Habib Ahmad bin 'Abdullah bin Muhsin as-Saqqaf, seorang ulama dari kalangan habaib Bani 'Alawi. Selain mendalami ilmu agama, beliau juga dikenali sebagai seorang wartawan, ahli sejarah, ahli nasab dan ahli sastra. Beliau dilahirkan di Kota Syihr, Hadhramaut pada 1299H/1879M. Beliau menuntut ilmu di berbagai tempat seperti di Kota Seiwun dan Kota Tarim daripada ulama-ulama terkemuka Hadhramaut seperti Habib Abdur Rahman bin Muhammad al-Masyhur, Habib 'Ubaidillah bin Muhsin as-Saqqaf, Habib Ahmad bin Hasan al-Aththas, Habib Muhammad bin Salim as-Siri dan ramai lagi.
Pada tahun 1333H/1913M, beliau belayar menuju Singapura dan seterusnya ke Indonesia. Di Indonesia, beliau mulanya tinggal bersama abang kandungnya iaitu Habib Muhammad bin 'Abdullah bin Muhsin as-Saqqaf yang menetap di Pulau Bali. Setelah melaksanakan dakwah di Pulau Bali untuk beberapa ketika, beliau berhijrah ke Surabaya di mana beliau menjadi perintis pergerakan Islam. Di Surabaya juga beliau dilantik menjadi direktor pertama Madrasah al-Khairiyyah. Beliau juga adalah salah seorang perintis dan pendiri Yayasan ar-Rabithah al-'Alawiyyah dan menjadi penerbit yang bertanggungjawab menerbitkan majalah bulanan persatuan tersebut. Habib Ahmad as-Saqqaf terkenal dengan tulisan-tulisannya yang mengkritik pemerintahan penjajah Belanda. Beliau juga menulis dan menyusun berbagai karangan terdiri dari kitab-kitab agama, buku-buku sastra dan akhlak. Melalui Rabithah 'Alawiyyah, beliau menanamkan kepentingan persatuan dan perpaduan di kalangan umat Islam dalam menghadapi penjajahan. Semangat juangnya ini dapat dilihat dalam qasidah dan syair yang dikarangnya.
Selain syair, qashidah, artikel-artikel, Habib Ahmad as-Saqqaf juga telah menulis lebih kurang 20 karya. Antaranya beliau sempat menulis sejarah Banten dengan bukunya yang berjodol "Al-Islam fi Banten" dan beliau juga menulis karya sastra yang menceritakan kehidupan multietniks Indonesia di awal abad ke-20 dengan jodol "Faatah Qaarut". Karya beliau dalam ilmu nasab terkenal dengan jodol "Khidmatul 'Asyiirah" yang merupakan ringkasan bagi kitab "Syam adz-Dzahirah". Dalam kitab ini, Habib Ahmad menghuraikan nasab-nasab Bani 'Alawi dan kepentingan setiap orang memelihara nasabnya dengan mengikuti ajaran salafush sholih terdahulu serta berakhlak mulia. Habib Ahmad turut memuatkan catatan beberapa ulama terkemuka yang hidup sekitar tahun 1307 - 1365 H / 1887 - 1945M.
Setelah 40 tahun menetap di Indonesia, menabur jasa menyebarkan dakwah dan ilmu kepada setiap anak negeri yang berhajat, maka Habib Ahmad berniat untuk pulang ke tanah kelahirannya di Hadhramaut. Maka pada 22 Jamadil Awwal 1369H, beliau menaiki kapal dari Jakarta menuju Yaman. Namun, telah ditaqdirkan bahawa beliau dipanggil kembali ke rahmatUllah dalam kapal tersebut pada 26 Jamadil Awwal 1369H. Pada hari Khamis 28 Jamadil Awwal 1369, beliau dimakamkan di laut lepas, sebelum kapal tersebut memasuki perlabuhan Medan.
Mudah-mudahan Allah menredhai Habib Ahmad bin 'Abdullah bin Muhsin as-Saqqaf serta menempatkan beliau bersama para kekasihnya di samping nenda beliau yang tercinta Junjungan Nabi s.a.w. Moga keberkatannya terus menerus mengalir kepada kita ... al-Fatihah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan