjalankan dakwahnya dengan penuh kebijaksanaan. Akhlaknya yang tinggi mampu menawan hati sesiapa sahaja, ilmu, warak dan akhlaknya menyebabkan beliau dikasihi dan dihormati. Khabarnya Buya Hamka pernah ziarah kepada beliau sewaktu di Jeddah, dan setelah berbincang dengan beliau, akhirnya Buya Hamka mengakui bahawa Baitun Nubuwwah Bani Zahra` min ali 'Ali masih wujud dan berkesinambungan dalam darah para saadah Bani 'Alawi sebagaimana dijelaskan beliau dalam fatwanya yang antara lain menyatakan:-
Antara guru-guru beliau lagi ialah Habib 'Umar bin Hamid as-Saqqaf, Habib 'Abdullah bin 'Alwi al-Habsyi, Habib 'Umar bin 'Abdul Qadir as-Saqqaf, Habib 'Abdullah bin 'Aidrus al-'Aidrus dan ramai lagi. Habib 'Abdul Qadir adalah seorang ulama dan daie yang menjalankan dakwahnya dengan penuh kebijaksanaan. Akhlaknya yang tinggi mampu menawan hati sesiapa sahaja, ilmu, warak dan akhlaknya menyebabkan beliau dikasihi dan dihormati. Khabarnya Buya Hamka pernah ziarah kepada beliau sewaktu di Jeddah, dan setelah berbincang dengan beliau, akhirnya Buya Hamka mengakui bahawa Baitun Nubuwwah Bani Zahra` min ali 'Ali masih wujud dan berkesinambungan dalam darah para saadah Bani 'Alawi sebagaimana dijelaskan beliau dalam fatwanya yang antara lain menyatakan:-
"....Maka baik Habib Tanggul (yakni Habib Sholeh al-Hamid) dan almarhum Habib Ali di Kwitang, Jakarta, memanglah mereka keturunan dari Ahmad bin 'Isa al-Muhajir yang berpindah dari Bashrah ke Hadhramaut itu, dan Ahmad bin Isa tersebut adalah cucu tingkat ke 6 dari cucu Rasulullah, Husain bin Ali bin Abi Thalib. Kepada keturunan-keturunan itu semuanya kita berlaku hormat dan cinta, iaitu hormat dan cintanya orang Islam yang cerdas, yang tahu harga diri, sehingga tidak diperbodoh oleh orang-orang yang menyalahgunakan keturunannya itu ..... Kita ulangilah seruan dari salah seorang ulama besar 'Alawiy yang telah wafat di Jakarta ini, iaitu Sayyid Muhammad bin 'Abdur Rahman BinSyahab, agar generasi-generasi yang datang kemudian dari keturunan 'Alawiy memegang teguh agama Islam, menjaga pusaka nenek moyang, jangan sampai tenggelam ke dalam peradaban Barat.....Berbalik kepada Habib 'Abdul Qadir, dakwah beliau tidak terhad kepada bumi kelahirannya sahaja, tetapi beliau juga memperluaskan medan dakwahnya sehingga ke Singapura dan Indonesia. Akhirnya atas permintaan beberapa ulama Hejaz, beliau menetap di Hejaz dengan bermukim di Kota Makkah, Madinah dan Jeddah untuk mengasuh majlis-majlis ta'lim. Dalam usia yang sudah hendak mencapai seabad, beliau menghabiskan masanya di Jeddah dan masih menerima ziarahnya para penziarah. Mudah-mudahan Allah memberkahi usia dan segala usaha beliau dan membalasinya dengan sebaik-baik balasan.
.....Perhatikanlah kembali hadits-hadits yang telah kita salinkan di atas. Di sana tersimpul bahwa Nabi kita s.a.w. sangatlah mengasihi anak cucu keturunannya itu. Beliau meminta kepada kita umatnya ini supaya turut mengasihi cucu-cucunya itu. Beliau meminta agar kita memandang mereka sebagai anak beliau juga. Jika orang lain mengambil keturunan dari ayahnya, Rasulullah mengecualikan anak-anak Fatimah, agar dipandang sebagai anak keturunan beliau. Hal ini janganlah kita entengkan. Junjung tinggilah pengharapan Nabimu. Pernah saya mendengar seorang khatib yang lancang, berkhutbah di satu Jum`at, mengatakan bahwa Rasulullah tidak ada keturunan! Orang yang mengakui keturunan Rasulullah adalah tidak sah! Nyatalah bahwa khatib ini tidak mengetahui sopan santun Islam....
.........Maka kalau ada orang yang mengatakan bahawa keturunan Rasulullah, bangsa Sayid, Syarif, Habib, itu dijamin masuk syurga sebab mereka keturunan Nabi, itu adalah karangan-karangan orang di belakang saja, untuk memperbodoh atau mencari keuntungan di kalangan orang awam. Sebaliknya demikian pula; iaitu orang yang memungkiri keturunan Nabi sendiri bahawa Hasan dan Husain anak Fatimah, diakui Nabi sebagai anak cucu atau keturunannya, sampai ada khatib Jum`at, yang tidak ada ilmu, memungkiri keturunan Nabi dalam khutbah Jum`at. Orang seperti itu bukan ilmunya yang bercakap, tetapi kerana belum mengetahui, maka sentimennyalah yang keluar."
Isnin, Januari 08, 2007
Pengarang "Khidmatul 'Asyiirah"
Habib Ahmad bin 'Abdullah bin Muhsin as-Saqqaf, seorang ulama dari kalangan habaib Bani 'Alawi. Selain mendalami ilmu agama, beliau juga dikenali sebagai seorang wartawan, ahli sejarah, ahli nasab dan ahli sastra. Beliau dilahirkan di Kota Syihr, Hadhramaut pada 1299H/1879M. Beliau menuntut ilmu di berbagai tempat seperti di Kota Seiwun dan Kota Tarim daripada ulama-ulama terkemuka Hadhramaut seperti Habib Abdur Rahman bin Muhammad al-Masyhur, Habib 'Ubaidillah bin Muhsin as-Saqqaf, Habib Ahmad bin Hasan al-Aththas, Habib Muhammad bin Salim as-Siri dan ramai lagi.
Pada tahun 1333H/1913M, beliau belayar menuju Singapura dan seterusnya ke Indonesia. Di Indonesia, beliau mulanya tinggal bersama abang kandungnya iaitu Habib Muhammad bin 'Abdullah bin Muhsin as-Saqqaf yang menetap di Pulau Bali. Setelah melaksanakan dakwah di Pulau Bali untuk beberapa ketika, beliau berhijrah ke Surabaya di mana beliau menjadi perintis pergerakan Islam. Di Surabaya juga beliau dilantik menjadi direktor pertama Madrasah al-Khairiyyah. Beliau juga adalah salah seorang perintis dan pendiri Yayasan ar-Rabithah al-'Alawiyyah dan menjadi penerbit yang bertanggungjawab menerbitkan majalah bulanan persatuan tersebut. Habib Ahmad as-Saqqaf terkenal dengan tulisan-tulisannya yang mengkritik pemerintahan penjajah Belanda. Beliau juga menulis dan menyusun berbagai karangan terdiri dari kitab-kitab agama, buku-buku sastra dan akhlak. Melalui Rabithah 'Alawiyyah, beliau menanamkan kepentingan persatuan dan perpaduan di kalangan umat Islam dalam menghadapi penjajahan. Semangat juangnya ini dapat dilihat dalam qasidah dan syair yang dikarangnya.
Selain syair, qashidah, artikel-artikel, Habib Ahmad as-Saqqaf juga telah menulis lebih kurang 20 karya. Antaranya beliau sempat menulis sejarah Banten dengan bukunya yang berjodol "Al-Islam fi Banten" dan beliau juga menulis karya sastra yang menceritakan kehidupan multietniks Indonesia di awal abad ke-20 dengan jodol "Faatah Qaarut". Karya beliau dalam ilmu nasab terkenal dengan jodol "Khidmatul 'Asyiirah" yang merupakan ringkasan bagi kitab "Syam adz-Dzahirah". Dalam kitab ini, Habib Ahmad menghuraikan nasab-nasab Bani 'Alawi dan kepentingan setiap orang memelihara nasabnya dengan mengikuti ajaran salafush sholih terdahulu serta berakhlak mulia. Habib Ahmad turut memuatkan catatan beberapa ulama terkemuka yang hidup sekitar tahun 1307 - 1365 H / 1887 - 1945M.
Setelah 40 tahun menetap di Indonesia, menabur jasa menyebarkan dakwah dan ilmu kepada setiap anak negeri yang berhajat, maka Habib Ahmad berniat untuk pulang ke tanah kelahirannya di Hadhramaut. Maka pada 22 Jamadil Awwal 1369H, beliau menaiki kapal dari Jakarta menuju Yaman. Namun, telah ditaqdirkan bahawa beliau dipanggil kembali ke rahmatUllah dalam kapal tersebut pada 26 Jamadil Awwal 1369H. Pada hari Khamis 28 Jamadil Awwal 1369, beliau dimakamkan di laut lepas, sebelum kapal tersebut memasuki perlabuhan Medan.
Mudah-mudahan Allah menredhai Habib Ahmad bin 'Abdullah bin Muhsin as-Saqqaf serta menempatkan beliau bersama para kekasihnya di samping nenda beliau yang tercinta Junjungan Nabi s.a.w. Moga keberkatannya terus menerus mengalir kepada kita ... al-Fatihah.
Pada tahun 1333H/1913M, beliau belayar menuju Singapura dan seterusnya ke Indonesia. Di Indonesia, beliau mulanya tinggal bersama abang kandungnya iaitu Habib Muhammad bin 'Abdullah bin Muhsin as-Saqqaf yang menetap di Pulau Bali. Setelah melaksanakan dakwah di Pulau Bali untuk beberapa ketika, beliau berhijrah ke Surabaya di mana beliau menjadi perintis pergerakan Islam. Di Surabaya juga beliau dilantik menjadi direktor pertama Madrasah al-Khairiyyah. Beliau juga adalah salah seorang perintis dan pendiri Yayasan ar-Rabithah al-'Alawiyyah dan menjadi penerbit yang bertanggungjawab menerbitkan majalah bulanan persatuan tersebut. Habib Ahmad as-Saqqaf terkenal dengan tulisan-tulisannya yang mengkritik pemerintahan penjajah Belanda. Beliau juga menulis dan menyusun berbagai karangan terdiri dari kitab-kitab agama, buku-buku sastra dan akhlak. Melalui Rabithah 'Alawiyyah, beliau menanamkan kepentingan persatuan dan perpaduan di kalangan umat Islam dalam menghadapi penjajahan. Semangat juangnya ini dapat dilihat dalam qasidah dan syair yang dikarangnya.
Selain syair, qashidah, artikel-artikel, Habib Ahmad as-Saqqaf juga telah menulis lebih kurang 20 karya. Antaranya beliau sempat menulis sejarah Banten dengan bukunya yang berjodol "Al-Islam fi Banten" dan beliau juga menulis karya sastra yang menceritakan kehidupan multietniks Indonesia di awal abad ke-20 dengan jodol "Faatah Qaarut". Karya beliau dalam ilmu nasab terkenal dengan jodol "Khidmatul 'Asyiirah" yang merupakan ringkasan bagi kitab "Syam adz-Dzahirah". Dalam kitab ini, Habib Ahmad menghuraikan nasab-nasab Bani 'Alawi dan kepentingan setiap orang memelihara nasabnya dengan mengikuti ajaran salafush sholih terdahulu serta berakhlak mulia. Habib Ahmad turut memuatkan catatan beberapa ulama terkemuka yang hidup sekitar tahun 1307 - 1365 H / 1887 - 1945M.
Setelah 40 tahun menetap di Indonesia, menabur jasa menyebarkan dakwah dan ilmu kepada setiap anak negeri yang berhajat, maka Habib Ahmad berniat untuk pulang ke tanah kelahirannya di Hadhramaut. Maka pada 22 Jamadil Awwal 1369H, beliau menaiki kapal dari Jakarta menuju Yaman. Namun, telah ditaqdirkan bahawa beliau dipanggil kembali ke rahmatUllah dalam kapal tersebut pada 26 Jamadil Awwal 1369H. Pada hari Khamis 28 Jamadil Awwal 1369, beliau dimakamkan di laut lepas, sebelum kapal tersebut memasuki perlabuhan Medan.
Mudah-mudahan Allah menredhai Habib Ahmad bin 'Abdullah bin Muhsin as-Saqqaf serta menempatkan beliau bersama para kekasihnya di samping nenda beliau yang tercinta Junjungan Nabi s.a.w. Moga keberkatannya terus menerus mengalir kepada kita ... al-Fatihah.
Sabtu, Januari 06, 2007
Birrul Waalidain
Allah telah memerintahkan kita untuk sentiasa berbakti terhadap orang tua kita melalui firman-firmanNya yang mulia dan melalui sabdaan kekasihNya Junjungan Nabi s.a.w. Antaranya ialah sebagaimana firmanNya dalam surah al-Isra` ayat ke 23 yang berbunyi:-
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa..."Kewajipan untuk berlaku ihsan terhadap ibu bapa ini telah sedia maklum diketahui kita. Berbakti terhadap kedua orang tua ini amatlah besar kelebihan dan ganjarannya bagi anak yang sholeh dan taat kepada mereka. Imam al-Baihaqi, Imam as-Sayuthi, Imam Ibnu 'Asakir dan Imam Ibnu an-Najjar telah meriwayatkan bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-
"Setiap anak yang baik terhadap kedua ibu-bapanya, yang memandang kepada mereka dengan pandangan rahmat (penuh kasih-sayang), maka ditulis baginya untuk setiap pandangannya itu (seumpama) pahala haji yang mabrur." Sahabat bertanya: "Kalau dia memandangnya pada setiap hari 100 kali ?" Junjungan Nabi s.a.w. menjawab: "Ni'mat-ni'mat Allah itu lebih besar dan lebih baik lagi."Allahu ... Allah ... Begitu besar ganjaran yang disediakan Allah bagi anak yang sholeh dan berbakti kepada kedua orang tuanya, sehingga setiap pandangan kasih-sayangnya terhadap mereka dinilai dengan pahala haji sunnat yang mabrur. Allahu ... Allah, penuh catatan amalan anak yang sholeh dengan pahala-pahala haji sunnat yang mabrur....Allahu Akbar. Bersyukurlah kita atas ihsan dan karunia Allah s.w.t. ini dengan sebenar-benar syukur, syukur yang menjanjikan tambahan ni'mat. Jika ada yang hendak mengetahui darjat hadits ini, maka aku katakan jika pun sanadnya dhoif, ini hanya untuk fadhoilul a'maal dan sebagai targhib, sedangkan hukum birrul waalidain itu telah sedia maklum bersandarkan nash al-Quran dan al-hadits yang shohih. Jadi tok sahlah nak menimbulkan kekecohan di sini, nak pakai pakai, tak nak pakai sudah.
Bagi mereka yang sudah tidak punya kedua orang tua hidup di dunia, maka jangan lupa mendoakan kesejahteraan buat mereka setiap masa dan ketika, setidak-tidaknya selepas menunaikan sholat fardhu yang lima. Sudah semestinya kita peruntukkan doa-doa kita buat mereka. Doa-doa kita tersebut bukan sahaja bermanfaat buat mereka tetapi ianya juga mendatangkan ganjaran pahala dan keberkatan bagi diri kita untuk kehidupan duniawi dan ukhrawi. Bahkan ada riwayat yang menyatakan bahawa perbuatan meninggalkan doa untuk kedua ibu bapa ini akan menyebabkan terputusnya rezeki atau terputusnya keberkatan rezeki, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Hakim dalam Tarikhnya dan ad-Dailami dalam "Musnad al-Firdaus" sebagai berikut:-
Daripada Sayyidina Anas r.a. bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang hamba meninggalkan berdoa untuk kedua ibubapanya, terputuslah daripadanya rezeki."Begitu juga hendaklah kita sering menziarahi pusara mereka kerana itu juga merupakan satu sunnah dan satu kebaktian bagi mereka. Di samping, kita juga dijanjikan dengan ganjaran pahala dan keampunan yang tiada tara. Imam ath-Thobrani dalam al-Awsath meriwayatkan:-
"Daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menziarahi kubur kedua ibubapanya atau salah seorang daripadanya pada setiap hari Jumaat, diampunkan baginya dan dia dicatat sebagai anak yang berbakti (terhadap orang tuanya)."Setelah itu, hendaklah juga kita berlaku ihsan kepada kaum kerabat dan rakan taulan mereka yang masih hidup, serta melakukan lain-lain kebajikan atas nama mereka. Dulu aku pernah mendengar seorang ustaz, aku lupa sama ada Pak Yazid atau Ustaz Ghazali Hasbullah, menyebut dalam ceramahnya bahawa duduknya seseorang dalam majlis-majlis ilmu akan menggembirakan ibu-bapanya dan datuk-neneknya, tapi tidaklah aku mengetahui hadits sandaran yang menyebut persis seperti itu.
Tetapi, memang ada hadits Junjungan yang menyatakan bahawa segala amalan kita akan dibentangkan di hadapan kaum kerabat kita yang telah meninggal dunia, dan amalan kita yang baik akan menyebabkan mereka bergembira. Imam al-Haddad dalam kitab "Sabilul Iddikar" mukasurat 65 menulis:-
Dan ketahuilah bahawasanya segala amalan orang hidup dibentangkan kepada orang mati dari kalangan keluarga dan kerabatnya. Maka apabila mereka melihat amalan tersebut baik, bergembiralah mereka dengannya dan bersukacitalah mereka serta mereka mendoakan agar mereka-mereka yang masih hidup tersebut tetap dan istiqamah atas amalan baik itu. Dan jika mereka melihat amalan orang hidup tadi adalah sebaliknya, mereka berdukacita dan kecewa dengan apa yang mereka lihat itu, lalu mereka mendoakan agar yang masih hidup tadi diberi hidayah dan taufiq untuk melakukan amal kebajikan dan sholih.Mudah-mudahan Allah menjadikan kita sebagai penyejuk mata kedua ibu bapa kita, penyejuk mata para anbiya dan para awliya serta sholihin. Allahumma aaamiin.. bi hurmatil Fatihah.
Dan telah bersabda Junjungan Nabi s.a.w.:-Sesungguhnya amalan-amalan kamu dibentangkan (yakni diperlihatkan) kepada kaum kerabat amu dan keluarga kamu yang telah meninggal dunia. Maka jika amalan itu baik, mereka bergembira dan jika sebaliknya mereka berdoa: 'Ya Allah, jangan Engkau matikan mereka sehingga Engkau hidayahkan mereka sebagaimana Engkau menghidayahi kami.
Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-Segala amalan dibentangkan kepada Allah pada tiap-tiap hari Isnin dan Khamis. Dan dibentangkan kepada para Nabi dan para ibubapa pada hari Jumaat, maka mereka bergembira dengan (melihat) segala kebaikan mereka yang hidup tersebut dan bertambah bercahaya wajah-wajah mereka serta bersinar-sinar. Maka bertaqwalah kamu kepada Allah dan janganlah kamu menyakiti orang-orang mati kamu (yakni dengan melakukan dosa dan maksiat yang menyebabkan kesedihan kepada si mati).
Selasa, Januari 02, 2007
Persaudaraan
Ikhwah, kesempatan kali ini aku hendak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya 'Aidul 'Adha kepada kalian dan selamat melaksanakan ibadat korban sebagai sarana bertaqarrub kepada Allah s.w.t. Alhamdulillah, para jemaah haji telah selamat berwuquf dan selamat melaksanakan kewajipan melontar jamrah dan bermalam di Mina tanpa apa-apa insiden. Mudah-mudahan semuanya mendapat haji yang mabrur, akbar tak akbar serah saja kepada Allah yang semestinya Akbar. Junjungan Nabi s.a.w. tatkala berwuquf telah berdiri di atas sebongkah batu di Lembah Uranah di Padang 'Arafah telah menyampaikan khutbah baginda yang masyhur. Antara pesanan baginda buat umatnya ialah:-
... Wahai manusia, sesungguhnya darah-darah kamu dan harta-harta kamu adalah suci bagi kamu (yakni tidak boleh diceroboh oleh sesiapa pun) seperti kesucian hari ini dan bulan ini...... Dengarkanlah perkataanku dan perhatikanlah, hendaklah kalian mengetahui bahawa setiap orang Islam adalah saudara bagi orang Islam yang lain dan semua kaum Muslimin adalah bersaudara....Malangnya, zaman kita ini pesanan dan wasiat Junjungan yang acap kali disabdakan baginda, sehingga diulang-ulang baginda dalam Khutbah Wida` baginda sudah tidak dipedulikan umat yang mengaku umat baginda. Ada yang sanggup berbalah dan berbunuhan sesama sendiri, sedangkan masing-masing masih bersholat menghadap qiblat yang satu dan menunaikan ibadah haji di BaitUllah yang mulia....Allahu...Allah. Mudah-mudahan Allah mempersatukan kembali hati umat ini agar menjadi umat yang bersaudara di bawah naungan dua kalimah suci yang isinya adalah mentauhidkan Allah dan menerima risalah Junjungan Nabi s.a.w.